cinta??
banyak definisi cinta ni...ikut kepada orang...setengah orang mengatakan cinta ni boleh membuatkan kita segar..sesegar lepas baru bangun tidur pada waktu pagi...ade juga yang mendefinisikan cinta ni sentiase indah...membuat kan hari-hari kita tersenyum gembira.cinta ini gak boleh membuatkan kita gila.dan yang paling penting,cinta ni boleh di ungkap dengan perkataan 'i love you'.
Back to the story pasal Shida dan Sobir...or pasal tajuk ni sendiri,cerita hati,Kat mana eh nak sambung?Hurm....apa kata kita tengok selepas kejadian accident Sobir di acara lompat tinggi. Sobir di hantarkan ke hospital menaiki kereta cikgu sekolah. Manakala keadaan Shida pula seakan teruk sama dengan Sobir, Cuma, Sobir sakit di kaki, manakala Shida pula sakit di hati.
Ada ketukan lembut mengetuk pintu bilik tidur Shida tetapi ketukan itu tidak mampu membuatkan Shida untuk beranjak bangun membuka pintu biliknya sendiri. Dia masih kekal duduk memangjangkan kaki di bawah selimutnya sambil melayan cerita korea she my lovely girl lakonan rain dan f(x) krystal di telefon bimbitnya. Dari ketukan itu, Shida dah boleh agak siapa di sebalik pintu itu. Pasti Tika dan Fiona datang melawatnya. Setelah ketukan ketiga diberi dan tiada respond daripada Shida, Fiona mengambil keputusan untuk terus membuka pintu bilik Shida. Buka-buka sahaja pintu, dua sekawan itu hanya membalas pandangan sambil masing-masing mengelengkan kepala. Apa nak jadilah dengan Shida ni. Sejak kemalangan berkenanan Sobir, Shida asyik mengurungkan dirinya di dalam bilik.
"Oit, anak dara.Kau tak reti ke bangun dari katil tu?" marah Tika sebaik sahaja berjalan ke arah Shida. Shida tidak memberi apa-apa respond. Malas dia nak menjawab pertanyaan kawannya yang sememangnya kuat jugak membebelnya. Dan memang kadang-kadang Shida dan Fiona biasa panggil Tika mak nenek pun, sebab mulutnya yang suka membebel mengalahkan orang tua tak cukup gigi. Shida buat-buat tak dengar dan cuba menumpukan perhatian kepada cerita yang ditontonnya. Sementara itu, Fiona sudah melabuhkan dirinya di sebelah Shida dan sempat meletakkan sesuatu di meja kecil sebelah katil Shida. Kali ini, berjaya membuatkan Shida menoleh melihat apa yang Fiona bawa untuknya.
"Aku bawakan pewangi bau bunga marigold. Bau bunga marigold ni dapat hilangkan stress. Limited edition tau aku beli kan daru memory lane." tanpa menunggu Shida membuka mulut, Fiona menerangkan pewangi yang dibawa khas untuk Shida.
"Wow...limited edition tu....Fiona.Untuk aku tak ada ke?Mana aci Shida je dapat. Aku pun nak gak." entah kenapa Tika begitu teruja dengan pewangi bilik yang baru Fiona beri tadi.
"Untuk kau ada lah Tika...Tak kan lah aku lupakan kau.Untuk kau aku bagi bau bunga rosemary." Fiona memujuk Tika sambil mengeluarkan pewangi tu dari beg keciknya. Patutlah tadi Shida perasan kenapa beg kecik milik Fiona yang biasanya nampak comel tapi hari ni seperti kembung semacam. Rupanya, dia pergi sumbat kan dua pewangi dalam beg tu. Patut lah nampak kembung.
"Kenapa aku punya bau bunga rosemary lak?" Tika bertanya kerana tidak puas hati tambah agak pelik.
"Sebab nak bagi kau concentrade bila belajar. Bau bunga rosemary boleh buat kita fokus kadang-kadang." penerangan Fiona di sambut dengan anggukan oleh Tika dan Shida sekali. Tak sangka Fiona ni expert bab bau-bau ni. Memanglah Shida tahu, Fiona pengemar minyak wangi tapi tahu pulak Fiona siap kaji fungsi bau-bau tu. Tabik arh Fiona!
"Tapi Fiona,aku depressed. Bukannya stress." akhirnya berjaya juga mulut Shida bercakap.
"Aku tak nampak pun beza kau stress atau depressed." Aish...laju aje mulut mak nenek ni bercakap. Monolog Shida dalam hati.
"Ok-ok. Dah lah tu korang. Jom kita putihkan balik muka kita yang dah gelap akibat berjemur time hari sukan hari tu." cadangan Fiona mampu membuatkan mood Tika dan Shida kembali teruja. Memang kepakaran Fiona lah bab-bab kecantikan ni. Atas arahan pakar kecantikan yang tak bertauliah, Tika dan Shida masing-masing mencuci muka dengan air beras yang di bawa oleh Fiona dan di bilas dengan air suam. Setelah mengeringkan muka, Fiona menyapu gel peeling di atas muka Shida dan Tika silih berganti sambil mengurut lembut. Dalam hati Shida terdetik gak, Fiona ni silap hari bulan, boleh jadi pakar kecantikan atau pakar kosmestik. Mana tak nye, dah lah subjek kimia Fiona selalu dapat A....Fiona sebenarnya ingin menyambung dalam bidang sains tapi sayangnya result PMR nya dulu tidak melayakkan nya untuk memasuki kelas aliran sains. Tapi walaupun dalam aliran akaun, Fiona memohon untuk mengambil dua subjek tambahan iaitu biologi dan kimia. Dan siapa sangka, Fiona antara pelajar yang berada di top 3 rangking di sekolah mereka dalam subjek kimia. Dah lah Fiona dari budak aliran akaun. Setelah menyapu gel peeling, Tika dan Shida menekup muka dengan tuala yang sudah di steam menggunakan iron baju di bilik Shida. Selepas beberapa minit, mereka meletakkan whitenning toner supaya toner di muka mereka sekata kembali. Dan untuk penutup pula sapukan white essence. Selesai sudah sesi kecantikan bersama Fiona. Untung dapat kawan macam Fiona. Dapat rawatan kecantikan free je.
"Ok...dah selesai sesi makeup-makeup..Jom,,,study." ajak Shida. Entah sejak bila semangatnya kembali. Tika dan Fiona sekali lagi membalas pandangan pelik... Pelik benau dengan perangai Shida yang kejap ok, kejap tak. Dibilik Shida ada meja jepun. Meja yang rendah dan agak besar. Setelah hampir, 1 jam mereka bersama-sama menyiapkan kerja sekolah sambil menelaah untuk exam akan datang. Tika orang yang pertama berhenti lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Kali ni, Fiona dan Shida pula membalas pandang pelik.
"Kenapa lah susah sangat aku nak faham apa yang aku belajar? Ni mesti aku tak fokus time cikgu mengajar kat depan ni." Tika bersuara.
Shida menjawab lembut, "Ilmu tu bermula bukan time kelas start atau time kau selak buku, tapi bila hati kau sendiri nak belajar." kali ni Shida bukan berniat ingin menyindir tetapi ikhlas dia menasihati kawan baiknya itu. Dia ingin berjaya bersama-sama dua orang sahabat yang sudah menerima apa adanya pada dirinya. Tika terus mengangkat kepala nya memandang Shida... Betul juga apa yang dikatakan oleh Shida. dan Tika tahu, bukan niat Shida mahu menyindirnya. Bab belajar, Shida sentiasa serius, Itu lah kelebihan berkawan dengan Shida. Sedang Tika dan Fiona sibuk menukar topik perbualan, Shida di hanyut oelh lamunannya sendiri dan entah macam mana, bayangan Sobir muncul dalam kepalanya.
Di bilik yang berhawa dingin itu, Sobir sudah lama terlena di buai mimpi. Mimpi yang mengingatkan kembali detik di mana dunia Sobir buat pertama kali nya bertukar menjadi pink atau secara ringkasnya, berbunga.....Seperti filem yang di ulang tayang.. Begitu jelas sampaikan perasaan yang di rasai ketika itu, timbul kembali. Sewaktu Sobir memanggil nama Shida buat pertama kalinya di kantin sekolah. Ketika Shida menoleh...Entah kenapa, pergerakan Shida seperti slow motion dan yang paling membuatkan Sobir tak boleh lupa adalah muka Shida. Sobir terpersona sehingakan nafasnya seakan-akan terhenti. Mimpi Sobir terhenti apabila dia sedar daripada lenanya. Celik sahaja mata, dia melilau mencari sesiapa yang ada di biliknya. Ternyata tiada siapa. Tiba-tiba bayangan Shida muncul dalam kepalanya.
#Adakah cerita di atas merupakan hints bahawa sebenarnya Shida dan Sobir sama-sama mempunyai perasaan yang sama?He3.....Tunggunye di episod yang akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan