Jumaat, 3 Februari 2017

(39) Biar aku....

"Apa masalah korang ni? Susah sangat ke nak bagitahu apa yang dah jadi sampai Shida boleh pengsan?" Sobir bertanya lagi. Sobir sudah mula hilang sabar. Dia tidak suka Fiona dan Tika buat tidak edah dengan soalan nya.(agak payah hendak mengorek rahsia). Lagi pun tengahari tadi, dia nampak Shida dan teman lelaki nya seperti sedang bergaduh di kantin sekolah sehinggakan Shida menangis. Entah kenapa jadi demikian, tapi sebab itu ke Shida pengsan? Fiona dan Tika pula tidak mahu membantunya mendapatkan jawapan. Melihat mereka masih memberi kan respond yang sama, Sobir sudah benggang.
"Dah lah. Biar aku cari sendiri jawapannya." tambahnya sambil berlalu pergi meninggalkan Emey bersama Fiona dan Tika. Emey masih terpingga-pingga sambil memanggil Sobir dari belakang,
"Ahhh,oiii." .
Fiona dan Tika membalas pandangan. Bukannya mereka tidak mahu beritahu, tetapi kadang-kadang masalah akan jadi lebih sukar jika ramai yang tahu. Mereka masih risau dengan keadaan Shida. Sudah hampir 5 tahun perkara tu berlalu, dan Shida masih tidak dapat padam kan ingatan pahit itu. Dan setiap kali teringat, pasti badan Shida bergigil, tidak boleh bernafas lalu jatuh pengsan.
"Ceh, apalah." cebik Tika sambil merenung tajam ke arah kelibat Sobir yang semakin jauh meninggalkan mereka.

Langkah Sobir terhenti dan badan nya di sandarkan di dinding. Nasib baik lorong yang menuju ke bengkel kemahiran hidup agak sunyi, Tidak ada kelibat manusia pun yang lalu-lalang.  Matanya di buka seluas-luasnya dan tangan mengenggam kuat. Grr....Dia rasa tidak puas hati selagi dia tidak dapat jawapan, apa yang dah terjadi antara Shida dan teman lelakinya. Semakin lama, Sobir rasa seperti ada perasaan yang lain menyelubungi dirinya. Namun begitu, Sobir terpaksa menahan nya. Rasanya sakit sangat. Sobir memegang dadanya yang sakit itu. Dia terduduk di lantai simen itu. Menahan sakit dan tanpa sedari kelopak matanya mula basah. Malah Sobir berasa semacam sedih di hatinya. Eh? Sungguh Sobir tak tahu apa yang dia rasakan saat itu? Kenapa dia sedih? Shi....da.....Arrgh...Benci nya! Genggaman Sobir menjadi semakin kuat dan rasa sakitnya semakin pedih. Berhenti.


"Eh? Apa...?" Shida tersedar yang dia sudah terlantar di sebuah bilik. Shida memandang sekeliling... Huh...Rumah Atok rupanya. Di sebalik pintu bilik, Shida dapat dengar suara Atoknya bercakap dengan pembantu rumahnya dan beberapa saat selepas itu, kedengaran bunyi pintu dikuak.
"Shida dah bangun?" lembut sahaja suara Atok. Shida mengesat saki-baki air matanya.
"Dah lah tu.." Atok mengosok-gosok lembut pula kepala Shida. Pada saat ini, Atok sajalah yang memahami keadaan nya, Lama Atok merenungnya,mengharapkan mungkin Shida mahu berkata sesuatu kepadanya. Malangnya, hampa sekali. Shida tidak menunjukkan apa-apa reaksi, seolah-olah Atoknya tidak wujud di situ, Shida hanya termenung menghadap tingkap. Dari tingkap itu, Shida dapat melihat halaman belakang rumah Atoknya yang besar itu. Isk! Habis peluang aku nak bagi bekal kat Sobir.....


#EH? HIE...BELUM HABIS LAGI LAH. DATANG LAGI YE.


Khamis, 2 Februari 2017

(38) apa maksud kau?

Ehhh. Shida terlanggar seseorang yang boleh tahan besarnya juga. Shida menggosok-gosok bahunya yang sakit itu sambil berpaling dan rupa-rupanya Izzuddin. Lah..ingat kan sapa lah besar sangat tadi. Jangan salah anggap, Izzuddin tak gemuk pun cuma mungkin sebab dia lelaki. So badannya agak kebal berbanding Shida. Tu yang terasa sakitnya. Di belakang Izzuddin, Tika dan Fiona berdiri hanya memerhati. Mungkin tadi mereka jalan bersama ke kantin.
"Ada doktor kat sini?Cepat panggil ambulans. Ais,ais." seperti biasa, Izzuddin sudah mula buat bisingnya.
"Izzuddin, tak payah nak lebih-lebih sangat. Nanti datang lah 'ubat' si Shida tu. Nanti terus jadi baik. Huhuhu." dan seperti biasa juga, Tika sudah memulakan operasi huhuhu nya pada hari ini. Geram pulak Shida melihat gelagat mereka berdua ni.
"Err, aku okey je la." balas Shida.
"Kejap-kejap, tadi kau cakap 'ubat' si Shida?" Izzuddin kemudiannya menghalakan pandangan ke arah Tika dengan dahi berkerut seribu.
"Yelah, 'ubat' si Shida. Kau tak tahu eh, yang Shida ni sebenarnya dah ada crush?" Tika berkata sambil menganggukan kepalanya.
"Bukan tu pointnya!" Izzuddin terus melemparkan riak muka tidak puas hati seolah-olah menjadi satu kesalahan Shida mempunyai crush. Semua tergamam termasuk dengan Izzuddin sekali. Dia tak sangka yang dia akan terlepas cakap di hadapan mereka semua.
"Err, Izzuddin kau kenapa?" Shida bersuara.
"Apa?" Izuddin memberikan respond seolah-olah dia tidak berkata apa-apa pun sebentar tadi. Shida menarik nafas manakala Tika dan Fiona turut memerhatikan Izzuddin.
"Kau ingat aku tak sedar, yang respond kau tiba-tiba berubah bila Tika sebut yang aku ada crush kat orang lain?" Shida menjadi binggung. Nampaknya Izzuddin tidak boleh berlari lagi. Dia perlu jujur kenapa dia terkejut dengan kata-kata Tika tadi.
"Macam mana kau boleh senang-senang je lupakan Hairi dan suka kat orang lain?" Izzuddin bertanya. Apakah mereka semua sudah lupa tentang kewujudan Hairi dalam hidup mereka? Sebagai kawan baik Hairi, Izzuddin tidak puas hati. Sekali lagi, Shida,Tika dan Fiona, masing-masing terkejut dengan pertanyaan Izzuddin. Argh! Tika dan Fiona benggang. Kenapa perlu Izzuddin perlu mempersoalkan hubungan Shida dan Hairi pada saat ini? Bukan ke Izzuddin tahu apa yang Hairi sudah lakukan kepada Shida?Dia ni... Dari awal lagi pun, Izzuddin tak pernah berniat mahu menolong Shida untuk melupakan Hairi. Perlu ke dia tambahkan lagi luka di hati Shida? Akibatnya, hati Shida terluka teruk. Masing-masing berbulat mata kecuali Shida.Tanpa sedari, air mata Shida mengalir. Fiona lantas menggosok-gosok bahu Shida perlahan-lahan sementara Tika sudah bertegang urat untuk membalas kata-kata Izzuddin. Tapi Shida tiba-tiba bersuara sebelum Tika sempat membuka mulutnya. Dengan tangisan yang ditahan-tahan Shida menyampuk,
"Betul.....Betul tu. Aku memang dah lupakan Hairi. Tapi sebelum aku boleh lupakan dia. Dia dah berjaya buat aku terluka. Tu yang dia nak kan?". Izzuddin menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya dengan apa yang terlafaz dari mulut Shida. Biar betul....


# Bagaimanakah perasaan Shida terhadap Sobir? Adakah akan kekal sama seperti dulu? Atau akan berubah setelah Izzuddin mengungkit soal Hairi? Tunggu penentuannya di episod akan datang.

Selasa, 31 Januari 2017

(37) Ermmm, pikirkan kau je, boleh buatkan aku jadi SADO....

Andai kata Shida dapat pikat hati Sobir melalui air tangannya. Baiklah, hari ni dia sanggup mencari resipi-resipi yang mampu memikat hati Sobir.... Apa sahaja! Hujan ribut pun dia sanggup redah! Ah!Tika menumbuk bahu Shida secara tiba-tiba. Hilang segala lamunan Shida.
"Hei.apa ni. Tolong jangan kacau aku boleh tak?" Shida berseloroh.
"Kacau kau buat apa? Kacau kau tengah berangan dengan Sobir? Huhuhu." sapa Tika dan sengaja dia menutup mulut apabila berkata 'huhuhu'. Itulah bahan ejekan Fiona dan Tika apabila mereka ingin mengusik Shida mengenai Sobir. Emey di hadapan turut tergelak dengan aksi Tika mengejek Shida. Tinggal beberapa minggu lagi mereka akan menghadapi peperiksaan SPM. Dan tinggal lagi beberapa minggu sahaja lagi Shida dapat bertemu Sobir...Ermmm, sedihnya... Sedih kerana belum sempat meluahkan lagi perasaannya pada Sobir. Oleh sebab itu, mereka bereempat (termasuk Emey) berkumpul untuk menjayakan rancangan Shida. Menurut cadangan Emey, Sobir selalu tidak sempat bersarapan ketika datang ke sekolah mahupun pada waktu rehat. Ini kerana, Sobir sentiasa datang awal dan pada waktu rehat pula, dia sentiasa sibuk menjalankan tugasnya, maka waktu makannya juga menjadi singkat. Sobir hanya sempat makan makanan ringan. Dengan ini, Emey mencadangkan supaya Shida buatkan bekal untuk Sobir esok. Ok, ada masalah besar kat sini. Shida nak buatkan bekal apa untuk Sobir ye...Hurm???
"Apa kata kau buatkan dia bento? Bento kan simple tapi mengenyangkan." Tika akhirnya memberi cadangan. Betul gak kan... Bento...Cakap pasal bento,automatik Shida dan Tika memandang Fiona. Fiona ni serba cukup pakej. Cantik, pandai, dan paling penting pandai memasak. Dan untuk pengetahuan juga, Fiona ni walaupun berketurunan Sabah tetapi dia ni ada kacukan Jepun belah ibunya. Begitu kontra sekali dengan Shida. Walaupun Shida anak sulung, tetapi dia jenis malas bab-bab memasak ni.Shida bukannya tak reti memasak. Dia pernah je masak masakan kampung seperti gulai, tempoyak. Cuma,dia sedikit pemalas. Fiona hanya berbalas dengan pandangan hairan...Beberapa saat berlalu, barulah Fiona dapat tangkap maksud pandangan Tika dan Shida itu. Fiona tersenyum faham sambil mengenggam tangan Shida seolah-olah memberi semangat kepadanya. Pada petang itu juga, mereka bereempat pergi ke rumah Fiona, belajar cara-cara untuk membuat bento. Memandangkan Fiona satu-satunya anak tunggal dalam keluarganya,jadi tidak begitu segan untuk menyepahkan dapurnya. Fiona pun sudah biasa masak untuk kedua ibubapanya yang sentiasa sibuk bekerja. Shida belajar bagaimana mahu buat onigiri, telur gulung dan salad buah-buahan. Sesekali Tika mahu mencuba juga mengepal nasi hingga menjadi bulat. Dan sesekali juga pandai Emey meriuhkan suasana dengan berpura-pura berlakon menjadi Chef wan. Dengan meniru mimik suara Chef Wan, Shida, Tika dan juga Fiona tergelak dibuatnya. Dia ni boleh menjadi kembar Izzuddin yang sentiasa riuh, Dalam Shida sedang khusyuk menyusun semua onigiri ke dalam pinggan, Tika, Fiona dan Emey, masing-masing berbalas pandangan yang penuh makna. Yelah, mereka tahu Shida bukannya rajin hendak memasak, Malah, masak untuk diri sendiri pun malas. Tetapi mereka semacam kagum apabila melihat Shida berusaha untuk belajar dan buang sikap malasnya. Harap-harap rancangan ni berjaya. Fighting Shida! Kami sentiasa menyokong dari belakang.

Keesokan harinya,
Apabila loceng berbunyi, Shida merupakan orang pertama yang keluar dari kelas. Dan juga merupakan yang terawal sampai ke kantin dahulu. Shida hampir terlupa Sobir perlu menjalankan tugasnya barulah ke kantin. Dengan hati berdebar-debar, Shida menunggu kehadiran Tika, Fiona dan Emey.
'Aku dah berusaha sehabis mungkin.....' Shida bermonolog didalam hati.
' Ha! Aku kena lebih tabah dan berfikiran positif.' Shida berbisik lagi pada diri nya sendiri. Sedang Shida dok gelisah mundar mandir di meja makannya. Tiba-tiba, donn! Alamak!

#APA KHABAR?KALAU KORANG SUKA DAN ADA IDEA UNTUK CERITA HATI INI, SILALAH KOMEN SUPAYA PEMILIK BLOG INI BOLEH MENGINSPIRASIKAN IDEA KORANG KE CERITA HATI NI, OK, SELAMAT MENUNGGU EPISOD SETERUSNYA.

Isnin, 30 Januari 2017

(36) White or Black?



Shida semakin bimbang untuk menghadapi peperiksaan SPM yang hanya berbaki tidak sampai sebulan pun tempohnya. Haaa....Shida mengeluh. Dalam banyak-banyak subjek, subjek bahasa inggeris yang paling Shida tidak suka. Eh? Bukan ke Shida budak top 3 dalam carta sekolah tingkatan 5? Memang lah...itu pun apabila datuknya sendiri menghadapnya pagi,petang dan malam. Mengajar Shida secara personal. Itulah rahsia macam mana Shida boleh dapat markah tinggi untuk subjek bahasa inggeris. Entahlah...Shida semacam malas nak suruh otaknya translate kan ke bahasa orang putih itu. Kenapalah susah-susah belajar bahasa negara orang? Sepatutnya kita kenalah martabatkan bahasa ibunda kita! Shida tidak habis-habis membela dirinya dengan ayat itu apabila datuknya bertanyakan, kenapa Shida tidak suka belajar subjek yang satu itu.  Dan entah kenapa tiba-tiba ayat yang sudah lama dia tidak dengar, kembali terngiang-ngiang di kepala Shida.
'Di mana ada White, di situ pasti ada Black.' . Sampai sekarang Shida masih tidak percaya bahawa khabar angin yang tersebar di syarikat datuknya menjadi kenyataan. Dia ingatkan itu cuba khabar angin semata-mata. Dan sampai sekarang jugalah, Shida tidak tahu yang mana satu Black dan yang mana satu White. Adakah Hairi bekas cinta monyetnya adalah si White atau si Black?


#OK.KORANG MESTI TAK FAHAM KAN?SAJE NAK BAGI HINT DULU... RILEK.... BERSAMBUNG LAIN KALI

Rabu, 25 Januari 2017

(35.2) di sebalik permainan cinta Sobir.




Mengapalah dia perlu terserempak dengan makhluk Tuhan yang bernama Shida ini? Dugaan Sobir ternyata benar. Sobir menatap mereka berdua dengan sorot mata mahu tahu. Semakin lama diperhatikan, semakin mendongkol hatinya apabila melihat Shida berjalan beriringan dengan teman lelakinya.
"Oit, Sobir."satu suara lantang menegur Sobir. Rupa-rupanya Emey...dan dia dapat melihat Tika dan Fiona juga ada di belakang Emey. Kemudian, tanpa berkata apa, Emey terus menarik tangan Sobir untuk duduk di kerusi yang berdekatan. Sobir terpingga-pingga melihat sikap Emey itu. Emey, Tika dan Fiona tahu, Sobir baru sahaja melihat Shida dan Izzuddin berjalan balik sama-sama. Dan mereka seperti sudah tahu yang Sobir perlukan penjelasan mereka. Tetapi sebelum beri penjelasan, mereka perlu lah bermain dengan perasaan Sobir dahulu. Baru best kena kan Sobir yang aneh dan penuh dengan misteri itu. Pendek kata, mereka bertiga sangat terhibur melihat 'telenovela' antara Shida dan Sobir sejak kebelakangan ini. Apa benar, sebenarnya Shida dan Sobir berkongsi perasaan yang sama? Sekiranya benar Shida dan Sobir berkongsi perasaan yang sama, mahu jadi drama korea lah diorang berdua ni. Mana taknye, dua-dua saling suke sama suke, tapi dua-dua tak nak mengaku suke.
"Kau okey tak Sobir?" sepasang kening Fiona bertaut rapat, curiga. Manakala Emey dan Tika menanti dengan perasaan penuh teruja. Tiga sekawan itu tanpa sedari merenung tajam ke arah Sobir. Sobir terasa kurang selesa.
"Entah lah, keadan aku tak berapa baik." keluh Sobir.
"Hah? Kau sakit ke? Kenapa kau tak pergi jumpa doktor? Apalah kau ni." tanya Tika.
"Sebenarnya, aku tak ada lah sakit mana tapi aku tak boleh tidur malam tadi." Sobir menjawab santai.
"Dah tu, kenapa muka kau macam ada masalah je?"Emey segera meningkah.
"Aku sendiri pun tak tahu. Sejak Shida selalu rapat dengan pakwe dia. Aku jadi semacam annoying bila tengok dia." Sobir membuka kalimatnya. Serentak tiga sekawan tu ternganga besar sambil mata mereka terbuka luas. Mahu tergelak pun ada, mahu menjerit pun ada, Sobir...Sobir...Kelakar duh dia ni. Tanpa mampu bertahan lagi, tiga sekawan tu ketawa terbahak-bahak. Fiona yang paling over. Sambil menepuk-nepuk Tika di sisi. Tika yang lagi tadi terhibur terus menjadi sedikit panas apabila terkena sengatan Fiona. Tika menjeling tajam, seraya Fiona pun berhenti menepuknya.
"Kau ni betul-betul tak tahu ke?" Emey binggung. Lantas Sobir segera menyembur,
"Apa dia?" dia hairan kenapa mereka bertiga ketawa. Apa yang lucu sangat?Sambil menjungkitkan bahu dan dua kening terangkat, Fiona berkata,
" Are you an idiot? Don't talk nonsense."
Sobir kelihatannya sudah mula benggang. Dia merndahkan kepalanya sambil memjengilkan matanya.
"Kenapa? Do you understand something I don't?".
Jenuh bermain teka teki dengan Sobir, lalu Emey segera memberi jawapan sambil menarik nafas sebelum berkata,
 "Cem.bu.ru. Kau just jelez je tu.". Sobir terdiam mendengar kata-kata Emey. Dia seperti sedang memproses ayat Emey tadi. Lama -kelamaan, Sobir berasa dia tida boleh berdiam diri lagi. Dia perlu membuka mulut kepada mereka bertiga, daripada dia pusing kepala menebak-nebak sendiri.
"Jelez?Aku?Tak mungkin lah" tanya Sobir dengan tidak berbasa-basi.
"Ngek. Betul lah!" Makin terdiam Sobir mendengar info Emey. Ada yang menarik pasal Sobir ni. Tiga sekawan tu makin menjadi usikan mereka.
"Dengar eh, bila  kau tengok Shida dengan Izzuddin, kau sebenarnya jelez." Tika terus menumpahkan keterangan pada Sobir.
"It's a pain, even for a genius, right?"  Fiona menyampuk untuk menghangatkan lagi suasana. Tiga sekawan itu menahan gelak seboleh-bolehnya apabila melihat muka tercengang Sobir. Rupa-rupanya kisah Shida dan Sobir ni bakal menjadi drama korea lah jawabnya dan mereka sengaja tidak mahu menjelaskan status Izzuddin yang sebenarnya kepada Sobir. Biar rasa tanda tanya itulah yang mendorong Sobir untuk bertanya terus kepada Shida. Biar Shida tahu, situasi mereka sekarang.

# Aip....tak habis lagi....masih banyak lagi behind the scenes yang tak di dedahkan lagi. Tunggu ye!

Isnin, 23 Januari 2017

(35.1) di sebalik permainan cinta Shida



Flashback kejadian 4 tahun lepas.....
Dia melangkah gontai menuju ke dewan hotel 5 bintang itu. Biarpun deretan makanan begitu menggiurkan, namun selera makan Shida mati. Punah bersama harapannya mahu menemui Hairi pada malam itu. Shida tercenung di meja makan. Larut dalam lamunan sehingga tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Tahu-tahu sahaja, seorang jejaka menghenyakkan tubuhnya ke kerusi di hadapannya. Itu Haris! Segera Shida merasakan semangatnya datang kembali.
"Kau okey?" soalan pertama diajukan oleh Haris dengan wajah gusar.
"Aku tak suka majlis-majlis macam ni." mendengar rungutan Shida itu, Haris sendiri secara spontan mengeluh. Dia tahu pada saat-saat seperti inilah Shida memerlukan Hairi di sisinya. Berjalan mengelilingi dewan, mengenal setiap orang ternama, pemegang saham dan staf-staf syarikat pasti merimaskan Shida.
"Aku dengar atok kau nak buat pengumuman malam ni pasal nak masukkan kau dalam nama pemegang saham syarikat ni." kenyataan Haris itu menyebabkan mata Shida menjadi bulat, sebulat-bulatnya. Haris baru sahaja memberikannya satu tamparan yang begitu hebat. Beerti kini dia sudah menjadi salah seorang calon yang bakal mewarisi syarikat ini. Akan ada persaingan yang akan membuatkan Shida makin rimas dan lemas. Bertambahlah panas hati Tuan Daniel kerana selama ini dia fikir tidak ada yang akan menyaingi anaknya sebagai pewaris syarikat. Tidak dapat menahan kemarahannya, Tuan Daniel sudah merancang sesuatu untuk pastikan nama Shida disingkirkan.

"Jangan kurang ajar!" seorang lelaki bertempik. Pada ketika tangan lelaki itu mengacukan pistol,tiba-tiba ada suara yang menjerit nama Shida sekuat hatinya.

"Shida!!"...Shida tersentak....Sekelip mata perasaan takutnya sudah ke kemuncak...Dia bergeletar ketakutan.....Dia meraung sekuat nya....Air mata juga laju mengalir...Shida menutup matanya...Dia tak sanggup melihatnya....Dia tak mampu berbuat apa-apa....Hairi!!!


10 tahun selepas kejadian tersebut.....
Walaupun kejadian tersebut sudah 7 tahun lamanya berlalu, namun bagi Shida nama dua orang kembar tu sentiasa dalam ingatannya. Hairi...Haris... Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. Bila di imbas kembali, begitu rupanya permainan hidup. Shida tersenyum lemah sambil air mata turun perlahan-lahan membasahi pipi Shida. Shida kena kuat. Dengan cara ni, Hairi dan Haris tak akan di hempit rasa bersalah lagi. Shida...please be kuat.. Perlahan-lahan Shida berbisik pada diri sendiri sambil tangannya menahan rasa sakit di dada. Sakit yang sekian lama dia pendam....Selepas 10 tahun lamanya, kini dia terpaksa lepaskan dengan rela. Dengan itu.....dengan cara itu je...Semua orang akan bahagia....Automatik tangan Shida menekup mulutnya pula...takut tangisannya di dengari oleh orang lain. Walaupun tiada siapa lagi di situ...


#Adakah kehadiran Hairi dan Haris dalam cerita hati ini menimbulkan tanda tanya pada korang? Cari tanda jawapan dalam episod akan datang pula ye....Tunggu~

Ahad, 22 Januari 2017

(35.0) di sebalik permainan cinta



Hati Shida berbelah bahagi. Perlu ke dia memberitahu Sobir? Sambil mencatit penerangan cikgu di hadapan, kerap dia mencuri pandang ke arah bangunan seberang sana. Shida sengaja memilih tempat duduk di sebelah tingkap kerana tempat itu strategik untuk skodeng Sobir. Secara kebetulan Sobir juga duduk di sebelah tingkap. Shida tidak dapat menahan diri lalu mengeluh panjang.
"Pssst,Shida." Mira yang duduk bersebelahan dengan Shida cuba mengawal suaranya supaya tidak terlalu kuat. Maklum sahaja sesi pembelajaran belum habis tetapi cikgu kat depan sedang menulis sesuatu di papan putih.
"Apa dia?" tanya Shida. Dia masih dalam khayalannya.
"Kau dah start study? Yelah,kau kan biasa study awal. Kalau dah, aku nak tengok nota kau boleh?" pertanyaan Mira berjaya membuatkan Shida tersentak daripada terus berkhayal. Dia baru tersedar yang buku notanya sudah lama tidak ada padanya. Dia pernah meminta untuk Sobir mengambilnya kembali.Aduh, dalam tu dah la sume nota lengkap. Pada ketika itu, otak Shida ligat memikirkan banyak perkara. Dia tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tak sangka tinggal lagi beberapa minggu sahaja dia akan menamatkan zaman sekolahnya. Shida memandang sekeliling kelasnya dan memandang seorang demi seorang rakan sekelasnya. Shida akan rindukan semua ni.




Pada malam itu, sebelum Shida melabuhkan diri di atas katil untuk tidur, dia mencapai losyen nya dan di sapu kan pada kaki dan tangganya. Sudah menjadi tabiatnya menyapukan losyen sebelum tidur. Ini kerana, kulit Shida jenis kulit kering. Shida tersentak apabila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi,sudah hampir pukul 12 malam,siapa yang menelefonnya malam-malam begini? Di skrin telelefonnya terpamer nama Izzuddin.
"Assalamualaikum Izuddin. Kenapa kau call aku malam-malam ni?" Shida menjawab.
"Waalaikumussalam, Shida. Sori kacau kau malam-malam ni. Kau dah tidur ke?" suara Izuddin kedengaran seperti teragak-agak.
"Aku baru nak masuk tidur. Kenapa?"
"Shida, esok kau free tak? Boleh tak ajar akan aku macam mana nak kira distance, speed dengan time?"
"Esok? Boleh, time rehat eh?"
"Time rehat. Ok. Jumpa kat tempat duduk korang macam biasa lah."
"Ok." talian di letak dan Shida pun menyelimutkan dirinya dan bersedia untuk tidur.


Pada malam itu juga di bilik Sobir, dia masih tekun menekan kalkulatornya dan apabila dia mendapati jawapannya salah, dia merengus kasar. Dia sudah give up untuk menyelesaikan soalan sains itu. Dia memusing-musingkan kerusinya dan dari jauh dia ternampak buku ungu milik Shida di raknya. Tanpa bangun daripada kerusinya, Sobir menyeret kerusi rodanya ke rak dan menarik keluar buku nota Shida. Seingat Sobir dalam buku itu ada banyak nota yang Shida catit. Sobir membelek sehelai demi sehelai dan.....yes! Dia sudah jumpa jalan penyelesaian yang senang untuk ingat formula distance,speed dengan time. Berguna gak nota Shida ni. Dia lantas menyeret kerusi rodanya ke arah mejanya semula dan tangan segera menulis jawapan. Selesai sahaja menyiapkan kerja sekolahnya, Sobir mengemas dan matanya masih tertatap pada buku milik Shida. Sekali lagi Sobir membelek satu per satu mukasurat yang ada pada buku itu. Sobir terhenti pada satu mukasurat yang pada awal lagi, membuatkan Sobir tertanya-tanya. Benar ke Shida dah ada pakwe?


"Shida!" jerit Izuddin apabila dia ternampak kelibat Shida yang sedang berbual dengan Fiona dan Tika. Macam biasa, mulut Izuddin sentiasa kecoh dan mampu memecahkan gegendang telinga mereka bertiga tetapi antara mereka bertiga, Fiona sudah terbiasa. Maklum sahaja, Izzuddin dan Fiona merupakan rakan sekelas. Dalam kelas pun, Izzuddin sentiasa kecoh,

"Boleh tak kau jangan jerit nama aku kuat-kuat? Malu tau tak, semua orang pandang." tegur Shida. Terdapat beberapa orang di kantin itu, memandang pelik ke arah Izzuddin apabila Izzuddin menjerit tadi.Izzuddin hanya tersengih sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan Shida. Tanpa melengahkan masa kerana waktu rehat mereka pun sekejap sahaja, Shida dan  Izzuddin sudah membuka buku masing-masing sementara Fiona dan Tika masih menghabiskan baki makanan mereka. Sedang Shida mengajar Izzuddin, Fiona dan Tika ingin membeli minuman untuk membasahkan tekak mereka.
"Korang nak apa-apa tak?" tanya Tika.
"Belikan aku air milo kotak" jawab Izzuddin tanpa menganggkat kepalanya. Dia perlu fahamkan formula itu sebelum waktu rehat habis. Manakala Shida hanya menggeleng. Dia sudah kenyang dan air masaknya masih banyak lagi, Selepas beberapa minit mulut Izzuddin terkumat-kamit cuba menggunakan formula yang baru diajarkan oleh Shida tadi, distance= speed x time, dan akhirnya dia menjerit keriangan apabila berjaya menyelesaikan nya.Shida agak terkejut dengan aksi spontan Izzuddin itu dan tanpa mereka sedari, mereka berdua tergelak. Geli hati dengan perangai masing-masing. Tanpa mereka sedari juga, Sobir yang baru sahaja menjejakkan kaki ke kantin selepas menjalankan tugasnya sebagai pengawas, terpandang Shida sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang cukup Sobir ingat. Lelaki itu lah yang pernah berjalan bersama-sama dengan Shida ketika balik ke rumah. Jadi betullah Shida dah ada pakwe.
"Aip, Sobir. Kenapa tiba-tiba kau nak menyibuk pasal hidup Shida pula ni? Aku suka kat Shida ke?omel Sobir dalam hati.

"Oh ye Shida. Hari tu aku ada terserempak dengan Haris kat kedai cd yang korang selalu pergi dulu dan dia ada tanya pasal kau." biasanya suara Izzuddin apabila bercakap, riuh sahaja tetapi kali ni. Dia cuba menyelaraskan kepada nada yang sama dengan otak Shida supaya Shida tidak mengamuk ataupun bermasam muka hingga tak nak bercakap dengannya lagi. Maklum sahaja, isu yang dia hendak cakapkan, agak sentitif pada Shida. Shida yang terdiam dan senyuman yang terukir lagi tadi kendur sedikit demi sedikit. Otak nya masih tidak dapat padam memori yang cukup pahit baginya. Walaupun perkara itu sudah berlalu agak lama, tetapi luka di hati Shida susah untuk sembuh. Shida hanya melepaskan nafas yang agak berat.
"Habis tu kau cakap apa je kat dia?" tanya Shida dan kedengarannya agak berat.
"Aku tak ada cakap apa pun. Aku just cakap, kalau dia nak tahu pasal kau, dia tanya lah kau sendiri." muka ceria Izzuddin juga turut bertukar mendung. Dia tahu Shida tak mungkin akan memaafkan Haris dengan begitu mudah. Izzuddin pernah menjadi rakan baik dua kembar itu iaitu Haris dan Hairi. Sejak peristiwa hitam itu, Izzuddin juga turut terputus hubungan antara kembar itu. Shida hanya memandang kosong ke arah lorong berjalan kaki. Dia memutarkan kembali memori ketika dia mengenali Haris dan Hairi, tetapi tidak semua memori bersama kembar itu adalah semuanya pahit, ada yang manis. Terlampau manis membuatkan Shida jatuh sakit. Sakit menahan rindu, seksa dan akhirnya Shida pernah rebah. Nasib baik dua rakan baiknya Fiona dan Tika membantunya untuk bangun semula. Bangun menjadi Shida yang kuat. dan hingga kini.....hanya kesan sahaja yang terlihat. Dia tak mungkin akan membiarkan dirinya lama kembali. Dia sudah berjalan jauh hingga menjadi dirinya yang sekarang. Dia yang sekarang merupakan Shida yang sekarang. Tak ada lagi, Shida yang dulu.

# Belum game over lagi. Permainan masih diteruskan. Memori apa yang dimaksudkan Shida? Teruskan membaca!



(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...