Sobir merenggangkan otot di belakangnya sebelum membuat lompatan. Dan seperti biasa juga, Sobir berlari anak sebelum melompat melangkaui palang. Apabila berada di jarak yang Sobir rasa agak tepat, dia sudah mula membuat lompatan dan.......malangnya....Kaki Sobir terkena pada palang dan palang lompat tinggi tu jatuh menghempap kaki Sobir. Sobir meraung kesakitan. Ahli QM dan cikgu yang bertugas bergegas mendapati Sobir. Sobir seperti menahan jerit sambil memegang kakinya. Semua yang ada di situ menjadi panik dengan keadaan Sobir. Shida memberi isyarat S.O.S kepada ahli St. John dan Bulan Sabit Merah. Bendera merah diangkat dan pasukan medic sudah mula mengerumuni Sobir. Setelah mengambil masa kurang daripada 5 minit, pasukan medic mengarahkan untuk membawa Sobir ke hospital sebab berkemungkinan berlaku tulang patah atau retak pada kaki Sobir. Dengan serta merta cikgu yang bertugas mengambil kereta nya untuk membawa Sobir ke hospital. Sementara menunggu cikgu yang bertugas mengambil kereta, pasukan medic membalut kaki Sobir dengan penahan manakala presiden QM sudah mula menyuruh Shida untuk menenangkan peserta lompat tinggi yang lain. Dengan arahan presiden, Shida menyuruh semua peserta lompat tinggi untuk berkumpul dan membawa mereka keluar dari tapak lompat tinggi. Di luar tapak lompat tinggi, Shida mengarahkan pula, ajk bawahnya memantau peserta lompat tinggi lain. Shida bergegas masuk kembali ke tapak apabila melihat pasukan medic memindahkan Sobir ke dalam kereta. Shida sempat melihat muka Sobir yang tidak bermaya tambah dengan peluh di dahi sebelum pasukan medic menutup pintu kereta. Ya Allah, dugaan apakah ini? Kesiannya Sobir...Shida jadi tak tentu arah dalam suasana yang huru-hara itu. Shida seperti lost dan otaknya tak mampu nak memproses kejadian yang sebentar tadi berlaku, Shida seperti nak pitam tetapi mujur Tika dan Fiona sambut Shida. Tika dan Fiona membawa Shida ke tempat yang agak sunyi daripada padang iaitu dalam Fiona, Fiona merupakan penolong ketua kelas, jadi kunci simpanan kelas, ada bersamanya. Fiona membuka pintu kelas sementara Tika memaklumkan kepada presiden QM yang dia kena membantu Shida yang tak berapa sihat. Setelah membuka kipas, Fiona mengambil tempat di sebelah Shida sambil menghulurkan air kepada Shida. Shida menyambutnya dengan tangan mengigil. Entah kenapa, dia semacam trauma. Mereka menunggu Tika kembali. Pintu kelas Fiona di kuak dan Tika di sebalik pintu. Tika masuk dan mengambil tempat duduk depan menghadap Fiona dan Shida.
"Hurm...Shida.Kau ok tak ni?"Tika bertanya sambil teragak-agak. Shida hanya mengangguk sambil memberikan senyuman tipis ke Tika. Dia tahu Tika seperti mahu memberitahu sesuatu tetapi di sebabkan keadaanya macam ni, Tika terpaksa teragak-agak untuk memberitahu,
"Kau jangan lah risau lah Tika. Aku dah ok dah ni. Cakaplah, kenapa kau lama tadi?" Shida masih mengagahkan dirinya walaupun dia sebenarnya tak bermaya untuk berfikir waras.
"Presiden dengan cikgu tadi selidik macam mana Sobir boleh jatuh teruk. Bila di check, sebenarnya kedudukan palang dengan 'pole' lompat tinggi salah. Shida, bukan kau dengan ajk bawah kau dah check semua dalam keadaan ok kan sebelum acara bermula?" pertanyaan Tika berjaya membuatkan kepala Shida seperti menerima hentakan yang dashyat. Shida cuba untuk mengingat balik time dia menguruskan persiapan acara lompat tinggi. Memang dia yang atur kan termasuklah kedudukan tilam, jarak meter peserta sepatut mula, tinggi palang.....tinggi palang???Sekejap...Shida seperti terlepas sesuatu. Memang dia yang mengarahkan ajknya untuk membetulkan meter palang 'pole' dan Shida memang yakin ajk nya menyelaraskannya dengan betul sebab Shida sendiri tengok. Cume.....hah! Time testing.....time testing untuk menentukan track lompat tinggi dalam keadaan baik ke tak, Shida tak ada time tu. Shida sibuk berbincang dengan presiden. Ya Allah...memang salah Shida la ni.....Kenapa aku tak check sekali lagi?????Matilah aku.....Sobir????Sobir cedera sebab kecuaian aku...Kenapa kau cuai sangat Shida....Tika dan Fiona setia menunggu jawapan daripada Shida dan bila tiba-tiba Shida meraup mukanya seperti baru teringatkan sesuatu yang penting, Tika dan Fiona berbalas pandangan. Sah, Shida mesti tersilap buat something yang ada kena mengena dengan kemalangan tadi. Shida meraup mukanya dan air mata sudah mula mengalir. Ya Allah, salah aku ke? Ye. Salah aku. Aku yang buat Sobir cedera. Sebab kecuaian aku, Sobir jadi mangsa.
#ok....sekarang korang mesti sabar dan terus menunggu episod akan datang ye. sebab pelbagai idea tiba-tiba datang.pemilik blog ini cuba untuk menulis se pantas + se kreatif yang boleh....terima kasih dan fighting!

1 ulasan:
Yeahh akhirnya... kenapa sobir kena sampai macam tu sekali. Btw, selamatkan lah hubungan shida dgn sobir cik penulis 😠. Diorang baru je naik berbaik
Catat Ulasan