Khamis, 8 Disember 2016

(27) there is like sticking chewing gum on my shoes that make me cannot move away from you

Bas berhenti dan Sobir pun bangun dari tempat duduknya. Tanpa bertanya apa, Shida juga turut bangun mengekori Sobir dari belakang. Shida mengekori Sobir sampai lah ke satu rumah. Langkah Shida terhenti apabila mereka sudah berada betul-betul di hadapan rumah tersebut. Shida memandang pelik ke arah Sobir seperti mahukan penjelasan, Sobir tidak berkata apa hanya memberikan senyuman nakal. Shida bagaikan tak percaya Sobir mengajaknya makan di rumah ini. Shida sudah membuat muka marahnya. Melihat muka Shida seperti itu, keluar ketawa besar Sobir, Shida hanya tetap dengan muka marahnya sehingga lah Sobir berhenti ketawa.
"Apa tunggu lagi? Jom lah makan.Aku belanja."Sobir berkata sambil menahan gelak,
"Rumah sape kau bawa aku ni?Main masuk je. Tak malu ke?" Shida masih dengan benggangnya.
"Tak kan lah aku bawa kau makan kat tempat orang yang aku tak kenal.Ni rumah kawan aku lah" Sobir melangkah ke ruang halaman luar rumah sambil mencari pemilik tuan punya rumah yang menjemputnya tanpa menghiraukan Shida yang masih kaku berdiri disitu. Mahu tak mahu Shida terpaksa mengekori jejak Sobir. Shida terpaksa merempuh orang ramai di kenduri kahwin entah kawan Sobir yang mana tah melangsungkan perkahwinan. Shida sendiri tak tahu. Shida terus mendapati Sobir setelah berjaya menangkap kelibat Sobir. Sobir hanya menunggu Shida mendekati nya. Shida dapat menangkap juga kehadiran Emey di sebelah Sobir.
"Shida...ni hah kawan aku. Tuan punya rumah ni. Abang Emey kahwin hari ni. Aku memang nak pergi hari ni. Alang-alang tu aku bawa kau sekali." penerangan Sobir, mampu membuatkan kotak fikiran Shida yang tadinya serabut dengan pelbagai persoalan, kini sudah jelas semuanya. Shida hanya memberikan senyuman pada Emey.
"Nasib baik kau datang Sobir. Aku ingatkan kau tak datang, Kalau kau tak datang, memang aku ingat, aku nak merajuk dari kau." Emey bergurau sambil menepuk kuat belakang Sobir. Sobir sedikit terkejut lalu membalas balik, Mereka membalas tepukan sambil ketawa gembira.
"Sobir, Shida.Jemput makan, Duduk lah kat mana yang korang rasa selesa. Mak dengan ayah aku sibuk dengan besan diorang. Nanti lepas korang dah habis makan, nanti aku panggil diorang.Aku ke belakang jap eh,nak ambik pencuci mulut dah habis tu." Emey berlalu pergi meninggalkan Sobir dan Shida disitu. Belum sempat Shida dan Sobir menyusun langkah, satu suara menegur Sobir...Rupa-rupanya... Ravi.
"Sobir....Kau rupanya.Aku ingatkan siapa tadi. Kau datang juga kan.Aku ingatkan kau tak nak datang sebab sibuk dating.Ni siapa?Makwe kau ke?" Ravi bertanya.
"Bukan lah...ni kawan je lah. Ni Shida,satu sekolah dengan kita. Kau tak ingat ke? Dia kan timbalan QM." Sobir berdalih sambil kenalkan Shida kepada Ravi. Shida sekali lagi tanpa berkata apa hanya memberikan senyuman kepada Ravi. Dia sendiri rasa kekok bila berada dengan kawan Sobir. Lagipun, bukannya dia kenal rapat dengan Ravi. Kalau Emey tu lainlah.
"Oh,aku ingatkan makwe kau. Mana makwe kau? Aku nak juga tengok muka dia." pertanyaan Ravi membuatkan Sobir dan Shida sama-sama membalas pandangan. Pandangan yang penuh makna kerana hal tadi, mereka sahaja yang baru tahu.
"Nanti lah aku cerita kat kau. Aku nak makan ni. Lapar." Sobir sekali lagi cuba berdalih. Shida dan Sobir sama-sama mengambil makanan manakala Ravi mencari tempat duduk untuk mereka berdua makan. Sebelum mereka mendekati meja yang terhidang dengan makanan, Sobir tiba-tiba menahan Shida dari belakang. Shida berhenti dan hanya memandang tindakan Sobir yang tiba-tiba tunduk memandang kasut Shida. Shida tidak perasan yang tali kasutnye terlerai. Sobir tunduk lalu mengikatkan nya semula, Entah kenapa jantung Shida berdenyut laju.Aduh Shida... Dia ikat tali kasut je pun...Kenape kau nak berdebar sangat. Selesai sahaja Sobir mengikat tali kasut Shida, dia berlalu berdapat kan makanan tanpa menunggu respond daripada Shida. Shida hanya kaku tidak beranjak. Jantungnya tidak berhenti daripada berdenyut laju. Suasana seakan-akan terhenti buat seketika. Otak Shida tidak mampu berfungsi dengan sempurna...Shida....boleh ke kau jadi next lover Sobir?


#Jangan cakap pemilik blog ini tak payung ye, Pemilik blog ini cuba untuk payung cerita seterusnya. Kisah Shida dan Sobir tak habis lagi.Tetapi akan mengambil masa yang lama kerana pada bulan ini pemilik blog ini busy dengan final exam.Datang lah jenguk pada masa akan datang.

Jumaat, 18 November 2016

(26) 1 langkah, 1 perhentian menuju ke hatimu,

Sekali lagi Shida terpaksa mengikut jejak larian Sobir. Tahu lah kaki Sobir panjang, tak payah lah langkah besar sangat. Tercunggap-cunggap nafas Shida dibuatnya selepas berjaya menjejakkan kaki ke dalam bas. Shida duduk di kerusi yang memang tinggal 1 tu je yang kosong. Manakala Sobir lah yang terpaksa berdiri. Kesian, lepas penat menarik beg galas Shida, alih-alih Shida yang dapat tempat duduk. Tak pe Sobir, sabar. Tak gentle lah rebut kerusi dengan perempuan. Sobir seboleh-bolehnya cuba menenangkan hatinya yang tengah penat. Setelah beberapa minit perjalanan, bas berhenti di perhentian pertama. Lagi ramai penumpang yang naik ke dalam perut bas dan kebanyakkan nya penumpang warga asing. Sobir seperti merapatkan dirinya ke Shida supaya tak ada ruang untuk pekerja bangla berpaut dekat dengan kawasan Shida. Shida hanya memandang pelik dengan gelagat Sobir. "Dah buang tebiat ape berdiri rapat-rapat dengan aku, Ke dia nak cuba goda aku? Shida, ingat. Dia baru je clash. Tak kan semudah tu dia berubah hati. Sangkaan kau je Shida," Sempat Shida bermonolog dalam hati. Perjalanan di dalam bas agak berenjut-enjut sehingga kan penumpang di belakang Sobir menolaknya. Nasib baik Sobir sempat tahan tangannya di kerusi Shida. Kalau tak, mahu accident jadi nya. Jantung Shida jangan dicakaplah. Lagi tadi tak reti duduk diam. Asyik berdenyut laju je. Dia takut gak kalau penumpang sebelahnya dapat dengar degupan jantung Shida yang bagaikan mahu terkeluar dari badannya. Di perhentian kedua, barulah ramai penumpang turun termasuk penumpang yang duduk di sebelah Shida tadi. Ketika Shida bangun hendak memberi laluan kepada penumpang di sebelahnya, tangan Sobir seperti melindungi kepala Shida daripada terhantuk tiang. Sekali lagi, jantung Shida seperti terkena kejutan elektrik. Mahu pengsan Shida dibuatnya dengan tindakan Sobir tadi. Selesai penumpang lain turun, Shida memberi isyarat suruh Sobir masuk duduk di tempat penumpang sebelahnya tadi. Sobir mengerutkan dahinya lalu berkata
"Kau nak ke bergesel dengan mat-mat bangla ni.". Shida hanya membalas dengan cebikan bibir lalu masuk dahulu diikuti Sobir duduk di sebelahnya. Shida sempat mengerling sekilas ke arah Sobir. Mana taknya. Ini merupakan kali pertama Shida dapat duduk sedekat begini dengan Sobir. Bertuahnya badan. Dah lah Sobir tengah single sekarang.
"Shida..." tersentak lamunan Shida apabila Sobir menyebut namanya. Ya Allah adakah dia bermimpi dapat mendekati Sobir sekarang.
"Hurm, apa?" Shida cuba menyembunyikan senyumannya.
"Aku tahu sebelum ni kita tak rapat. Walaupun sebelum ni aku pernah satu kumpulan dengan kau. Jujur lah, aku tak pernah lupa pun kau ahli kumpulan aku. Cuma aku segan nak tegur kau tiap kali kita jumpa. And sori gak kalau dulu aku suka buli kau. Tak ada lah, reaction kau kelakar sangat. Muka kau pun macam da tertulis saya budak senang kena buli. Mana tak aku buli kau. Tapi aku harap lepas ni kita kawan nak? Yelah, selepas apa yang dah jadi tadi. Rupenye kau dengan Iman cuba nak tolong aku. " Shida tak dapat nak bagi reaksi apa pada ayat yang baru terkeluar dari mulut Sobir. Dia gembira kerana Sobir mahu berkawan dengan nya tapi tak kan lah sebagai kawan je? Dan kenapa dengan mukanya?Senang kena buli?Melihat reaksi Shida yang agak keliru. Sobir menambah lagi,
"Tapi ada sebab gak kenapa aku berkasar dengan kau. Aku bukan niat nak buli pun. Aku tak pernah ada kawan perempuan sebelum ni. So aku tak tahu nak bergaul dengan kawan perempuan macam mana. Tapi aku dapat rasa kita banyak persamaan, Sebab tu aku selesa berkawan dengan kau." comel pulak dimata Shida apabila melihat Sobir tertunduk bersungguh-sungguh menerangkan kenapa dia nak berkawan dengan Shida sambil jari Sobir menguis-nguis seluarnya sendiri. Selepas melihat tindak tanduk Sobir yang comel tu,Shida menjawab,
"Aku ok je nak berkawan dengan kau. Pasal yang buli hari tu, aku dah lama maafkan kau lah." kata-kata Shida mampu membuatkan Sobir mengangkat mukanya semula. Ada senyuman di bibir Sobir. Shida juga turut tersenyum.
"So,kita kawan lah eh? Dan sebagai kawan, kau kena simpan rahsia aku  pasal kejadian hari ini punya. Boleh?" Bertambah cair Shida mendengar permintaan Sobir apabila muka Sobir betul-betul bertentangan dengannya. Shida terpanar sekejap sebelum membalas,
"Kau sebenarnya nak kawan dengan aku sebab nak suruh aku jaga rahsia kau je kan?"Shida menunjukkan reaksi geram dengan jari telunjuk di arahkan ke muka Sobir, Sobir menjawab,
"Mana ada! Aku ikhlas lah kawan dengan kau.Bukan sebab nak jaga rahsia aku je."
"Aku tak percaya. Berani kau mempergunakan aku kan. " Shida seperti tidak puas hati.
Sobir tergelak kecil sebelum membalas lagi."Betul Shida...Asal kau tak percaya kat aku eh?"
"Sebab muka kau bukannya boleh dipercaya kan pun."...Sobir dan Shida berterusan membidas ayat masing-masing sepanjang perjalanan di dalam bas. Ada juga detik gelak ketawa mereka. Begitulah detik indah di dalam bas menuju ke tempat makan yang Sobir ingin bawa.

# "Sobir siapa ni?Awek kau ke?"...Apa jawapan Sobir ketika kawannya menanyakan tentang Shida? To be continued di next episod cerita hati.


Khamis, 10 November 2016

(25) it is the time to let it go

Sobir melangkah laju padahal dia tak tahu pun hala tujunya kemana.Argh,lantaklah.Janji dia dapat keluar daripada bangunan Mahkota Parade itu.Dia tidak sedar yang tangannya masih menarik sesuatu.Sesuatu yang mengikutnya tanpa sebarang bunyi.Sehingga lah mereka sampai di tengah padang Dataran Pahlawan,Langkah Sobir terhenti,begitu juga Shida.Sobir menghela kan nafasnya dengan kasar lalu  terus duduk di atas padang itu.Shida hanya mengikut langkah Sobir duduk di atas padang rumput itu.Sobir sepertinya tengah serabut.
"Sobir,kau ok tak?"pertanyaan Shida memecahkan keadaan sunyi pada waktu itu.Kepala Sobir terus terangkat.
"Fikiran aku tengah serabut.Kau tahu kan aku baru kena kencing tadi."balas Sobir.Shida hanya mendiamkan diri.Terus tak berani dia nak tanya lebih-lebih.
"Macam manalah aku ni bodoh sangat sampai kena kencing dengan dia?"Sobir seperti menyalahkan diri sendirinya tetapi Shida tetap tidak mencelah apa-apa.Hanya setia mendengar.
"Shida,kau sebenarnya dah tahu kan pasal Hawa?"tanya Sobir yang sedari tadi asyik membebel sorang-sorang.
"Aku tahu time aku pergi pertandingan pantun kat sekolah diorang hari tu,Aku syak Hawa dengan Aizril ada something tapi aku tak berani terus buat kesimpulan.Aku kenal rapat dengan dia pun tak.Lagi pun buat apa aku nak sibuk hal orang."Shida mengaku jujur.
"So,nilah agenda kau jumpa Iman hari ni?"Sobir bertanya lagi.
"A'ah.Tapi sumpah aku tak tahu pulak Iman akan bawa Aizril.Serius aku tak tahu."Shida cuba berdalih.Sobir hanya tergelak dengan reaksi Shida.
"Kau tahu tak,disebabkan kau lah,date aku hari ni cancel.Baru ingat nak gi makan sedap-sedap tadi."Sobir cuba membuat lawak,Tapi Shida tidak dapat menangkapnya.Sangkaan Shida,Sobir serius.
"Sorilah...tapi kau kena berterima kasih kat aku tau sebenarnya.Sebab dah selamat kan kau dari jadi mangsa Hawa."Shida cuba menyelamatkan dirinya dari dimarahi oleh Sobir.Sekali lagi,Sobir tergelak.Kali ini ketawanya lagi besar dari yang tadi.Tak sangka Shida cepat kalut bila disergah.Dulu masa dia buli Shida di sekolah,tak ada lah reaksinya kalut macam ni.Cukup membuatkan Sobir geli hati melihatnya.
"Kau ni kan Shida,memang tak pernah ikhlas bila buat kerja kan.So,kau nak penghargaan lah  ni sebab dah selamatkan aku?"Sobir berkata dengan sisa baki ketawanya masih ada lagi.
"Tak adalah aku nak balasan ke apa.Tapi aku pelik.Kenapa aku pulak jadi mangsa kau sampai kau nak heret aku kat sini?"Shida masih tidak puas hati.
"Yelah tak kan lah aku nak biarkan kau sorang-sorang.Iman dah sah-sah lah sibuk menguruskan Hawa dengan Aizril.Yang kau nak menyibuk sama nak buat apa?.Lebih baik kau ikut aku.Hirup udara segar kat sini."habis sahaja Sobir berkata,matanya ditutupkan dan kepala cube menonggak seolah-olah memandang langit.Shida masih tak puas hati lalu menjawab,
"Segar apanya,panas tahu tak.Dah jomlah balik.Aku laparlah."Shida cuba untuk bangun tetapi tangan Sobir tangkas menarik beg galas Shida.Shida serta merta terus terduduk balik.Shida memandang tidak puas hati kepada Sobir.Dan seperti biasa,Sobir membalas dengan pandangan poyo dia tu.
"Kalau lapar,jom lah kita pergi makan."ajak Sobir.
"Tak nak.Membazir.Lebih baik aku makan rumah.Jimat.Tak payah keluarkan duit"Shida masih mahu berdebat dengan Sobir.
"Apa kata aku bawa kau pergi makan free.Nak tak?Kau tak payah keluarkan duit pun.Aku belanja.Tapi tempat makan yang aku nak belanja ni jauh sikit.So,kau ikut je aku diam-diam.Jangan nak banyak bunyi tanya kita nak pergi mana.Jangan risau lah pasal aku nak bawa lari kau ke,tak pun nak buat benda-benda yang tak elok dengan kau.Aku tak hingin pun nak rosakkan anak dara orang,lagi-lagi yang macam kau."dalam Sobir mengajak,menyempat aje dia mengutuk Shida.Apa Shida ni tak menarik di mata Sobir.Shida hanya mencebik.
"Kenapa kau nak ajak aku makan jauh-jauh?Menyusahkan aje.Lebih baik kita balik rumah.Selamat pun,selamat."saja ayat di belakang tu,Shida tekan kan.
"Kata nak makan free.Lagi pun aku nak langsaikan hutang aku kat kau.Nak ke tak nak ni?"kali ni nada Sobir agak sedikit tegas.
"Iya lah,aku ikut.Tapi ingat,jangan lama."Shida memberi amaran.Sobir hanya mengganguk tanda setuju.

#EHEM....BELUM TAMBAH GULA LAGI KAT CERITA SHIDA DAN SOBIR NI.TU BARU SIKIT.RILEX.DE LAGI...TUNGGU YE!

Rabu, 9 November 2016

(24) lukisan masa hadapan,hanya warna kehidupan.kita tak tahu warna apa yang bakal menwarnai masa depan kita.

"Iman??Kenapa kau jumpa Iman.Apa hubungan korang?" nada Hawa seperti bergetar.Dalam kalut Shida cuba mencari jawapan yang tepat bagi soalan Hawa tu.Tiba-tiba,
"Sebenarnya aku nak jumpa kau,bukannya Shida." semua yang ada di situ menoleh ke belakang apabila mendengar suara Iman mencelah.Terkejut bercampur gembira Shida di buatnya.Pertama, terkejut sebab Iman muncul secara mengejut.Kedua, gembira sebab tak perlulah dia memerah otaknya untuk menjawab soalan Hawa.Tetapi bukan Shida sahaja yang terkejut, Sobir dan Hawa juga ikut terkejut sama.Jangan cakap lah,Hawa sudah hampir mahu menjerit ketika Iman muncul bersama seorang lagi lelaki di belakangnya.Shida memandang pelik ke arah lelaki yang mengekori Iman itu.Seperti pernah nampak,Tapi kat mana eh?Shida cuba mengorek balik kotak ingatannya.Aizril?Pakwe Hawa?Shida menutup mulutnya serta merta.Baru Shida nampak permainan Iman.Pandangan Shida juga turut terkalih ke arah Sobir selepas berjaya tidak menjerit.Shida cuba untuk membaca fikiran di dalam kepala Sobir ketika itu.Apa reaksi Sobir bila tahu Hawa ada pakwe lain iaitu Aizril?Adakah akan berlaku pergaduhan antara Sobir dan Aizril?Atau Sobir akan memarahi Hawa dengan teruk kerana menipunya?Atau lebih parah lagi,adakah Sobir akan memarahi Shida juga sebab menyibuk dalam hal mereka berdua?Oh no!Shida mengelengkan kepala nye.Tidak sanggup dia membayangkan bagaimana kata maki hamun di lemparkan nanti oleh Sobir.Dengan muka bengisnya.Shida dapat rasakan bulu romanya sudah  mula naik.Shida menelan air liur yang terasa kelat.Tetapi entah kenapa dalam keadaan seram sejuk itu,de pandangan simpati Shida dapat rasakan dalam keadaan Sobir.Kesian Sobir...Sobir betul-betul sayang kat Hawa tetapi Hawa pula mainkan perasaannya.Hawa tak tahu.Cinta Sobir begitu berharga buat Shida.Penat selama ini Shida cuba  untuk mendapatkannya.Hawa beruntung kerana menjadi insan yang dipilih oleh Sobir untuk dia memberikan rasa cinta tu.
"Aku sebenarnya dah hilang sabar dengan perangai kau Hawa.Aku tak sanggup buat-buat buta dan tutup mata dengan perangai tak senonoh kau ni.Aku nak hari ni,semua rahsia kau terbongkar depan Sobir dan Aizril"kata-kata Iman mampu memberi rasa genjatan elektrik kepada semua orang.Tanpa menunggu sesiapa menjawab,pantas Aizril menyambung,
"Sobir,aku nak tanya kau.Kau siapa pada Hawa?"
"Aku pakwe Hawa.Kenapa?"walaupun nada Sobir kedengarannya tenang tetapi tidak pada mukanya.Muka Sobir seperti tidak puas hati sahaja.Aizril memberikan senyuman sinis kepada Hawa sebelum menyambung lagi,
"Oh,pakwe.Aku pun pakwe Hawa.".Shida yang hanya berdiri kaku di antara Sobir dan Iman,dapat merasakan keadaan semakin tegang.Sobir kelihatannya sudah mula benggang dengan ayat yang dikeluarkan daripada Aizril.
"Kau siapa nak mengaku pakwe dia?Kau jangan cuba nak rampas hak orang lain boleh tak?"Sobir sepertinya sudah hilang sabar dan mula mahu menumbuk Aizril tetapi mujur Iman tangkas menahannya perlahan.
"Kenapa?Kau tak percaya?Tanya sendiri dengan Hawa.Betul ke tak kita berdua kena tipu."Aizril juga sudah mula meninggikan suaranya
"Aizril,Sobir.Cuba bawa bertenang.Malu lah orang pandang.Sobir...cuba kau tanya Hawa betul ke tak apa yang Aizril tanya.Hah,Hawa.Jawablah.Mana satu pakwe kau."Hawa yang sedari tadi gelisah makin bertambah gelisahnya apabila disergah oleh Iman.
"Iman.Apa motif kau hah?Tak cukup ke aku reject kau.Kau nak malu kan aku lak depan diorang semua.Kau nak balas dendam kat aku ke?Kau fikir,kalau kau buat macam ni,aku akan suka kat kau ke hah?"Hawa menjawab.
"Memang aku pernah suka kat kau Hawa.Tapi bukan tujuan aku untuk balas dendam apatah lagi malukan kau macam yang kau pernah buat kat aku dulu.Aku cuma tak sanggup nak tengok orang lain jadi mangsa kau.Cukup lah aku,yang dah kena dengan kau.Kau jangan nak mainkan perasaan orang lagi.Memang perangai kau tak pernah berubah Hawa.Dari dulu sampai sekarang.Dulu kau pernah hina cinta aku depan semua orang,aku boleh maafkan lagi.Pengajaran untuk aku juga,lain kali aku perlu bagi masa untuk kenal hati budi orang yang aku suka.Aku sebenarnya rasa bersyukur,kau buang aku dulu.Terima kasih Hawa.Dan sekarang,aku nak kau sedar juga yang perasaan cinta,bukannya benda yang boleh dibuat main.Cubalah kau belajar hargai cinta yang kau dapat."begitu panjang lebar Iman membidas.Kini,barulah Shida tahu kenapa Iman nak sangat menolong Shida memutuskan hubungan Hawa dan Sobir.Kedua-dua Aizril dan Sobir hanya memandang dengan pandangan tidak percaya ke arah Iman.Keadaan senyap seketika sebelum Sobir pula berkata,
"Hawa...betul ke apa yang Iman cakap?Betul ke aku ni hany sebahagian daripada permainan bodoh kau tu?"Sobir menahan rasa amarahnya.
"Sobir....."Hawa yang mampu menyebut nama Sobir.Sobir hanya gelak menyindir.
"Iman,Aizril.Apa kata kau settle kan je lah Hawa ini.Sebab aku dah isytihar putus dengan dia."Iman berkata dan berlalu pergi sambil menarik beg galas Shida.Shida dalam keadaan tidak bersedia terpaksa menurut juga langkah Sobir.Kalau tidak,mahu jatuh tersungkur dia dibuatnya.Sobir ni pun kalau iye pun nak tarik aku,bagi lah amaran.Ni tak,main tarik je beg aku.Tahu lah tengah stress putus cinta.Aku juga jadi mangsa keadaan.Tak patut...Tak patut....

#BELUM HABIS LAGI YE....SAMBUNGAN....KEMANA SOBIR NAK BAWA SHIDA TU???HA3.TUNGGU THE NEXT CERITA HATI EPISOD DIMANA BERMULA LAH SEBUAH IKATAN BARU ANTARA SHIDA DAN SOBIR.

Isnin, 7 November 2016

(23) I want run to you but at the same times I want run from you.

"Shida.....",Shida yang baru sahaja ingin membuka langkah terus berhenti.Shida menoleh,ternyata susuk tubuh Sobir berada di depannya.Entah kenapa air mata Shida terus mengalir laju.Shida melepaskan segala benda yang merunsingkannya sebentar tadi.Sobir dengan gelabah menyuruh Shida berhenti sebab suara tangisan Shida agak kuat.Orang yang lalu lalang juga memandang pelik ke arah mereka.Aduh,Shida dah macam budak-budak yang nangis ketika hendak diculik.Sobir melekapkan jari telunjuk dibibirnya sendiri tnda menyuruh Shida diam.Beberapa saat selepas itu,barulah Shida berhenti menangis.
"Dah?Dah habis nangis dah?" tanye Sobir tetapi entah kenapa ditelinga Shida kedengarannya seperti memerli.
"Nak nangis lagi tapi dah kau suruh berhenti."Shida menyeka air matanya dengan hujung lengan baju.Melihat perbuatan Shida itu,Sobir terus menghulurkan sapu tangan kepada Shida.Shida mengambilnya tanpa berkata apa-apa.Yang penting sekarang,dia tahu dia tak keseorangan.
"Kenapa kau nangis tiba-tiba bila jumpa aq?"Sobir bertanya sambil memandang tempat ke arah anak mata Shida.Shida pada mulanya terpanar,terus mengalihkan pandangan lalu berkata "handphone aku jatuh.Tak boleh nak hidup.Aku tak boleh contact Iman."Sobir memandang pelik ke arah Shida taktala Shida menyebut nama Iman.
"Iman?Iman mane?Jangan cakap Iman group kita time kem ari tu?"Sobir bertanya.
"A'ah...Iman group kita"Shida menjawab dengan suara diperlahankan sedikit.Entah kenapa riak Sobir seperti mahu memarahinya.Sehinggakan Shida tak berani mahu menggangkat muka.Shida tertunduk memandang lantai.Sobir merengus kasar sambil tangan mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Kenapa kau jumpa dia kat sini?Date?"tanya Sobir sambil tangan mencari nama Iman.
"Mana ada!Tak ada la!"Shida menjawab dengan suara yang agak nyaring dan kepala laju menggeleng.Sobir tersenyum tipis melihat reaksi Shida.
"Hello..Assalamualaikum..Iman,awek kau sekarang ni ada dengan aku.Kutip dia kat depan kedai bunga ni" tanpa menunggu jawapan Iman,Sobir terus meletakkan panggilan.Shida yang mendegarnya hanya ternganga.Speechless!Awek?Kutip?
'Aku dah bagitahu dia dah yang aku bukannya ada apa-apa dengan Iman.Dan dai ingat apa?Aku sampah.Main kutip-kutip macam tu' Monolog Shida dalam hati.Shida tidak mampu berkata apa lagi.Bibir seperti kaku nak keluar kan bunyi
"Dah,Aku kena gerak ni.Kau tunggulah Iman kat sini." Sobir berpusing mahu meninggalkan Shida tiba-tiba kelibat Hawa pula muncul.
"Sobir.Awak pergi mana?Kata pergi tandas.Penat saya tunggu tadi.Ingatkan awak tinggalkan saya." Selepas Hawa mendekati Sobir,baru Hawa perasan akan kehadiran Shida.
"Eh,Shida.Tak perasan awak pun ada kat sini.Awak buat apa kat sini." Hawa memandang Sobir dan Shida silih berganti.Entah kenapa,Hawa seperti dapat merasakan mereka seperti menyorokkan sesuatu.Shida baru sahaja mahu membuka mulut tetapi Sobir terlebih dahulu memotong
"Shida nak jumpa Iman.Ingat tak budak group kita sekali kat kem?Tapi entah macam mana Shida sesat tak jumpa Iman.Handphone Shida pula rosak.Tu yang tak dapat nak contact Iman.".Sekali lagi Shida speechless!Pandai betul mamat ni buat ayat.Awek kau tanya aku.Biar lah aku yang jawab.Shida masih tak puas hati dengan Sobir.
"Iman??Kenapa kau jumpa Iman.Apa hubungan korang?" nada Hawa seperti bergetar.Shida perasan Hawa seperti takut apabila nama Iman disebut oleh Sobir.Ya Allah....tolong lah aku lari daripada diorang berdua ni.Aku nak jumpa Iman.Mana Iman???!!!Apa sebenarnya rancangan Iman ni?Cepatlah muncul Iman oiii....Tolong lah....

#NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA APAKAH RANCANGAN IMAN DAN MASIHKAN SOBIR BERTAKHTA DIHATI SHIDA SELEPAS KEJADIAN TADI BERLAKU?TUNGGU YE!

Jumaat, 23 September 2016

(22) Sesegar bau bunga, begitu lah segarnya ingatan tentang kita berdua.

Agaknya sudah kali ke-10 Shida mengerling ke arah jam tangan Guess nya.Adakah memang masa bergerak lambat atau jamnye yang sudah rosak?
'Mana diorang ni?Tak muncul2 pulak.Ke date diorang cancel?' gerutu Shida dalam hati.
Setelah meneguk airnya sehingga hbis.Ada sepasang  couple baru melintas di hadapannya.Hampir tersedak Shida dibuatnya.Cepat-cepat dia menjalankan misi mengekori pasangan itu.Mereka berhenti di sudut pakaian dan Shida boleh agak, tentu diorang nak beli t-shirt couple.Cakap tentang t-shirt.Shida melihat baju yang dipakainya.Kemudian melihat pulak baju yang Sobir pakai.Ternyata jodoh dia dengan Sobir lagi kuat.Hahaha....Shida dan Sobir sama-sama pakai baju berwarna biru.Shida warna biru laut manakala Sobir warna biru langit.Sengih Shida makin panjang.Aip,Shida.Focus.Shida menepuk-nepuk pipinya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg tangannya.Dia perlu segera hubungi Iman.Belum sempat Shida menaip mesej,Sobir dan Hawa sudah mula bergerak pergi.Dalam keadaan terkocoh-kocoh Shida mengikuti smbil tngn laju menaip.Taktala Shida sedang menaip,Shida tidak perasan apa yang ada dihadapannya.Shida baru hendak toleh sahaja,bahunya berlanggar dengan satu susuk badannya yang akan besar.Tercampak terus telefon bimbit Shida.
"Woi budak.Lain kali jalan tengok depan la.Jangan asyik handphone saja." marah seorang apek.Shida meminta maaf dan mata nya melilau mencari handphonenya yang tercampak tadi.Shida cuba hidupkan telefonnya,tetapi gagal.Telefonnya tidak mahu menyala.Aduh,masaklah kena marah dengan ibu.Habis tu macam mana nak call Iman ni?Jejak Sobir dan Hawa juga sudah tidak diketahui.Shida sedih sampai sudah tidak ada mood mahu mengekori Sobir dan Hawa lagi.Mungkin juga ini balasannya sebab mahu putuskan hubungan Sobir.Shida berlalu pergi dengan titisan air mata yang sudah mula mengalir laju.Shida jalan tanpa arah di sekitar Mahkota  Parade tu.Fikirannya sudah berserabut.Dia perlu fikirkan alasan apa nak bagi pada ibunya.Langkah Shida terhenti di satu kedai bunga.Dia meneliti satu persatu bunga yang ada.Yang ada di situ,ros,tulip,kemboja,bunga matahari.Tidak ada satu pun bunga baby breath atau bunga kekwa.Tiba-tiba pemilik kedai itu mendekati Shida dan,bertanya Shida mencari bunga apa.Shida hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.Melihat keadaan Shida,pemilik kedai tu pergi ke belakang semula tetapi seperti mahu mengambil sesuatu.Shida hanya memandang sayup tanpa memikirkan apa-apa.Matanya kembali meneliti susunan bunga di kedai itu.Cukup membuatkan hati Shida menjadi sejuk.Ketika Shida cuba mencari sapu tangan di dlam begnya kerana hingus sudah pun mahu meleleh,pemilik kedai itu keluar semula dengan membawa keluar tiga jenis bunga yang di balut dengan surat khabar....Bunga baby breath,bunga kekwa dengan bunga blossom....Putih,kuning dan warna pink pekat.Gandingan 3 warna tu seakan memberi semangat kepada Shida.Bahu yang seakan berat tadi,sudah mnjadi ringan.Nafas Shida pun sudah mula mnghembus lancar.Shida dapat menghirup udara yang penuh dengan bauan bunga segar di situ.Tambahan lagi dapat menghirup bauan dua bunga kesukaanya iaitu baby breath dan kekwa.Shida memerhati tidak tanduk pemilik kedai itu mengubah tiga bunga yang baru dibawa keluar tadi di atas kertas balut lutsinar tetapi mempunyai sedikit corak berwarna putih unggu.Selesai sahaja mengubah kedudukan bunga tersebut di atas kertas,pemilik kedai itu membalut dengan kemas sehingga menjadi sebuah jambangan dan dihulurkan kepada Shida.Shida jadi hairan.Setahu dia,dia tidak mempesan jambangan bunga.Mungkin pemilik kedai itu memikir Shida mahu membeli bunga lalu Shida berkata "Maaf,saya tidak mempesan bunga pun tadi.Saya datang hanya mahu melihat-lihat sahaja." tolak Shida lembut.Tolakan Shida di balas dengan senyuman oleh pemilik kedai itu,
"Bunga ini memang untuk adik pun.Anggap je lah sedekah.Lagi pun akak tengok adik tak bersemangat tadi.".Ya Allah,besarnya kuasa-Mu.Ada juga insan yang prihatin terhadap diri aku ketika aku jatuh.Shida menyambut jambangan bunga itu sambil mulut mengucap terima kasih.Agak tersentuh dengan pemberian pemilik kedai itu.Baru Shida hendak membuka langkah,tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya "Shida....."

#Sori atas kelewatan mengup date blog ini.Untuk pengetahuan,pemilik blog ini sedang sambung belajar dan cerita hati ini akan di upload sekiranya pemilik blog ini mempunyai masa lapang.Harap maklum...dan nantikan episod seterunsya siapakah pemilik suara yang menegur Shida....

Ahad, 7 Ogos 2016

(special episode) cerita hati edisi pertemuan pertama



Di sini pembantu saya telah memberikan cadangan mengenai gambar Shida dan Sobir ketika mereka pertama kali jumpa.Walaupun bukanlah seperti di dalam gambar itu tetapi tak salah kan kalau bayangkan pertemuan pertama mereka seperti gambar di atas?Hahaha..

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...