Selepas Tika dan Fiona pulang ke rumah masing-masing, pada malam itu. Malam sebelum esok bermulanya sekolah, Shida duduk termenung di meja yang terletak di balkoni biliknya. Puas termenung, Shida merenung pula anak bulan yang pada malam itu, anak bulan berbentuk separuh bulat. Indahnya ciptaan Allah yang satu ini. Subhanallah. Shida berzikir di mulut tetapi mindanya masih kejap-kejap sedar, kejap-kejap melayang. Macam mana dia nak bertembung dengan Sobir. Dia masih rasa serba salah. Dan akibat kejadian itu juga, jawatan Shida sebagai penolong, dilucutkan. Cuai dia juga. Tapi walau apa pun, rasa serba salah ni susah nak hilang. Kalau boleh, Shida nak jaga Sobir sampai lah dia sembuh. Bukan Shida nak bertanggugjawab sebab dia sememangnya ada hati kepada Sobir, tetapi ingin bertanggungjawab di sebabkan kecuaian nya. Disebabkan kecuaian nya, Sobir sakit sekarang, Nasib baik lah Sobir tak ada di depan mata. Kalau tak, mesti Shida dah terpeluk Sobir sebab Shida tahu...mesti Sobir tak tahan dengan rasa sakit di kaki nya. Macam manalah keadaan time Sobir kat hospital hari tu. Dapat tidur ke tak, makan minum dia macam mana. Duduk kat wad sejuk ke tak. Dan kalau boleh, Shida nak lapkan sendiri air mata ketika Sobir menangis kesakitan. Tanpa sedar, air mata Shida juga turut jatuh perlahan ke pipi. Ya Allah, aku ingin dia tahu bahawa aku sangat risau akan keadaan dirinya.
Keesokan hari nya, di sekolah. ketika Shida menolak basikalnya dari pagar sekolah ke tempat letak basikal. Shida termenung sehinggakan tidak perasan ada seseorang yang menanti nya di pagar sekolah. Shida melintas nya seolah-seolah Shida berada di dalam dunia nya sendiri. Sobir yang semenjak tadi berdiri di pagar sekolah dengan kaki bertongkat memandang pelik ke arah Shida. Shida memang tidak perasan dia atau buat-buat tak perasan? Sobir sebenarnya sudah tahu yang Shida rasa serba salah gila apa yang menimpa dirinya. tapi Shida tak tahu cerita di sebalik accident tempoh hari. Dan memang hari ni, Sobir datang ke sekolah mahu menyelesaikan nya dengan cikgu yang bertanggungjawab dan juga cikgu QM bagi memulihkan jawatan Shida, Dan macam mana Sobir boleh tahu keadaan Shida? Itu rahsia. Belum tiba masanya untuk Shida tahu, Yang Sobir risaukan sekarang, Sobir sempat menangkap mata Shida seperti bengkak akibat menangis, Aduh, kuat sangat rasa serba salah Shida terhadap dirinya.
Di tempat letak basikal, Shida termenung agak lama. Dan sikit demi sikit, pandangan di alihkan ke arah pintu pagar di mana tempat Sobir berdiri. Shida sebenarnya sedar akan kehadiran Sobir apabila dia di pintu oagar tadi, Tapi Shida masih tidak bersedia untuk berdepan dengan Sobir lagi. Dia tak tahu macam mana nak minta maaf kepada Sobir. Sesungguhnya, dia memang risau keadaan Sobir. Nak-nak lagi bila melihat kaki Sobir bertongkat. Teruklah tu cedera nya. Tapi Shida bertindak sebaliknya. Shida pura-pura buat tak tahu.
#Jangan takut untuk menyuarakan suara hati korang. Ingat,peluang datang sekali je. Now. Or Never. Stay tuned untuk episod akan datang

1 ulasan:
Omg cant wait for the next episode . Tulis laju laju yeee
Catat Ulasan