Hari ini merupakan hari sukan sekolah. Semua kakitangan yang terlibat sibuk menguruskan acara pada pagi itu termasuklah Quater Master dan para pengawas. Bila cakap pasal QM dan pengawas. Mestilah berkaitan dengan Shida dan Sobir. Pagi-pagi lagi Shida sudah menolong presiden QM mengangkat kotak minuman khas untuk peserta dan ahli QM dan juga pengawas. Pada tahun ini, hari sukan sekolah mereka agak meriah kerana kehadiran tetamu VIP mereka. Dalam Shida penat menyambut kotak minuman dari presiden, tiba-tiba ada tangan lain yang menyambutnya dulu daripada Shida. Shida memandang pelik. Shida mengekori tuan punya tangan itu dan rupa-rupanya Sobir. Sobir hanya tersenyum lalu berkata,
"Dah lah badan kecik.Ada hati nak angkat benda berat.". Shida hanya kaku dengan tindakan Sobir. Sejak kejadian hari itu, Sobir makin kerap menengurnya. Shida pula yang terasa segan. Yela, Shida dan Sobir tak pernah rapat sebelum ini Dan yang paling penting, perasaan yang terbuku dalam hati Shida, semakin hari, semakin kuat. Bertambah pula, hubungan mereka semakin rapat. Lagi lah.... Setelah selesai kotak-kotak minuman disusun dia atas meja. Semua QM di minta berkumpul untuk berikan tugasan mereka. Shida diberi tugas untuk mengawal peserta lompat tinggi. Masalahnya.....peserta lompat tinggi semuanya lelaki. Mana ada peserta perempuan. Masaklah Shida melayan perangai athelet lelaki. Dah lah acara lompat tinggi nanti dalam pukul 12 tengahari. Berjemur lah Shida macam ayam panggang golek. Dalam yang lain sedang sibuk bermeeting, Shida sempat mengerling ke arah Sobir. Walaupun Sobir pengawas, dan tugas pengawas nanti akan menolong QM tapi sayangnya, Sobir tak dapat nak tolong sebab dia sendiri mewakili rumah sukannya. Dalam acara apa, Shida sendiri tidak tahu. Sebab tahun ini, yang menguruskan nama peserta, ajk bawahannya, Dulu time Shida ajk biasa, boleh lah curi-curi tengok. Shida sendiri sibuk dengan kerja QM yang lain sampai tak sempat nak tengok. Shida memerhatikan Sobir yang sibuk mendaftar diri dengan ahli rumah sukannya yang lain. Setelah puas menatap, Shida menolong ajk yang lain menguruskan tempat lompat tinggi. Shida tidak perasan ada mata yang memandangnya juga dalam dia sibuk bekerja. Entah kenapa, perasaan yang berlainan tetapi cara yang sama. Satu pertanyaan yang indah selama Shida dan Sobir mengharungi hidup. Mereka berdua sama-sama tersenyum sendiri sambil sama-sama sibuk dengan kerja masing-masing. Dia....hanya dia je yang mampu membuatkan hari-hari aku terasa indah.Entah macam mana juga, ayat yang sama bermain di fikiran masig-masing. Adakah itu satu kebetulan atau memang takdir mereka? "Aku ingin dia.Aku ingin cintanya.".Adakah aku terlalu tamak untuk memiliki dia yang terlalu sempurna sedangkan diri aku hanya insan yang tidak mempunyai apa-apa?Detik demi detik dihitung. Ya Allah, aku benar-benar cinta dia!
Selesai menyiapkan tempat untuk acara lompat tinggi, akan ada ajk yang bertugas untuk mencuba segala persediaan dalam keadaan baik. Ketika dalam percubaan ,tiba-tiba presiden QM memanggilnya untuk memberi nama semua peserta acara lompat tinggi. Shida meneliti senarai yang ada di tangannya. Semua nama peserta bawah 18 seperti familiar bagi Shida. Sebab biasalah, asyik orang yang sama je masuk acara yang sama. Dah la tu, nanti pemenang pun dah boleh agak siapa yang menang, Tetapi ada satu nama yang Shida macam tak pernah lihat dalam acara lompat tinggi ni. Eh!!!Sobir? Sobir masuk acara lompat tinggi? Sejak bile lak dia pandai melompat? Sebab sebelum ni, acara larian menjadi kewajipan bagi Sobir pada tiap-tiap tahun. Tapi kali ni, agak berlainan dari yang biasanya, Maybe tak ada wakil, sebab tu dia terpaksa masuk. Majlis pembukaan sudah pun berlangsung, dan semua QM sudah bersedia di tempat masing-masing. Dalam menunggu acara kawad kaki habis, Shida dan Tika duduk di khemah khas untuk ahli QM dan para peserta. Sedang Shida dan Tika sedap duduk, ada sekumpulan peserta datang mendekati Shida dan macam biasa geng-geng nakal lah yang suka kacau nya tiap-tiap kali sebelum acara bermula.Shida hanya membuat muka selamba tidak menghiraukan mereka yangsudah mula mengempong Shida. Tika dah mula buat muka cuak.
"Shida....tak nak ke bagi kata-kata semangat kat aku ke?Manalah tau kata-kata kau nanti boleh membuatkan aku pecah rekod dalam lumba kari nanti." kata-kata Amar geng budak nakal disahut oleh sorakan oleh ahlinya yang lain.Shida membalas
"Aku rasa kalau tanpa kata-kata semangat aku pun,kau boleh pecahkan rekod punya.Aku tengok kau gigih berlatih tiap-tiap petang." Sekali lagi jawapan Shida dibalas lagi oleh sorakan dari geng budak nakal itu.
"Eh,macam mana Shida tau Amar berlatih tiap-tiap petang?Shida skodeng eh?" Makin galak lak diorang ni menyakat Shida. Shida malas dah nak melayan dan hanya meneguk air mineralnya yang dibawa nya dari rumah.
"Shida...cantiklah botol kau,Aku nak minum air dari botol kaulah.Mana lah tau dapat extra energy." Amar sempat mengenyit matanya ke arah rakan-rakannya yang lain. Belum sempat Shida menutup botolnya, Amar merampasnya. Hampir saja Amar mahu meneguk tiba-tiba ada tangan yang merampas kembali botol milik Shida. Shida sendiri terkejut dengan kehadiran Sobir yang entah datang dari mana tah. Sobir menggenggam botol Shida sambil membuat muka garangnya. Amar hanya memberikan senyuman sinis seperti tidak heran langsung dengan pandangan acah-acah garang Sobir. Lagi pun Amar dah selalu kena dengan ketua pengawas depan mata dia ni. Jadi, tak heran lah dia berani balas balik.
"Sobir?Macam mana boleh kau ada kat sini?Bukan kau kena get ready untuk acara kau?" pertanyaan Shida membuatkan Sobir melepaskan genggaman botol Shida dan memberikannya kepada tuannya.
"Aku jalankan tugas aku jap sebagai pengawas."Sobir berkata sambil matanya tidak lepas memandang marah dekat Amar. Amar hanya memerhati benggang.
"Tugas?Bukan tugas pengawas hari ni kutip sampah?" Shida hairan juga,tugas apa yang dimaksudkan oleh Sobir.
"Memang aku tengah kutip SAMPAH pun.Kau tak nampak ke Shida?" Sengaja perkataan sampah itu, dipekatkan sambil mata Sobir menjeling ke arah Amar, Amar hanya merengus geram sebelum berlalu pergi. Begitu juga Sobir,. Sobir hanya menjeling tajam ke arah Shida, Makin pelik Shida dibuatnya, Aduh...Tak paham betul lah. Sehingga lah jam sudah bergerak ke arah 12 tengahari. Shida sudah mula mengarahkan semua peserta acara lompat tinggi berbaris mengikut rumah sukan dan juga kategori. Setelah semua peserta mendaftar, barulah Shida membawa mereka ke tapak acara lompat tinggi. Di tapak lompat tinggi, acara bawah 18 dulu yang memulakan acara dan rumah sukan yang pertama adalah rumah sukan Sobir. Entah kenapa, Shida yang gemuruh. Menjadi tugas Shida untuk memastikan peserta dalam keadaan sihat dan baik sebelum memulakan acara. Shida bertanya kepada semua peserta yang ada disitu "Semua,ok tak?De penyakit apa-apa tak?Pernah accident?Nak get ready apa-apa sebelum lompat?". Kebanyakan mereka meminta izin untuk warm up dulu manakala Sobir hanya berdiri memeluk tubuhnya. Bendera merah dah jatuh dan kini bendera putih sudah diangkat menandakan acara sudah boleh dimulakan. Sobir merenggangkan sedikit otot dibelakangnya dan wesel sudah mula berbunyi. Sobir berlari perlahan sebelum membuat lompatan. Sobir melompat apabila sudah berada di jarak yang sesuai dan....
# Nak tahu keputusan adakah Sobir berjaya melompat atau tidak? Tunggu ye episod yang akan datang sebab dalam episod akan datang bukan saja ada keputusan tentang Sobir malah ada satu kejadian yang membuat kan Shida tak tentu arah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan