Selasa, 27 Disember 2016

(31) Jaga-jaga nya...bila hati kita bersuara,muka kita kadang-kadang tak dapat nak tipu.

Selepas Tika dan Fiona pulang ke rumah masing-masing, pada malam itu. Malam sebelum esok bermulanya sekolah, Shida duduk termenung di meja yang terletak di balkoni biliknya. Puas termenung, Shida merenung pula anak bulan yang pada malam itu, anak bulan berbentuk separuh bulat. Indahnya ciptaan Allah yang satu ini. Subhanallah. Shida berzikir di mulut tetapi mindanya masih kejap-kejap sedar, kejap-kejap melayang. Macam mana dia nak bertembung dengan Sobir. Dia masih rasa serba salah. Dan akibat kejadian itu juga, jawatan Shida sebagai penolong, dilucutkan. Cuai dia juga. Tapi walau apa pun, rasa serba salah ni susah nak hilang. Kalau boleh, Shida nak jaga Sobir sampai lah dia sembuh. Bukan Shida nak bertanggugjawab sebab dia sememangnya ada hati kepada Sobir, tetapi ingin bertanggungjawab di sebabkan kecuaian nya. Disebabkan kecuaian nya, Sobir sakit sekarang, Nasib baik lah Sobir tak ada di depan mata. Kalau tak, mesti Shida dah terpeluk Sobir sebab Shida tahu...mesti Sobir tak tahan dengan rasa sakit di kaki nya. Macam manalah keadaan time Sobir kat hospital hari tu. Dapat tidur ke tak, makan minum dia macam mana. Duduk kat wad sejuk ke tak. Dan kalau boleh, Shida nak lapkan sendiri air mata ketika Sobir menangis kesakitan. Tanpa sedar, air mata Shida juga turut jatuh perlahan ke pipi. Ya Allah, aku ingin dia tahu bahawa aku sangat risau akan keadaan dirinya.

Keesokan hari nya, di sekolah. ketika Shida menolak basikalnya dari pagar sekolah ke tempat letak basikal. Shida termenung sehinggakan tidak perasan ada seseorang yang menanti nya di pagar sekolah. Shida melintas nya seolah-seolah Shida berada di dalam dunia nya sendiri. Sobir yang semenjak tadi berdiri di pagar sekolah dengan kaki bertongkat memandang pelik ke arah Shida. Shida memang tidak perasan dia atau buat-buat tak perasan? Sobir sebenarnya sudah tahu yang Shida rasa serba salah gila apa yang menimpa dirinya. tapi Shida tak tahu cerita di sebalik accident tempoh hari. Dan memang hari ni, Sobir datang ke sekolah mahu menyelesaikan nya dengan cikgu yang bertanggungjawab dan juga cikgu QM bagi memulihkan jawatan Shida, Dan macam mana Sobir boleh tahu keadaan Shida? Itu rahsia. Belum tiba masanya untuk Shida tahu, Yang Sobir risaukan sekarang, Sobir sempat menangkap mata Shida seperti bengkak akibat menangis, Aduh, kuat sangat rasa serba salah Shida terhadap dirinya.

Di tempat letak basikal, Shida termenung agak lama. Dan sikit demi sikit, pandangan di alihkan ke arah pintu pagar di mana tempat Sobir berdiri. Shida sebenarnya sedar akan kehadiran Sobir apabila dia di pintu oagar tadi, Tapi Shida masih tidak bersedia untuk berdepan dengan Sobir lagi. Dia tak tahu macam mana nak minta maaf kepada Sobir. Sesungguhnya, dia memang risau keadaan Sobir. Nak-nak lagi bila melihat kaki Sobir bertongkat. Teruklah tu cedera nya. Tapi Shida bertindak sebaliknya. Shida pura-pura buat tak tahu.

#Jangan takut untuk menyuarakan suara hati korang. Ingat,peluang datang sekali je. Now. Or Never. Stay tuned untuk episod akan datang

(30) my beautiful day

cinta??
banyak definisi cinta ni...ikut kepada orang...setengah orang mengatakan cinta ni boleh membuatkan kita segar..sesegar lepas baru bangun tidur pada waktu pagi...ade juga yang mendefinisikan cinta ni sentiase indah...membuat kan hari-hari kita tersenyum gembira.cinta ini gak boleh membuatkan kita gila.dan yang paling penting,cinta ni boleh di ungkap dengan perkataan 'i love you'.
Back to the story pasal Shida dan Sobir...or pasal tajuk ni sendiri,cerita hati,Kat mana eh nak sambung?Hurm....apa kata kita tengok selepas kejadian accident Sobir di acara lompat tinggi. Sobir di hantarkan ke hospital menaiki kereta cikgu sekolah. Manakala keadaan Shida pula seakan teruk sama dengan Sobir, Cuma, Sobir sakit di kaki, manakala Shida pula sakit di hati.

Ada ketukan lembut mengetuk pintu bilik tidur Shida tetapi ketukan itu tidak mampu membuatkan Shida untuk beranjak bangun membuka pintu biliknya sendiri. Dia masih kekal duduk memangjangkan kaki di bawah selimutnya sambil melayan cerita korea she my lovely girl lakonan rain dan f(x) krystal di telefon bimbitnya. Dari ketukan itu, Shida dah boleh agak siapa di sebalik pintu itu. Pasti Tika dan Fiona datang melawatnya. Setelah ketukan ketiga diberi dan tiada respond daripada Shida, Fiona mengambil keputusan untuk terus membuka pintu bilik Shida. Buka-buka sahaja pintu, dua sekawan itu hanya membalas pandangan sambil masing-masing mengelengkan kepala. Apa nak jadilah dengan Shida ni. Sejak kemalangan berkenanan Sobir, Shida asyik mengurungkan dirinya di dalam bilik.
"Oit, anak dara.Kau tak reti ke bangun dari katil tu?" marah Tika sebaik sahaja berjalan ke arah Shida. Shida tidak memberi apa-apa respond. Malas dia nak menjawab pertanyaan kawannya yang sememangnya kuat jugak membebelnya. Dan memang kadang-kadang Shida dan Fiona biasa panggil Tika mak nenek pun, sebab mulutnya yang suka membebel mengalahkan orang tua tak cukup gigi. Shida buat-buat tak dengar dan cuba menumpukan perhatian kepada cerita yang ditontonnya. Sementara itu, Fiona sudah melabuhkan dirinya di sebelah Shida dan sempat meletakkan sesuatu di meja kecil sebelah katil Shida. Kali ini, berjaya membuatkan Shida menoleh melihat apa yang Fiona bawa untuknya.
"Aku bawakan pewangi bau bunga marigold. Bau bunga marigold ni dapat hilangkan stress. Limited edition tau aku beli kan daru memory lane." tanpa menunggu Shida membuka mulut, Fiona menerangkan pewangi yang dibawa khas untuk Shida.
"Wow...limited edition tu....Fiona.Untuk aku tak ada ke?Mana aci Shida je dapat. Aku pun nak gak." entah kenapa Tika begitu teruja dengan pewangi bilik yang baru Fiona beri tadi.
"Untuk kau ada lah Tika...Tak kan lah aku lupakan kau.Untuk kau aku bagi bau bunga rosemary." Fiona memujuk Tika sambil mengeluarkan pewangi tu dari beg keciknya. Patutlah tadi Shida perasan kenapa beg kecik milik Fiona yang biasanya nampak comel tapi hari ni seperti kembung semacam. Rupanya, dia pergi sumbat kan dua pewangi dalam beg tu. Patut lah nampak kembung.
"Kenapa aku punya bau bunga rosemary lak?" Tika bertanya kerana tidak puas hati tambah agak pelik.
"Sebab nak bagi kau concentrade bila belajar. Bau bunga rosemary boleh buat kita fokus kadang-kadang." penerangan Fiona di sambut dengan anggukan oleh Tika dan Shida sekali. Tak sangka Fiona ni expert bab bau-bau ni. Memanglah Shida tahu, Fiona pengemar minyak wangi tapi tahu pulak Fiona siap kaji fungsi bau-bau tu. Tabik arh Fiona!
"Tapi Fiona,aku depressed. Bukannya stress." akhirnya berjaya juga mulut Shida bercakap.
"Aku tak nampak pun beza kau stress atau depressed." Aish...laju aje mulut mak nenek ni bercakap. Monolog Shida dalam hati.
"Ok-ok. Dah lah tu korang. Jom kita putihkan balik muka kita yang dah gelap akibat berjemur time hari sukan hari tu." cadangan Fiona mampu membuatkan mood Tika dan Shida kembali teruja. Memang kepakaran Fiona lah bab-bab kecantikan ni. Atas arahan pakar kecantikan yang tak bertauliah, Tika dan Shida masing-masing mencuci muka dengan air beras yang di bawa oleh Fiona dan di bilas dengan air suam. Setelah mengeringkan muka, Fiona menyapu gel peeling di atas muka Shida dan Tika silih berganti sambil mengurut lembut. Dalam hati Shida terdetik gak, Fiona ni silap hari bulan, boleh jadi pakar kecantikan atau pakar kosmestik. Mana tak nye, dah lah subjek kimia Fiona selalu dapat A....Fiona sebenarnya ingin menyambung dalam bidang sains tapi sayangnya result PMR nya dulu tidak melayakkan nya untuk memasuki kelas aliran sains. Tapi walaupun dalam aliran akaun, Fiona memohon untuk mengambil dua subjek tambahan iaitu biologi dan kimia. Dan siapa sangka, Fiona antara pelajar yang berada di top 3 rangking di sekolah mereka dalam subjek kimia. Dah lah Fiona dari budak aliran akaun. Setelah menyapu gel peeling, Tika dan Shida menekup muka dengan tuala yang sudah di steam menggunakan iron baju di bilik Shida. Selepas beberapa minit, mereka meletakkan whitenning toner supaya toner di muka mereka sekata kembali. Dan untuk penutup pula sapukan white essence. Selesai sudah sesi kecantikan bersama Fiona. Untung dapat kawan macam Fiona. Dapat rawatan kecantikan free je.
"Ok...dah selesai sesi makeup-makeup..Jom,,,study." ajak Shida. Entah sejak bila semangatnya kembali. Tika dan Fiona sekali lagi membalas pandangan pelik... Pelik benau dengan perangai Shida yang kejap ok, kejap tak. Dibilik Shida ada meja jepun. Meja yang rendah dan agak besar. Setelah hampir, 1 jam mereka bersama-sama menyiapkan kerja sekolah sambil menelaah untuk exam akan datang. Tika orang yang pertama berhenti lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Kali ni, Fiona dan Shida pula membalas pandang pelik.
"Kenapa lah susah sangat aku nak faham apa yang aku belajar? Ni mesti aku tak fokus time cikgu mengajar kat depan ni." Tika bersuara.
Shida menjawab lembut, "Ilmu tu bermula bukan time kelas start atau time kau selak buku, tapi bila hati kau sendiri nak belajar." kali ni Shida bukan berniat ingin menyindir tetapi ikhlas dia menasihati kawan baiknya itu. Dia ingin berjaya bersama-sama dua orang sahabat yang sudah menerima apa adanya pada dirinya. Tika terus mengangkat kepala nya memandang Shida... Betul juga apa yang dikatakan oleh Shida. dan Tika tahu, bukan niat Shida mahu menyindirnya. Bab belajar, Shida sentiasa serius, Itu lah kelebihan berkawan dengan Shida. Sedang Tika dan Fiona sibuk menukar topik perbualan, Shida di hanyut oelh lamunannya sendiri dan entah macam mana, bayangan Sobir muncul dalam kepalanya.

Di bilik yang berhawa dingin itu, Sobir sudah lama terlena di buai mimpi. Mimpi yang mengingatkan kembali detik di mana dunia Sobir buat pertama kali nya bertukar menjadi pink atau secara ringkasnya, berbunga.....Seperti filem yang di ulang tayang.. Begitu jelas sampaikan perasaan yang di rasai ketika itu, timbul kembali. Sewaktu Sobir memanggil nama Shida buat pertama kalinya di kantin sekolah. Ketika Shida menoleh...Entah kenapa, pergerakan Shida seperti slow motion dan yang paling membuatkan Sobir tak boleh lupa adalah muka Shida. Sobir terpersona sehingakan nafasnya seakan-akan terhenti. Mimpi Sobir terhenti apabila dia sedar daripada lenanya. Celik sahaja mata, dia melilau mencari sesiapa yang ada di biliknya. Ternyata tiada siapa. Tiba-tiba bayangan Shida muncul dalam kepalanya.


#Adakah cerita di atas merupakan hints bahawa sebenarnya Shida dan Sobir sama-sama mempunyai perasaan yang sama?He3.....Tunggunye di episod yang akan datang.

Jumaat, 23 Disember 2016

(29) apa yang patut aku kena buat?

Sobir merenggangkan otot di belakangnya sebelum membuat lompatan. Dan seperti biasa juga, Sobir berlari anak sebelum melompat melangkaui palang. Apabila berada di jarak yang Sobir rasa agak tepat, dia sudah mula membuat lompatan dan.......malangnya....Kaki Sobir terkena pada palang dan palang lompat tinggi tu jatuh menghempap kaki Sobir. Sobir meraung kesakitan. Ahli QM dan cikgu yang bertugas bergegas mendapati Sobir. Sobir seperti menahan jerit sambil memegang kakinya. Semua yang ada di situ menjadi panik dengan keadaan Sobir. Shida memberi isyarat S.O.S kepada ahli St. John dan Bulan Sabit Merah. Bendera merah diangkat dan pasukan medic sudah mula mengerumuni Sobir. Setelah mengambil masa kurang daripada 5 minit, pasukan medic mengarahkan untuk membawa Sobir ke hospital sebab berkemungkinan berlaku tulang patah atau retak pada kaki Sobir. Dengan serta merta cikgu yang bertugas mengambil kereta nya untuk membawa Sobir ke hospital. Sementara menunggu cikgu yang bertugas mengambil kereta, pasukan medic membalut kaki Sobir dengan penahan manakala presiden QM sudah mula menyuruh Shida untuk menenangkan peserta lompat tinggi yang lain. Dengan arahan presiden, Shida menyuruh semua peserta lompat tinggi untuk berkumpul dan membawa mereka keluar dari tapak lompat tinggi. Di luar tapak lompat tinggi, Shida mengarahkan pula, ajk bawahnya memantau peserta lompat tinggi lain. Shida bergegas masuk kembali ke tapak apabila melihat pasukan medic memindahkan Sobir ke dalam kereta. Shida sempat melihat muka Sobir yang tidak bermaya tambah dengan peluh di dahi sebelum pasukan medic menutup pintu kereta. Ya Allah, dugaan apakah ini? Kesiannya Sobir...Shida jadi tak tentu arah dalam suasana yang huru-hara itu. Shida seperti lost dan otaknya tak mampu nak memproses kejadian yang sebentar tadi berlaku, Shida seperti nak pitam tetapi mujur Tika dan Fiona sambut Shida. Tika dan Fiona membawa Shida ke tempat yang agak sunyi daripada padang iaitu dalam Fiona, Fiona merupakan penolong ketua kelas, jadi kunci simpanan kelas, ada bersamanya. Fiona membuka pintu kelas sementara Tika memaklumkan kepada presiden QM yang dia kena membantu Shida yang tak berapa sihat. Setelah membuka kipas, Fiona mengambil tempat di sebelah Shida sambil menghulurkan air kepada Shida. Shida menyambutnya dengan tangan mengigil. Entah kenapa, dia semacam trauma. Mereka menunggu Tika kembali. Pintu kelas Fiona di kuak dan Tika di sebalik pintu. Tika masuk dan mengambil tempat duduk depan menghadap Fiona dan Shida.
"Hurm...Shida.Kau ok tak ni?"Tika bertanya sambil teragak-agak. Shida hanya mengangguk sambil memberikan senyuman tipis ke Tika. Dia tahu Tika seperti mahu memberitahu sesuatu tetapi di sebabkan keadaanya macam ni, Tika terpaksa teragak-agak untuk memberitahu,
"Kau jangan lah risau lah Tika. Aku dah ok dah ni. Cakaplah, kenapa kau lama tadi?" Shida masih mengagahkan dirinya walaupun dia sebenarnya tak bermaya untuk berfikir waras.
"Presiden dengan cikgu tadi selidik macam mana Sobir boleh jatuh teruk. Bila di check, sebenarnya kedudukan palang dengan 'pole' lompat tinggi salah. Shida, bukan kau dengan ajk bawah kau dah check semua dalam keadaan ok kan sebelum acara bermula?" pertanyaan Tika berjaya membuatkan kepala Shida seperti menerima hentakan yang dashyat. Shida cuba untuk mengingat balik time dia menguruskan persiapan acara lompat tinggi. Memang dia yang atur kan termasuklah kedudukan tilam, jarak meter peserta sepatut mula, tinggi palang.....tinggi palang???Sekejap...Shida seperti terlepas sesuatu. Memang dia yang mengarahkan ajknya untuk membetulkan meter palang 'pole' dan Shida memang yakin ajk nya menyelaraskannya dengan betul sebab Shida sendiri tengok. Cume.....hah! Time testing.....time testing untuk menentukan track lompat tinggi dalam keadaan baik ke tak, Shida tak ada time tu. Shida sibuk berbincang dengan presiden. Ya Allah...memang salah Shida la ni.....Kenapa aku tak check sekali lagi?????Matilah aku.....Sobir????Sobir cedera sebab kecuaian aku...Kenapa kau cuai sangat Shida....Tika dan Fiona setia menunggu jawapan daripada Shida dan bila tiba-tiba Shida meraup mukanya seperti baru teringatkan sesuatu yang penting, Tika dan Fiona berbalas pandangan. Sah, Shida mesti tersilap buat something yang ada kena mengena dengan kemalangan tadi. Shida meraup mukanya dan air mata sudah mula mengalir. Ya Allah, salah aku ke? Ye. Salah aku. Aku yang buat Sobir cedera. Sebab kecuaian aku, Sobir jadi mangsa.

#ok....sekarang korang mesti sabar dan terus menunggu episod akan datang ye. sebab pelbagai idea tiba-tiba datang.pemilik blog ini cuba untuk menulis se pantas + se kreatif yang boleh....terima kasih dan fighting!

Ahad, 11 Disember 2016

(28) tak perlukan mimpi yang indah sebab ada dia yang terindah dalam hidupku.



Hari ini merupakan hari sukan sekolah. Semua kakitangan yang terlibat sibuk menguruskan acara pada pagi itu termasuklah Quater Master dan para pengawas. Bila cakap pasal QM dan pengawas. Mestilah berkaitan dengan Shida dan Sobir. Pagi-pagi lagi Shida sudah menolong presiden QM mengangkat kotak minuman khas untuk peserta dan ahli QM dan juga pengawas. Pada tahun ini, hari sukan sekolah mereka agak meriah kerana kehadiran tetamu VIP mereka. Dalam Shida penat menyambut kotak minuman dari presiden, tiba-tiba ada tangan lain yang menyambutnya dulu daripada Shida. Shida memandang pelik. Shida mengekori tuan punya tangan itu dan rupa-rupanya Sobir. Sobir hanya tersenyum lalu berkata,
"Dah lah badan kecik.Ada hati nak angkat benda berat.". Shida hanya kaku dengan tindakan Sobir. Sejak kejadian hari itu, Sobir makin kerap menengurnya. Shida pula yang terasa segan. Yela, Shida dan Sobir tak pernah rapat sebelum ini Dan yang paling penting, perasaan yang terbuku dalam hati Shida, semakin hari, semakin kuat. Bertambah pula, hubungan mereka semakin rapat. Lagi lah.... Setelah selesai kotak-kotak minuman disusun dia atas meja. Semua QM di minta berkumpul untuk berikan tugasan mereka. Shida diberi tugas untuk mengawal peserta lompat tinggi. Masalahnya.....peserta lompat tinggi semuanya lelaki. Mana ada peserta perempuan. Masaklah Shida melayan perangai athelet lelaki. Dah lah acara lompat tinggi nanti dalam pukul 12 tengahari. Berjemur lah Shida macam ayam panggang golek. Dalam yang lain sedang sibuk bermeeting, Shida sempat mengerling ke arah Sobir. Walaupun Sobir pengawas, dan tugas pengawas nanti akan menolong QM tapi sayangnya, Sobir tak dapat nak tolong sebab dia sendiri mewakili rumah sukannya. Dalam acara apa, Shida sendiri tidak tahu. Sebab tahun ini, yang menguruskan nama peserta, ajk bawahannya, Dulu time Shida ajk biasa, boleh lah curi-curi tengok. Shida sendiri sibuk dengan kerja QM yang lain sampai tak sempat nak tengok. Shida memerhatikan  Sobir yang sibuk mendaftar diri dengan ahli rumah sukannya yang lain. Setelah puas menatap, Shida menolong ajk yang lain menguruskan tempat lompat tinggi. Shida tidak perasan ada mata yang memandangnya juga dalam dia sibuk bekerja. Entah kenapa, perasaan yang berlainan tetapi cara yang sama. Satu pertanyaan yang indah selama Shida dan Sobir mengharungi hidup. Mereka berdua sama-sama tersenyum sendiri sambil sama-sama sibuk dengan kerja masing-masing. Dia....hanya dia je yang mampu membuatkan hari-hari aku terasa indah.Entah macam mana juga, ayat yang sama bermain di fikiran masig-masing. Adakah itu satu kebetulan atau memang takdir mereka? "Aku ingin dia.Aku ingin cintanya.".Adakah aku terlalu tamak untuk memiliki dia yang terlalu sempurna sedangkan diri aku hanya insan yang tidak mempunyai apa-apa?Detik demi detik dihitung. Ya Allah, aku benar-benar cinta dia!

Selesai menyiapkan tempat untuk acara lompat tinggi, akan ada ajk yang bertugas untuk mencuba segala persediaan dalam keadaan baik. Ketika dalam percubaan ,tiba-tiba presiden QM memanggilnya untuk memberi nama semua peserta acara lompat tinggi. Shida meneliti senarai yang ada di tangannya. Semua nama peserta bawah 18 seperti familiar bagi Shida. Sebab biasalah, asyik orang yang sama je masuk acara yang sama. Dah la tu, nanti pemenang pun dah boleh agak siapa yang menang, Tetapi ada satu nama yang Shida macam tak pernah lihat dalam acara lompat tinggi ni. Eh!!!Sobir? Sobir masuk acara lompat tinggi? Sejak bile lak dia pandai melompat? Sebab sebelum ni, acara larian menjadi kewajipan bagi Sobir pada tiap-tiap tahun. Tapi kali ni, agak berlainan dari yang biasanya, Maybe tak ada wakil, sebab tu dia terpaksa masuk. Majlis pembukaan sudah pun berlangsung, dan semua QM sudah bersedia di tempat masing-masing. Dalam menunggu acara kawad kaki habis, Shida dan Tika duduk di khemah khas untuk ahli QM dan para peserta. Sedang Shida dan Tika sedap duduk, ada sekumpulan peserta datang mendekati Shida dan macam biasa geng-geng nakal lah yang suka kacau nya tiap-tiap kali sebelum acara bermula.Shida hanya membuat muka selamba tidak menghiraukan mereka yangsudah mula mengempong Shida. Tika dah mula buat muka cuak.
"Shida....tak nak ke bagi kata-kata semangat kat aku ke?Manalah tau kata-kata kau nanti boleh membuatkan aku pecah rekod dalam lumba kari nanti." kata-kata Amar geng budak nakal disahut oleh sorakan oleh ahlinya yang lain.Shida membalas
"Aku rasa kalau tanpa kata-kata semangat aku pun,kau boleh pecahkan rekod punya.Aku tengok kau gigih berlatih tiap-tiap petang." Sekali lagi jawapan Shida dibalas lagi oleh sorakan dari geng budak nakal itu.
"Eh,macam mana Shida tau Amar berlatih tiap-tiap petang?Shida skodeng eh?" Makin galak lak diorang ni menyakat Shida. Shida malas dah nak melayan dan hanya meneguk air mineralnya yang dibawa nya dari rumah.
"Shida...cantiklah botol kau,Aku nak minum air dari botol kaulah.Mana lah tau dapat extra energy." Amar sempat mengenyit matanya ke arah rakan-rakannya yang lain. Belum sempat Shida menutup botolnya, Amar merampasnya. Hampir saja Amar mahu meneguk tiba-tiba ada tangan yang merampas kembali botol milik Shida. Shida sendiri terkejut dengan kehadiran Sobir yang entah datang dari mana tah. Sobir menggenggam botol Shida sambil membuat muka garangnya. Amar hanya memberikan senyuman sinis seperti tidak heran langsung dengan pandangan acah-acah garang Sobir. Lagi pun Amar dah selalu kena dengan ketua pengawas depan mata dia ni. Jadi, tak heran lah dia berani balas balik.
"Sobir?Macam mana boleh kau ada kat sini?Bukan kau kena get ready untuk acara kau?" pertanyaan Shida membuatkan Sobir melepaskan genggaman botol Shida dan memberikannya kepada tuannya.
"Aku jalankan tugas aku jap sebagai pengawas."Sobir berkata sambil matanya tidak lepas memandang marah dekat Amar. Amar hanya memerhati benggang.
"Tugas?Bukan tugas pengawas hari ni kutip sampah?" Shida hairan juga,tugas apa yang dimaksudkan oleh Sobir.
"Memang aku tengah kutip SAMPAH pun.Kau tak nampak ke Shida?" Sengaja perkataan sampah itu, dipekatkan sambil mata Sobir menjeling ke arah Amar, Amar hanya merengus geram sebelum berlalu pergi. Begitu juga Sobir,. Sobir hanya menjeling tajam ke arah Shida, Makin pelik Shida dibuatnya, Aduh...Tak paham betul lah. Sehingga lah jam sudah bergerak ke arah 12 tengahari. Shida sudah mula mengarahkan semua peserta acara lompat tinggi berbaris mengikut rumah sukan dan juga kategori. Setelah semua peserta mendaftar, barulah Shida membawa mereka ke tapak acara lompat tinggi. Di tapak lompat tinggi, acara bawah 18 dulu yang memulakan acara dan rumah sukan yang pertama adalah rumah sukan Sobir. Entah kenapa, Shida yang gemuruh. Menjadi tugas Shida untuk memastikan peserta dalam keadaan sihat dan baik sebelum memulakan acara. Shida bertanya kepada semua peserta yang ada disitu "Semua,ok tak?De penyakit apa-apa tak?Pernah accident?Nak get ready apa-apa sebelum lompat?". Kebanyakan mereka meminta izin untuk warm up dulu manakala Sobir hanya berdiri memeluk tubuhnya. Bendera merah dah jatuh dan kini bendera putih sudah diangkat menandakan acara sudah boleh dimulakan. Sobir merenggangkan sedikit otot dibelakangnya dan wesel sudah mula berbunyi. Sobir berlari perlahan sebelum membuat lompatan. Sobir melompat apabila sudah berada di jarak yang sesuai dan....


# Nak tahu keputusan adakah Sobir berjaya melompat atau tidak? Tunggu ye episod yang akan datang sebab dalam episod akan datang bukan saja ada keputusan tentang Sobir malah ada satu kejadian yang membuat kan Shida tak tentu arah...





















Khamis, 8 Disember 2016

(27) there is like sticking chewing gum on my shoes that make me cannot move away from you

Bas berhenti dan Sobir pun bangun dari tempat duduknya. Tanpa bertanya apa, Shida juga turut bangun mengekori Sobir dari belakang. Shida mengekori Sobir sampai lah ke satu rumah. Langkah Shida terhenti apabila mereka sudah berada betul-betul di hadapan rumah tersebut. Shida memandang pelik ke arah Sobir seperti mahukan penjelasan, Sobir tidak berkata apa hanya memberikan senyuman nakal. Shida bagaikan tak percaya Sobir mengajaknya makan di rumah ini. Shida sudah membuat muka marahnya. Melihat muka Shida seperti itu, keluar ketawa besar Sobir, Shida hanya tetap dengan muka marahnya sehingga lah Sobir berhenti ketawa.
"Apa tunggu lagi? Jom lah makan.Aku belanja."Sobir berkata sambil menahan gelak,
"Rumah sape kau bawa aku ni?Main masuk je. Tak malu ke?" Shida masih dengan benggangnya.
"Tak kan lah aku bawa kau makan kat tempat orang yang aku tak kenal.Ni rumah kawan aku lah" Sobir melangkah ke ruang halaman luar rumah sambil mencari pemilik tuan punya rumah yang menjemputnya tanpa menghiraukan Shida yang masih kaku berdiri disitu. Mahu tak mahu Shida terpaksa mengekori jejak Sobir. Shida terpaksa merempuh orang ramai di kenduri kahwin entah kawan Sobir yang mana tah melangsungkan perkahwinan. Shida sendiri tak tahu. Shida terus mendapati Sobir setelah berjaya menangkap kelibat Sobir. Sobir hanya menunggu Shida mendekati nya. Shida dapat menangkap juga kehadiran Emey di sebelah Sobir.
"Shida...ni hah kawan aku. Tuan punya rumah ni. Abang Emey kahwin hari ni. Aku memang nak pergi hari ni. Alang-alang tu aku bawa kau sekali." penerangan Sobir, mampu membuatkan kotak fikiran Shida yang tadinya serabut dengan pelbagai persoalan, kini sudah jelas semuanya. Shida hanya memberikan senyuman pada Emey.
"Nasib baik kau datang Sobir. Aku ingatkan kau tak datang, Kalau kau tak datang, memang aku ingat, aku nak merajuk dari kau." Emey bergurau sambil menepuk kuat belakang Sobir. Sobir sedikit terkejut lalu membalas balik, Mereka membalas tepukan sambil ketawa gembira.
"Sobir, Shida.Jemput makan, Duduk lah kat mana yang korang rasa selesa. Mak dengan ayah aku sibuk dengan besan diorang. Nanti lepas korang dah habis makan, nanti aku panggil diorang.Aku ke belakang jap eh,nak ambik pencuci mulut dah habis tu." Emey berlalu pergi meninggalkan Sobir dan Shida disitu. Belum sempat Shida dan Sobir menyusun langkah, satu suara menegur Sobir...Rupa-rupanya... Ravi.
"Sobir....Kau rupanya.Aku ingatkan siapa tadi. Kau datang juga kan.Aku ingatkan kau tak nak datang sebab sibuk dating.Ni siapa?Makwe kau ke?" Ravi bertanya.
"Bukan lah...ni kawan je lah. Ni Shida,satu sekolah dengan kita. Kau tak ingat ke? Dia kan timbalan QM." Sobir berdalih sambil kenalkan Shida kepada Ravi. Shida sekali lagi tanpa berkata apa hanya memberikan senyuman kepada Ravi. Dia sendiri rasa kekok bila berada dengan kawan Sobir. Lagipun, bukannya dia kenal rapat dengan Ravi. Kalau Emey tu lainlah.
"Oh,aku ingatkan makwe kau. Mana makwe kau? Aku nak juga tengok muka dia." pertanyaan Ravi membuatkan Sobir dan Shida sama-sama membalas pandangan. Pandangan yang penuh makna kerana hal tadi, mereka sahaja yang baru tahu.
"Nanti lah aku cerita kat kau. Aku nak makan ni. Lapar." Sobir sekali lagi cuba berdalih. Shida dan Sobir sama-sama mengambil makanan manakala Ravi mencari tempat duduk untuk mereka berdua makan. Sebelum mereka mendekati meja yang terhidang dengan makanan, Sobir tiba-tiba menahan Shida dari belakang. Shida berhenti dan hanya memandang tindakan Sobir yang tiba-tiba tunduk memandang kasut Shida. Shida tidak perasan yang tali kasutnye terlerai. Sobir tunduk lalu mengikatkan nya semula, Entah kenapa jantung Shida berdenyut laju.Aduh Shida... Dia ikat tali kasut je pun...Kenape kau nak berdebar sangat. Selesai sahaja Sobir mengikat tali kasut Shida, dia berlalu berdapat kan makanan tanpa menunggu respond daripada Shida. Shida hanya kaku tidak beranjak. Jantungnya tidak berhenti daripada berdenyut laju. Suasana seakan-akan terhenti buat seketika. Otak Shida tidak mampu berfungsi dengan sempurna...Shida....boleh ke kau jadi next lover Sobir?


#Jangan cakap pemilik blog ini tak payung ye, Pemilik blog ini cuba untuk payung cerita seterusnya. Kisah Shida dan Sobir tak habis lagi.Tetapi akan mengambil masa yang lama kerana pada bulan ini pemilik blog ini busy dengan final exam.Datang lah jenguk pada masa akan datang.

Jumaat, 18 November 2016

(26) 1 langkah, 1 perhentian menuju ke hatimu,

Sekali lagi Shida terpaksa mengikut jejak larian Sobir. Tahu lah kaki Sobir panjang, tak payah lah langkah besar sangat. Tercunggap-cunggap nafas Shida dibuatnya selepas berjaya menjejakkan kaki ke dalam bas. Shida duduk di kerusi yang memang tinggal 1 tu je yang kosong. Manakala Sobir lah yang terpaksa berdiri. Kesian, lepas penat menarik beg galas Shida, alih-alih Shida yang dapat tempat duduk. Tak pe Sobir, sabar. Tak gentle lah rebut kerusi dengan perempuan. Sobir seboleh-bolehnya cuba menenangkan hatinya yang tengah penat. Setelah beberapa minit perjalanan, bas berhenti di perhentian pertama. Lagi ramai penumpang yang naik ke dalam perut bas dan kebanyakkan nya penumpang warga asing. Sobir seperti merapatkan dirinya ke Shida supaya tak ada ruang untuk pekerja bangla berpaut dekat dengan kawasan Shida. Shida hanya memandang pelik dengan gelagat Sobir. "Dah buang tebiat ape berdiri rapat-rapat dengan aku, Ke dia nak cuba goda aku? Shida, ingat. Dia baru je clash. Tak kan semudah tu dia berubah hati. Sangkaan kau je Shida," Sempat Shida bermonolog dalam hati. Perjalanan di dalam bas agak berenjut-enjut sehingga kan penumpang di belakang Sobir menolaknya. Nasib baik Sobir sempat tahan tangannya di kerusi Shida. Kalau tak, mahu accident jadi nya. Jantung Shida jangan dicakaplah. Lagi tadi tak reti duduk diam. Asyik berdenyut laju je. Dia takut gak kalau penumpang sebelahnya dapat dengar degupan jantung Shida yang bagaikan mahu terkeluar dari badannya. Di perhentian kedua, barulah ramai penumpang turun termasuk penumpang yang duduk di sebelah Shida tadi. Ketika Shida bangun hendak memberi laluan kepada penumpang di sebelahnya, tangan Sobir seperti melindungi kepala Shida daripada terhantuk tiang. Sekali lagi, jantung Shida seperti terkena kejutan elektrik. Mahu pengsan Shida dibuatnya dengan tindakan Sobir tadi. Selesai penumpang lain turun, Shida memberi isyarat suruh Sobir masuk duduk di tempat penumpang sebelahnya tadi. Sobir mengerutkan dahinya lalu berkata
"Kau nak ke bergesel dengan mat-mat bangla ni.". Shida hanya membalas dengan cebikan bibir lalu masuk dahulu diikuti Sobir duduk di sebelahnya. Shida sempat mengerling sekilas ke arah Sobir. Mana taknya. Ini merupakan kali pertama Shida dapat duduk sedekat begini dengan Sobir. Bertuahnya badan. Dah lah Sobir tengah single sekarang.
"Shida..." tersentak lamunan Shida apabila Sobir menyebut namanya. Ya Allah adakah dia bermimpi dapat mendekati Sobir sekarang.
"Hurm, apa?" Shida cuba menyembunyikan senyumannya.
"Aku tahu sebelum ni kita tak rapat. Walaupun sebelum ni aku pernah satu kumpulan dengan kau. Jujur lah, aku tak pernah lupa pun kau ahli kumpulan aku. Cuma aku segan nak tegur kau tiap kali kita jumpa. And sori gak kalau dulu aku suka buli kau. Tak ada lah, reaction kau kelakar sangat. Muka kau pun macam da tertulis saya budak senang kena buli. Mana tak aku buli kau. Tapi aku harap lepas ni kita kawan nak? Yelah, selepas apa yang dah jadi tadi. Rupenye kau dengan Iman cuba nak tolong aku. " Shida tak dapat nak bagi reaksi apa pada ayat yang baru terkeluar dari mulut Sobir. Dia gembira kerana Sobir mahu berkawan dengan nya tapi tak kan lah sebagai kawan je? Dan kenapa dengan mukanya?Senang kena buli?Melihat reaksi Shida yang agak keliru. Sobir menambah lagi,
"Tapi ada sebab gak kenapa aku berkasar dengan kau. Aku bukan niat nak buli pun. Aku tak pernah ada kawan perempuan sebelum ni. So aku tak tahu nak bergaul dengan kawan perempuan macam mana. Tapi aku dapat rasa kita banyak persamaan, Sebab tu aku selesa berkawan dengan kau." comel pulak dimata Shida apabila melihat Sobir tertunduk bersungguh-sungguh menerangkan kenapa dia nak berkawan dengan Shida sambil jari Sobir menguis-nguis seluarnya sendiri. Selepas melihat tindak tanduk Sobir yang comel tu,Shida menjawab,
"Aku ok je nak berkawan dengan kau. Pasal yang buli hari tu, aku dah lama maafkan kau lah." kata-kata Shida mampu membuatkan Sobir mengangkat mukanya semula. Ada senyuman di bibir Sobir. Shida juga turut tersenyum.
"So,kita kawan lah eh? Dan sebagai kawan, kau kena simpan rahsia aku  pasal kejadian hari ini punya. Boleh?" Bertambah cair Shida mendengar permintaan Sobir apabila muka Sobir betul-betul bertentangan dengannya. Shida terpanar sekejap sebelum membalas,
"Kau sebenarnya nak kawan dengan aku sebab nak suruh aku jaga rahsia kau je kan?"Shida menunjukkan reaksi geram dengan jari telunjuk di arahkan ke muka Sobir, Sobir menjawab,
"Mana ada! Aku ikhlas lah kawan dengan kau.Bukan sebab nak jaga rahsia aku je."
"Aku tak percaya. Berani kau mempergunakan aku kan. " Shida seperti tidak puas hati.
Sobir tergelak kecil sebelum membalas lagi."Betul Shida...Asal kau tak percaya kat aku eh?"
"Sebab muka kau bukannya boleh dipercaya kan pun."...Sobir dan Shida berterusan membidas ayat masing-masing sepanjang perjalanan di dalam bas. Ada juga detik gelak ketawa mereka. Begitulah detik indah di dalam bas menuju ke tempat makan yang Sobir ingin bawa.

# "Sobir siapa ni?Awek kau ke?"...Apa jawapan Sobir ketika kawannya menanyakan tentang Shida? To be continued di next episod cerita hati.


Khamis, 10 November 2016

(25) it is the time to let it go

Sobir melangkah laju padahal dia tak tahu pun hala tujunya kemana.Argh,lantaklah.Janji dia dapat keluar daripada bangunan Mahkota Parade itu.Dia tidak sedar yang tangannya masih menarik sesuatu.Sesuatu yang mengikutnya tanpa sebarang bunyi.Sehingga lah mereka sampai di tengah padang Dataran Pahlawan,Langkah Sobir terhenti,begitu juga Shida.Sobir menghela kan nafasnya dengan kasar lalu  terus duduk di atas padang itu.Shida hanya mengikut langkah Sobir duduk di atas padang rumput itu.Sobir sepertinya tengah serabut.
"Sobir,kau ok tak?"pertanyaan Shida memecahkan keadaan sunyi pada waktu itu.Kepala Sobir terus terangkat.
"Fikiran aku tengah serabut.Kau tahu kan aku baru kena kencing tadi."balas Sobir.Shida hanya mendiamkan diri.Terus tak berani dia nak tanya lebih-lebih.
"Macam manalah aku ni bodoh sangat sampai kena kencing dengan dia?"Sobir seperti menyalahkan diri sendirinya tetapi Shida tetap tidak mencelah apa-apa.Hanya setia mendengar.
"Shida,kau sebenarnya dah tahu kan pasal Hawa?"tanya Sobir yang sedari tadi asyik membebel sorang-sorang.
"Aku tahu time aku pergi pertandingan pantun kat sekolah diorang hari tu,Aku syak Hawa dengan Aizril ada something tapi aku tak berani terus buat kesimpulan.Aku kenal rapat dengan dia pun tak.Lagi pun buat apa aku nak sibuk hal orang."Shida mengaku jujur.
"So,nilah agenda kau jumpa Iman hari ni?"Sobir bertanya lagi.
"A'ah.Tapi sumpah aku tak tahu pulak Iman akan bawa Aizril.Serius aku tak tahu."Shida cuba berdalih.Sobir hanya tergelak dengan reaksi Shida.
"Kau tahu tak,disebabkan kau lah,date aku hari ni cancel.Baru ingat nak gi makan sedap-sedap tadi."Sobir cuba membuat lawak,Tapi Shida tidak dapat menangkapnya.Sangkaan Shida,Sobir serius.
"Sorilah...tapi kau kena berterima kasih kat aku tau sebenarnya.Sebab dah selamat kan kau dari jadi mangsa Hawa."Shida cuba menyelamatkan dirinya dari dimarahi oleh Sobir.Sekali lagi,Sobir tergelak.Kali ini ketawanya lagi besar dari yang tadi.Tak sangka Shida cepat kalut bila disergah.Dulu masa dia buli Shida di sekolah,tak ada lah reaksinya kalut macam ni.Cukup membuatkan Sobir geli hati melihatnya.
"Kau ni kan Shida,memang tak pernah ikhlas bila buat kerja kan.So,kau nak penghargaan lah  ni sebab dah selamatkan aku?"Sobir berkata dengan sisa baki ketawanya masih ada lagi.
"Tak adalah aku nak balasan ke apa.Tapi aku pelik.Kenapa aku pulak jadi mangsa kau sampai kau nak heret aku kat sini?"Shida masih tidak puas hati.
"Yelah tak kan lah aku nak biarkan kau sorang-sorang.Iman dah sah-sah lah sibuk menguruskan Hawa dengan Aizril.Yang kau nak menyibuk sama nak buat apa?.Lebih baik kau ikut aku.Hirup udara segar kat sini."habis sahaja Sobir berkata,matanya ditutupkan dan kepala cube menonggak seolah-olah memandang langit.Shida masih tak puas hati lalu menjawab,
"Segar apanya,panas tahu tak.Dah jomlah balik.Aku laparlah."Shida cuba untuk bangun tetapi tangan Sobir tangkas menarik beg galas Shida.Shida serta merta terus terduduk balik.Shida memandang tidak puas hati kepada Sobir.Dan seperti biasa,Sobir membalas dengan pandangan poyo dia tu.
"Kalau lapar,jom lah kita pergi makan."ajak Sobir.
"Tak nak.Membazir.Lebih baik aku makan rumah.Jimat.Tak payah keluarkan duit"Shida masih mahu berdebat dengan Sobir.
"Apa kata aku bawa kau pergi makan free.Nak tak?Kau tak payah keluarkan duit pun.Aku belanja.Tapi tempat makan yang aku nak belanja ni jauh sikit.So,kau ikut je aku diam-diam.Jangan nak banyak bunyi tanya kita nak pergi mana.Jangan risau lah pasal aku nak bawa lari kau ke,tak pun nak buat benda-benda yang tak elok dengan kau.Aku tak hingin pun nak rosakkan anak dara orang,lagi-lagi yang macam kau."dalam Sobir mengajak,menyempat aje dia mengutuk Shida.Apa Shida ni tak menarik di mata Sobir.Shida hanya mencebik.
"Kenapa kau nak ajak aku makan jauh-jauh?Menyusahkan aje.Lebih baik kita balik rumah.Selamat pun,selamat."saja ayat di belakang tu,Shida tekan kan.
"Kata nak makan free.Lagi pun aku nak langsaikan hutang aku kat kau.Nak ke tak nak ni?"kali ni nada Sobir agak sedikit tegas.
"Iya lah,aku ikut.Tapi ingat,jangan lama."Shida memberi amaran.Sobir hanya mengganguk tanda setuju.

#EHEM....BELUM TAMBAH GULA LAGI KAT CERITA SHIDA DAN SOBIR NI.TU BARU SIKIT.RILEX.DE LAGI...TUNGGU YE!

Rabu, 9 November 2016

(24) lukisan masa hadapan,hanya warna kehidupan.kita tak tahu warna apa yang bakal menwarnai masa depan kita.

"Iman??Kenapa kau jumpa Iman.Apa hubungan korang?" nada Hawa seperti bergetar.Dalam kalut Shida cuba mencari jawapan yang tepat bagi soalan Hawa tu.Tiba-tiba,
"Sebenarnya aku nak jumpa kau,bukannya Shida." semua yang ada di situ menoleh ke belakang apabila mendengar suara Iman mencelah.Terkejut bercampur gembira Shida di buatnya.Pertama, terkejut sebab Iman muncul secara mengejut.Kedua, gembira sebab tak perlulah dia memerah otaknya untuk menjawab soalan Hawa.Tetapi bukan Shida sahaja yang terkejut, Sobir dan Hawa juga ikut terkejut sama.Jangan cakap lah,Hawa sudah hampir mahu menjerit ketika Iman muncul bersama seorang lagi lelaki di belakangnya.Shida memandang pelik ke arah lelaki yang mengekori Iman itu.Seperti pernah nampak,Tapi kat mana eh?Shida cuba mengorek balik kotak ingatannya.Aizril?Pakwe Hawa?Shida menutup mulutnya serta merta.Baru Shida nampak permainan Iman.Pandangan Shida juga turut terkalih ke arah Sobir selepas berjaya tidak menjerit.Shida cuba untuk membaca fikiran di dalam kepala Sobir ketika itu.Apa reaksi Sobir bila tahu Hawa ada pakwe lain iaitu Aizril?Adakah akan berlaku pergaduhan antara Sobir dan Aizril?Atau Sobir akan memarahi Hawa dengan teruk kerana menipunya?Atau lebih parah lagi,adakah Sobir akan memarahi Shida juga sebab menyibuk dalam hal mereka berdua?Oh no!Shida mengelengkan kepala nye.Tidak sanggup dia membayangkan bagaimana kata maki hamun di lemparkan nanti oleh Sobir.Dengan muka bengisnya.Shida dapat rasakan bulu romanya sudah  mula naik.Shida menelan air liur yang terasa kelat.Tetapi entah kenapa dalam keadaan seram sejuk itu,de pandangan simpati Shida dapat rasakan dalam keadaan Sobir.Kesian Sobir...Sobir betul-betul sayang kat Hawa tetapi Hawa pula mainkan perasaannya.Hawa tak tahu.Cinta Sobir begitu berharga buat Shida.Penat selama ini Shida cuba  untuk mendapatkannya.Hawa beruntung kerana menjadi insan yang dipilih oleh Sobir untuk dia memberikan rasa cinta tu.
"Aku sebenarnya dah hilang sabar dengan perangai kau Hawa.Aku tak sanggup buat-buat buta dan tutup mata dengan perangai tak senonoh kau ni.Aku nak hari ni,semua rahsia kau terbongkar depan Sobir dan Aizril"kata-kata Iman mampu memberi rasa genjatan elektrik kepada semua orang.Tanpa menunggu sesiapa menjawab,pantas Aizril menyambung,
"Sobir,aku nak tanya kau.Kau siapa pada Hawa?"
"Aku pakwe Hawa.Kenapa?"walaupun nada Sobir kedengarannya tenang tetapi tidak pada mukanya.Muka Sobir seperti tidak puas hati sahaja.Aizril memberikan senyuman sinis kepada Hawa sebelum menyambung lagi,
"Oh,pakwe.Aku pun pakwe Hawa.".Shida yang hanya berdiri kaku di antara Sobir dan Iman,dapat merasakan keadaan semakin tegang.Sobir kelihatannya sudah mula benggang dengan ayat yang dikeluarkan daripada Aizril.
"Kau siapa nak mengaku pakwe dia?Kau jangan cuba nak rampas hak orang lain boleh tak?"Sobir sepertinya sudah hilang sabar dan mula mahu menumbuk Aizril tetapi mujur Iman tangkas menahannya perlahan.
"Kenapa?Kau tak percaya?Tanya sendiri dengan Hawa.Betul ke tak kita berdua kena tipu."Aizril juga sudah mula meninggikan suaranya
"Aizril,Sobir.Cuba bawa bertenang.Malu lah orang pandang.Sobir...cuba kau tanya Hawa betul ke tak apa yang Aizril tanya.Hah,Hawa.Jawablah.Mana satu pakwe kau."Hawa yang sedari tadi gelisah makin bertambah gelisahnya apabila disergah oleh Iman.
"Iman.Apa motif kau hah?Tak cukup ke aku reject kau.Kau nak malu kan aku lak depan diorang semua.Kau nak balas dendam kat aku ke?Kau fikir,kalau kau buat macam ni,aku akan suka kat kau ke hah?"Hawa menjawab.
"Memang aku pernah suka kat kau Hawa.Tapi bukan tujuan aku untuk balas dendam apatah lagi malukan kau macam yang kau pernah buat kat aku dulu.Aku cuma tak sanggup nak tengok orang lain jadi mangsa kau.Cukup lah aku,yang dah kena dengan kau.Kau jangan nak mainkan perasaan orang lagi.Memang perangai kau tak pernah berubah Hawa.Dari dulu sampai sekarang.Dulu kau pernah hina cinta aku depan semua orang,aku boleh maafkan lagi.Pengajaran untuk aku juga,lain kali aku perlu bagi masa untuk kenal hati budi orang yang aku suka.Aku sebenarnya rasa bersyukur,kau buang aku dulu.Terima kasih Hawa.Dan sekarang,aku nak kau sedar juga yang perasaan cinta,bukannya benda yang boleh dibuat main.Cubalah kau belajar hargai cinta yang kau dapat."begitu panjang lebar Iman membidas.Kini,barulah Shida tahu kenapa Iman nak sangat menolong Shida memutuskan hubungan Hawa dan Sobir.Kedua-dua Aizril dan Sobir hanya memandang dengan pandangan tidak percaya ke arah Iman.Keadaan senyap seketika sebelum Sobir pula berkata,
"Hawa...betul ke apa yang Iman cakap?Betul ke aku ni hany sebahagian daripada permainan bodoh kau tu?"Sobir menahan rasa amarahnya.
"Sobir....."Hawa yang mampu menyebut nama Sobir.Sobir hanya gelak menyindir.
"Iman,Aizril.Apa kata kau settle kan je lah Hawa ini.Sebab aku dah isytihar putus dengan dia."Iman berkata dan berlalu pergi sambil menarik beg galas Shida.Shida dalam keadaan tidak bersedia terpaksa menurut juga langkah Sobir.Kalau tidak,mahu jatuh tersungkur dia dibuatnya.Sobir ni pun kalau iye pun nak tarik aku,bagi lah amaran.Ni tak,main tarik je beg aku.Tahu lah tengah stress putus cinta.Aku juga jadi mangsa keadaan.Tak patut...Tak patut....

#BELUM HABIS LAGI YE....SAMBUNGAN....KEMANA SOBIR NAK BAWA SHIDA TU???HA3.TUNGGU THE NEXT CERITA HATI EPISOD DIMANA BERMULA LAH SEBUAH IKATAN BARU ANTARA SHIDA DAN SOBIR.

Isnin, 7 November 2016

(23) I want run to you but at the same times I want run from you.

"Shida.....",Shida yang baru sahaja ingin membuka langkah terus berhenti.Shida menoleh,ternyata susuk tubuh Sobir berada di depannya.Entah kenapa air mata Shida terus mengalir laju.Shida melepaskan segala benda yang merunsingkannya sebentar tadi.Sobir dengan gelabah menyuruh Shida berhenti sebab suara tangisan Shida agak kuat.Orang yang lalu lalang juga memandang pelik ke arah mereka.Aduh,Shida dah macam budak-budak yang nangis ketika hendak diculik.Sobir melekapkan jari telunjuk dibibirnya sendiri tnda menyuruh Shida diam.Beberapa saat selepas itu,barulah Shida berhenti menangis.
"Dah?Dah habis nangis dah?" tanye Sobir tetapi entah kenapa ditelinga Shida kedengarannya seperti memerli.
"Nak nangis lagi tapi dah kau suruh berhenti."Shida menyeka air matanya dengan hujung lengan baju.Melihat perbuatan Shida itu,Sobir terus menghulurkan sapu tangan kepada Shida.Shida mengambilnya tanpa berkata apa-apa.Yang penting sekarang,dia tahu dia tak keseorangan.
"Kenapa kau nangis tiba-tiba bila jumpa aq?"Sobir bertanya sambil memandang tempat ke arah anak mata Shida.Shida pada mulanya terpanar,terus mengalihkan pandangan lalu berkata "handphone aku jatuh.Tak boleh nak hidup.Aku tak boleh contact Iman."Sobir memandang pelik ke arah Shida taktala Shida menyebut nama Iman.
"Iman?Iman mane?Jangan cakap Iman group kita time kem ari tu?"Sobir bertanya.
"A'ah...Iman group kita"Shida menjawab dengan suara diperlahankan sedikit.Entah kenapa riak Sobir seperti mahu memarahinya.Sehinggakan Shida tak berani mahu menggangkat muka.Shida tertunduk memandang lantai.Sobir merengus kasar sambil tangan mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Kenapa kau jumpa dia kat sini?Date?"tanya Sobir sambil tangan mencari nama Iman.
"Mana ada!Tak ada la!"Shida menjawab dengan suara yang agak nyaring dan kepala laju menggeleng.Sobir tersenyum tipis melihat reaksi Shida.
"Hello..Assalamualaikum..Iman,awek kau sekarang ni ada dengan aku.Kutip dia kat depan kedai bunga ni" tanpa menunggu jawapan Iman,Sobir terus meletakkan panggilan.Shida yang mendegarnya hanya ternganga.Speechless!Awek?Kutip?
'Aku dah bagitahu dia dah yang aku bukannya ada apa-apa dengan Iman.Dan dai ingat apa?Aku sampah.Main kutip-kutip macam tu' Monolog Shida dalam hati.Shida tidak mampu berkata apa lagi.Bibir seperti kaku nak keluar kan bunyi
"Dah,Aku kena gerak ni.Kau tunggulah Iman kat sini." Sobir berpusing mahu meninggalkan Shida tiba-tiba kelibat Hawa pula muncul.
"Sobir.Awak pergi mana?Kata pergi tandas.Penat saya tunggu tadi.Ingatkan awak tinggalkan saya." Selepas Hawa mendekati Sobir,baru Hawa perasan akan kehadiran Shida.
"Eh,Shida.Tak perasan awak pun ada kat sini.Awak buat apa kat sini." Hawa memandang Sobir dan Shida silih berganti.Entah kenapa,Hawa seperti dapat merasakan mereka seperti menyorokkan sesuatu.Shida baru sahaja mahu membuka mulut tetapi Sobir terlebih dahulu memotong
"Shida nak jumpa Iman.Ingat tak budak group kita sekali kat kem?Tapi entah macam mana Shida sesat tak jumpa Iman.Handphone Shida pula rosak.Tu yang tak dapat nak contact Iman.".Sekali lagi Shida speechless!Pandai betul mamat ni buat ayat.Awek kau tanya aku.Biar lah aku yang jawab.Shida masih tak puas hati dengan Sobir.
"Iman??Kenapa kau jumpa Iman.Apa hubungan korang?" nada Hawa seperti bergetar.Shida perasan Hawa seperti takut apabila nama Iman disebut oleh Sobir.Ya Allah....tolong lah aku lari daripada diorang berdua ni.Aku nak jumpa Iman.Mana Iman???!!!Apa sebenarnya rancangan Iman ni?Cepatlah muncul Iman oiii....Tolong lah....

#NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA APAKAH RANCANGAN IMAN DAN MASIHKAN SOBIR BERTAKHTA DIHATI SHIDA SELEPAS KEJADIAN TADI BERLAKU?TUNGGU YE!

Jumaat, 23 September 2016

(22) Sesegar bau bunga, begitu lah segarnya ingatan tentang kita berdua.

Agaknya sudah kali ke-10 Shida mengerling ke arah jam tangan Guess nya.Adakah memang masa bergerak lambat atau jamnye yang sudah rosak?
'Mana diorang ni?Tak muncul2 pulak.Ke date diorang cancel?' gerutu Shida dalam hati.
Setelah meneguk airnya sehingga hbis.Ada sepasang  couple baru melintas di hadapannya.Hampir tersedak Shida dibuatnya.Cepat-cepat dia menjalankan misi mengekori pasangan itu.Mereka berhenti di sudut pakaian dan Shida boleh agak, tentu diorang nak beli t-shirt couple.Cakap tentang t-shirt.Shida melihat baju yang dipakainya.Kemudian melihat pulak baju yang Sobir pakai.Ternyata jodoh dia dengan Sobir lagi kuat.Hahaha....Shida dan Sobir sama-sama pakai baju berwarna biru.Shida warna biru laut manakala Sobir warna biru langit.Sengih Shida makin panjang.Aip,Shida.Focus.Shida menepuk-nepuk pipinya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg tangannya.Dia perlu segera hubungi Iman.Belum sempat Shida menaip mesej,Sobir dan Hawa sudah mula bergerak pergi.Dalam keadaan terkocoh-kocoh Shida mengikuti smbil tngn laju menaip.Taktala Shida sedang menaip,Shida tidak perasan apa yang ada dihadapannya.Shida baru hendak toleh sahaja,bahunya berlanggar dengan satu susuk badannya yang akan besar.Tercampak terus telefon bimbit Shida.
"Woi budak.Lain kali jalan tengok depan la.Jangan asyik handphone saja." marah seorang apek.Shida meminta maaf dan mata nya melilau mencari handphonenya yang tercampak tadi.Shida cuba hidupkan telefonnya,tetapi gagal.Telefonnya tidak mahu menyala.Aduh,masaklah kena marah dengan ibu.Habis tu macam mana nak call Iman ni?Jejak Sobir dan Hawa juga sudah tidak diketahui.Shida sedih sampai sudah tidak ada mood mahu mengekori Sobir dan Hawa lagi.Mungkin juga ini balasannya sebab mahu putuskan hubungan Sobir.Shida berlalu pergi dengan titisan air mata yang sudah mula mengalir laju.Shida jalan tanpa arah di sekitar Mahkota  Parade tu.Fikirannya sudah berserabut.Dia perlu fikirkan alasan apa nak bagi pada ibunya.Langkah Shida terhenti di satu kedai bunga.Dia meneliti satu persatu bunga yang ada.Yang ada di situ,ros,tulip,kemboja,bunga matahari.Tidak ada satu pun bunga baby breath atau bunga kekwa.Tiba-tiba pemilik kedai itu mendekati Shida dan,bertanya Shida mencari bunga apa.Shida hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.Melihat keadaan Shida,pemilik kedai tu pergi ke belakang semula tetapi seperti mahu mengambil sesuatu.Shida hanya memandang sayup tanpa memikirkan apa-apa.Matanya kembali meneliti susunan bunga di kedai itu.Cukup membuatkan hati Shida menjadi sejuk.Ketika Shida cuba mencari sapu tangan di dlam begnya kerana hingus sudah pun mahu meleleh,pemilik kedai itu keluar semula dengan membawa keluar tiga jenis bunga yang di balut dengan surat khabar....Bunga baby breath,bunga kekwa dengan bunga blossom....Putih,kuning dan warna pink pekat.Gandingan 3 warna tu seakan memberi semangat kepada Shida.Bahu yang seakan berat tadi,sudah mnjadi ringan.Nafas Shida pun sudah mula mnghembus lancar.Shida dapat menghirup udara yang penuh dengan bauan bunga segar di situ.Tambahan lagi dapat menghirup bauan dua bunga kesukaanya iaitu baby breath dan kekwa.Shida memerhati tidak tanduk pemilik kedai itu mengubah tiga bunga yang baru dibawa keluar tadi di atas kertas balut lutsinar tetapi mempunyai sedikit corak berwarna putih unggu.Selesai sahaja mengubah kedudukan bunga tersebut di atas kertas,pemilik kedai itu membalut dengan kemas sehingga menjadi sebuah jambangan dan dihulurkan kepada Shida.Shida jadi hairan.Setahu dia,dia tidak mempesan jambangan bunga.Mungkin pemilik kedai itu memikir Shida mahu membeli bunga lalu Shida berkata "Maaf,saya tidak mempesan bunga pun tadi.Saya datang hanya mahu melihat-lihat sahaja." tolak Shida lembut.Tolakan Shida di balas dengan senyuman oleh pemilik kedai itu,
"Bunga ini memang untuk adik pun.Anggap je lah sedekah.Lagi pun akak tengok adik tak bersemangat tadi.".Ya Allah,besarnya kuasa-Mu.Ada juga insan yang prihatin terhadap diri aku ketika aku jatuh.Shida menyambut jambangan bunga itu sambil mulut mengucap terima kasih.Agak tersentuh dengan pemberian pemilik kedai itu.Baru Shida hendak membuka langkah,tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya "Shida....."

#Sori atas kelewatan mengup date blog ini.Untuk pengetahuan,pemilik blog ini sedang sambung belajar dan cerita hati ini akan di upload sekiranya pemilik blog ini mempunyai masa lapang.Harap maklum...dan nantikan episod seterunsya siapakah pemilik suara yang menegur Shida....

Ahad, 7 Ogos 2016

(special episode) cerita hati edisi pertemuan pertama



Di sini pembantu saya telah memberikan cadangan mengenai gambar Shida dan Sobir ketika mereka pertama kali jumpa.Walaupun bukanlah seperti di dalam gambar itu tetapi tak salah kan kalau bayangkan pertemuan pertama mereka seperti gambar di atas?Hahaha..

(special episode) Sobir

Kepada yang ingin membayangkan rupa Sobir macam mana.Di sini pembantu saya telah menolong saya menyiapkan gambaran wajah Sobir.Begini lah hasilnya.

(21) misi pertama selsai.check!

Ketika Sobir melintasi Shida dan Tika, Shida cuba untuk memberikan senyuman tetapi malang sekali, Sobir tidak perasan akan kehadirannya. Sobir kelihatannya sedang sibuk berbual dengan kawan-kawannya.Walaupun hampa dengan reaksi Sobir tapi Shida tetap bahagia melihat Sobir tersenyum apabila melayan karenah sahabat-sahabatnya.Shida suka melihat sisi Sobir yang lain itu.Macam yang Shida tahu.Sobir apabila dengan orang lain,garangnya jangan cakaplah.Shida sendiri pernah terkena.Tetapi apabila dengan orang yang dia rapat,seolah muka dia yang bengis digantikan dengan muka baby yang sentiasa tersenyum apabila diagah.Tetap menarik hati Shida.Baru sahaja Shida hendak menenguk airnya,dia terdengar perbualan Sobir bersama rakan pengawas yang lain.Rupanya Sobir duduk betul-betul di belakangnya.

"Korang datang lah ke majlis kahwin abang aku sabtu ni.Abang aku yang sulung tu nk kahwin dah." Emey menyampaikan berita gembira itu.
"Abang kau yang tinggi-tinggi tu eh?Wah...dah nak kahwin dah dia.Kau bila lagi Mey?" Ravi cuba bergurau sambil tangannya mencucuk pinggang Emey dari tepi.Emey cuba mengelak tetapi sia-sia saja.Ravi betul-betul duduk rapat dngannya.Mana mungkin dia boleh menggelak.Sobir yang melihat Emey melatah ,tergelak dibuatnya.Mendengarnya Sobir tergelak,automatik bibir Shida juga terukir satu senyuman.
"Taniah Emey.Dapat kakak ipar lah kau tahun ni.Tahun depan dapat anak buah.Tahun depannya lagi,dapat bini lak."Sobir mengangkat keningnya. Dia turut berpadu tenaga mengenakan Emey seperti Ravi.
"Wah korang...bab kena kan aku pandai eh.Tapi kan,sebenarnya aku memang nak kahwin pun.Umur aku je yang jadi masalah." kata-kata Emey mampu membuatkan Sobir dan Ravi ketawa besar.
"Wah kau.Ada hati nak kahwin.Kerja pun tak lagi.Kau nak bagi bini kau makn apa?Pasir dengan batu?" Ravi bersuara selepas ketawanya sudah reda.
"Kau sendiri cakap si Zatul tu jenis tak memilih makanan.Kalau tolak kayu pun dia makan kan. So aku rasa setakat pasir dengan batu tu,tak de hal lah." Emey masih dengan gurauannya.
"Eleh,macam lah kau tergamak nak bagi dia makan pasir dengan batu tapi sori lah bro.Aku tak dapat datang kot kat kenduri abang kau.Aku ada hal." kata Sobir pula.
"Kenapa kau tak jadi datang kenduri abang aku?Hah aku tahu.Ni mesti kau nak pergi dating kan.Dengan siapa kau nak pergi ni?Cepat bagitahu aku." getak Emey dalam nada gurauan.
"Hawa.Kau ingat kan budak kumpulan aku dari sekolah Tun Perak tu."akui Sobir.
"Serius arh kau kapel dengan dia?Sampai hati kau tak bagitahu kitaorang kan."Ravi bertanya dalam nada merajuk dihujung ayat.Emey sendiri tak percaya Sobir begitu percaya dengan perkenalan yang singkat itu.Bagi Emey,Sobir bukan jenis yang cepat percaya dengan orang.
"Kat mana korang nak date nanti?" Emey menarik nafas sebelum mengajukan soalan itu kepada Sobir.Dia tak nak Sobir berkecil hati dengan apa yang di fikirkan sebentar tadi.Dia tak nak lah di sebabkan hal yang kecil,persahabatan dia dengan Sobir menjadi retak.Mungkin juga dah sampai jodoh Sobir dengan Hawa.
"Kat Mahhkota Parade." balas Sobir berseloroh.
"Pukul berapa?" Soal Emey masih tak puas hati.
"Pukul 10.Emey,aku tahu kau marah.Sori ok.Macam ni lah.Kalau sempat,aku bawa Hawa sekali gi kenduri abang kau tu.Boleh?Itu pun kalau kau jemput Hawa sekali lah."Sobir per
asan muka Emey agak tegang sejak dia beritahu dia tak jadi hadir di majlis perkahwinan abangnya.
"Kalau kau nak bawa dia pun,aku tak ada masalah.Janji kau datang bro."terang Emey.Sobir menghela nafas lega.Kawannya di pandang.Sobir tidak berkata apa.Dia rasa serba salah gak kalau tidak dapat pergi ke majlis tu.

Sementara itu,Tika menngerling Shida di sebelahnya.Sebenarnya Tika juga turut ikut mencuri dengar perbualan pengawas lelaki yang dibelakangnya.Tak pelu tahu siapa,tengok muka Shida saja dah tahu siapa yang ada dibelakangnya .Muka Shida makin ceria.Tika tahu apa yang ada di dalam kepala Shida itu.Malah Fiona sudah ceritakan semuanya mengenai perbualan mereka dengan Iman di kantin tadi.Tika hanya tertawa,baru dia hendak menegur Shida,cikgu-cikgu sudah masuk.

#PEMILIK BLOG INI SENTIASA CUBA MENGUP DATEKAN CERITA HATI INI SECEPAT MUNGKIN.MAAF KALAU TERLAMBAT.DI EPISOD SETERUSNYA,SHIDA DAN IMAN CUBA MEROSAKKAN DATE SOBIR DAN HAWA.TAPI APA RANCANGAN IMAN SUPAYA SOBIR DAN HAWA BOLEH PUTUS?NANTIKAN YE.

Selasa, 2 Ogos 2016

(20) apabila naib presiden bertemu dengan ketua pengawas

Quater Master merupakan persatuan yang mengendalikan sukan mahupun peralatan sukan.Tahun ni Shida di lantik sebagai Naib Presiden Quater Master dan tahun ni juga giliran Puan Wana sebagai guru penyelaras Quater Master.Shida sudah kenal sangat dengan cikgu-cikgu penyelaras Quater Master.Nak tahu sebab apa?Sebab Shida sudah berkhidmat selama 5 tahun kalau termasuk tahun ni di bawah pertubuhan Quater Master ni.Tak hairanlah Shida berjaya menyandang jawatan sebagai Naib Presiden.
"Hah,Shida?Baru kau nak masuk kelas.Kemana saja lah korang berdua ni merayau.Ish,kalau tak melekat korang bertiga.Tak sah.Mana lagi sorang kawan kau?"sebaik nampak kelibat Shida dan Fiona yang baru hendak menuju ke kelas,Puan Wana didepan pintu terus membuka mulut.Puan Wana juga sudah biasa melihat tiga sekawan itu kalau pergi kemana-mana mesti berkepit.Fiona hanya tersengih sambil menuju ke kelasnya iaitu terletak di sebelah kelas Shida.Shida pun turut tersengih mendengar bebelan Puan Wana.Dah lali dah. Belum sempat Shida melabuhkan punggung,Puan Wana membuka mulut lagi,
"Shida,jangan lupa bagitahu ahli kelab lain terutama Preseiden kita dengan sume pengawas sekolah.Kita ada perjumpaan pasal Hari Sukan Sekolah."terdengar arahan Puan Wana,tak jadi Shida nak duduk.Shida tak nak lah cakap terpekik-pekik dengan cikgu.Shida bangun,menghampiri Puan Wana yang sedang selesa duduk di meja guru.
"Perjumpaan petang ni?Kenapa saya tak tahu pun cikgu?"Shida menyoal pelik.Biasanya dia dan Presiden Quater Master selalu mendapat infomarsi paling awal.
"Saya sudah bagitahu Presiden dan juga Tika.Mesti Tika lupa nak bagitahu awak tu."jawab Puan Wana.Setelah mendapat jawapannya,Shida kembali ke tempat duduknya.

Habis sahaja waktu persekolahan,Shida,Fiona dan Tika berjumpa di depan dewan.
"Fiona,kau balik lah dulu.Kitaorang ada perjumpaan QM"kata Tika sambil tangan kanannya memeluk bahu Shida.
"Ok lah kalau macam tu.Jumpa korang esok."Fiona melambaikan kedua-dua belah tangganya ke Tika dan Shida.Shida dan Tika juga berlalu pergi menuju ke bilik tayangan.Sementara cikgu-cikgu lain sampai,Shida bertanya kepada Tika
"Tika,kenapa kita kena meeting sekali dengan pengawas sekolah?Apa function diorang?"
"Kau tak tahu ke,tahun ni yang wat penutupan rasmi ialah Ketua Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.Sebab tu lah meriah gila.And ahli QM tak cukup tangan nak handle.Sebab tu lah pengawas sekolah yang tak ambil bahagian atau pada hari tu,dia tak ada acara.Diorang kena tolong kita."Tika memberi penjelasan.
"Diorang nak tolong apa?Dah lah masing-masing tak ada pengalaman.Nak suruh diorang laraskan tiang lompat tinggi pun tak pandai."Shida memberikan pandangannya.
"Banyak bendalah yang tak perlu kepakaran macam tu.Contohnya,lap bola,pam tilam lompat tinggi.Paling tak pun,tolong kutip sampah lepas habis acara."Tika memberikan pendapatnya pula.
"Betul tu.Kutip sampahlah yang paling aku tak suka.Kita ni dari sebelum acara mula,dah kena ada kat padang.Pastu dah habis acara pun,kita yang paling lambat balik disebabkan kena kutip sampah diorang.Sakit hati aku kekadang tu.5 tahun tau aku asyik buat kerja yang sama je"Shida melepaskan geramnya kat Tika.
"Dan 5 tahun jugalah kau tak pernah ambil 1 acara pun kan?"Tika saja memperli.
Shida terkelu sekejap."Alah aku bukan macam ko dengan Fiona.Aku ni dah lah lari slow.Lompat jauh pun tak pernah lepas.Nak lontar peluru pun,lagilah."dengan suara yang tersangkut-sangkut Shida memberi alasan.Tika pula yang menggeleng kepala dengar alasan Shida.Sebenarnya betul juga kata Shida tu.Tika dan Fiona masing-masing prnah jadi athelet sekolah.Fiona lebih pakar kepada permainan bola.Segala pertandingan mengenai bola Fiona pernah jadi wakil.Tika pula lebih mahir dalam acara balapan seperti lumba lari atau renjam lembing.Cuba tahun ni sahaja dia tak nak masuk apa-apa acara.Katanya mahu fokus lebih kepada peperiksaan SPM.Memandangkan dia tak masuk apa-apa acara tahun ni,dia terpaksa cari jalan lain untuk mendapatkan markah koku.Tu pasal lah Shida mengajak Tika masuk pertubuhan Quater Master.Lagi pun tak susah bagi Tika sebab dia daripada kelas Sains Sukan.Di dalam kelas juga,dia sudah didedahkan dengan kemahiran bersukan.Jadi agak mudah dia menjalankan tugasnya.Tidak seperti ahli baru yang kena di beri tunjuk ajar.Dan tak ketinggalan,di antara mereka bertiga,Shida yang paling lemah,lembik,dan takde stamina langsung.Masa di sekolah rendah pun Shida tak dapat masuk mana-mana pertandingan kerana perwatakan Shida yang kurang lasak.Sedang mereka rancak perbual,saat itu sekumpulan pengawas sekolah masuk melintasi Shida dan Tika.Makin kuat denyut jantung Shida.Ok Shida.Cool.Act cool.Mata Shida terlekap pada satu susuk tubuh yang baru masuk itu.Lagi satu mimpi Shida jadi kenyataan.Bagai tak percaya,perjumpaan kali ini bersama pengawas sekolah.Dan dah tentulah ketua pengawas yang menjadi target Shida.

#SPECIAL THANKS TO YOU FOR READ THIS STORY❤

Khamis, 28 Julai 2016

(19) ada musim bunga kat Malaysia?Ada.kat dalam hati Shida

Pokk!Terdapat sebiji bola yang berjaya menghentam tepat kepala Sobir dari belakang ketika dia berjalan di tepi padang.
"Ah,maaf.Kau tak apa-apa ke?"kedngaran ada satu suara sedang berlari anak sambil menanyakan keadaan dirinya.Mungkin dia yang membaling bola tu sampai kena kepalanya.Sakit tau tak.Dengar suara macam perempuan,tapi balingan dia boleh tahan macam lelaki.Sobir tidak menjwab,dia mencari bola yang menghentam dia tadi.Walaupun dalam keadaan sakit,dia perlu berlagak cool.Ketua pengawas lah katakan....
"Ah,tak pelah tak payah kutip bola tu.Nanti tangan kau kotor."suara itu berjaya membuatkan Sobir terhenti mahu mengambil bola yang terjatuh dalam longkang.Sobir mengangkat kepala.Bulat mata Sobir memandang tuan punya suara.
"Shida?"Sobir bertanya.
"Sobir?"seperti Sobir,Shida juga terkejut.Tak sangka dia,Sobir rupanya.
"Kau ke yang baling bola ni sampai kena kepala aku?"Sobir saja meninggikan sedikit suaranya sambil jari telunjuk di halakan ke kepalanya.
"Sori lah,aku tak sengaja.Actually,bukan baling.Tendang."Shida tersenyum nipis smbil membetulkan ayat Sobir tadi.Hilang sudah cool Sobir taktala dia tahu Shida lah angkaranya.
"Kau tau takk sakit.Bukannya sipi je kena,ni betul-betul tepat kau tendang kat kepala aku.Kau nak balas dendam kat aku ke apa?"
"Apasal kau cakap macam tu Sobir?Apa-apa pun aku dah minta maaf kan?Dah la gi masuk kelas bio kau tu?"tanpa menunggu jawapan Sobir,Shida terus masuk ke dalam longkang dan mengambil bola.Sobir terpingga sebentar sebelum menyambung
"Mcam mana kau tahu lepas ni aku kelas bio?"Sobir bertanya.Pelik gak dia.Tak kan lah Shida main teka je.Shida ketika itu seperti mati kutu.Kaku.Badan terasa tak boleh bergerak smentara otak ligat mencari alasan.
"Aku nampak budak kelas kau tadi lalu sini bawa buku bio."Shida menarik nafas lega.Berjaya juga otaknya berfungsi.
"Oh ye ke.Ok la kalau macam tu.Good luck dengan bola busuk kau tu"Sobir tersenyum nakal dan terus berlalu pergi meninggalkan Shida.Entah kenapa Shida bagaikan jatuh cinta buat kali kedua dengan senyuman nakal Sobir tu.Itulah yang dinamakn cinta.Bak kata orang,kentut dia pun kita kata wangi.Bertuah sungguh Shida pagi ni,dapat tendang kena kepala Sobir.Shida tersenyum kambing seorang diri sambil membersihkan bola yang di kutip tadi.Selesai sahaja kelas PJ nye,Shida dan Fiona menghantar bola tersebut ke stor sukan.Walaupun Shida dan Fiona berlainan kelas tetapi kelas mereka akan bergabung pada waktu PJ.Ketika di stor sukan dia bertembung dengan Tika.Tika baru hendak mengambil bola untuk kelas PJ nya pula.Sebaik saja Tika perasan Shida dan Fiona menuju ke arahnya,dengan pantas Tika mengeluarkan menyembur muka dan di halakan ke arah Shida.Seperti memacukan pistol lagaknya.Dalam hati Fiona geli hati melihat gelagat dua orang kawannya tu.
"Tutup mata"arah Tika.
"Tak nak!"Shida memberontak.Tapi malang Tika sudah menekan penyemburnya.Shida terjerit kecil.
"Shida,boleh tak kau jaga muka sikit?Kita ni perempuan.Eeei,kalaulah Sobir tengok muka kau sekarang,tentu dia rijek tau tak"bebel Tika.
"Ishh...tika ni.Kau kan tahu aku tak suka makeup-makeup ni"runggut Shida sambil mengelap mukanya dengan sapu tagan.
"Sayang,ni bukan makeup ok.Ni freshner.Bagi muka kau segar."Tika menjwab lagi.
"Apa kau ingat aku sayur ke,nak segar-segar bagai."Shida masih dengan benggangnya.
"Eh,dah lah korang ni.Shida,dah jom masuk kelas.Tika,kitaorng pergi dulu."Fiona mnarik tangan Shida sambil tangan lagi sbelah melambai ke Tika.Tika juga turut membalas
lambaian Fiona walaupun sedikit kecewa tidak dapat membalas kata-kata Shida.

Sampai sahaja di kelas,Shida berasa lega bercampur gembira sebab cikgu akaunnye tidak hadir dan diganti dengan cikgu yang amat dikenalinya.Puan Wana.Puan Wana merupakan cikgu penyelaras Quater Master.Hah nak tahu apa maksud Quater Master?Ikuti episod seterusnya.Sebab macam-macam akan berlaku ketika Shida menjalankan tugasnya sebagai ahli Quater Master atau lebih tepat sebenarnya Shida merupakan Naib Presiden Quater Master.

#Terima kasih.Sayonara.Semoga kita berjumpa lagi!

Ahad, 24 Julai 2016

(18) gembira bagi aku,sedih bagi kau

Boleh ke Shida hentikan hubungan antara Sobir dan Hawa sebelum Sobir betul-betul hanyut dibuai oleh permainan cinta Hawa?Pening Shida dibuatnya.Kata-kata Iman tempoh hari masih terngiang-ngiang di ingatannya.Shida terus tenggelam dalam lamunannya.Termenung jauh meninggalkan Fiona dan Tika yang duduk berhadapan dengannya.

"Ok,first bagi aku jelaskan kenapa aku minta maaf dengan kau pada malam program tu.Aku sebenarnya dah tahu niat Hawa nak kapel dengan Sobir.Malah,aku dah nasihatkan dia jangan mainkan perasaan lelaki lagi.Tetapi Hawa tak nak dengar cakap aku.Aku sebagai pihak dia nak minta maaf dari kau.Aku tahu disebabkan Hawa,kau dngan Sobir gaduh.Dan untuk pengetahuan kau,aku pernah suka kat Hawa tapi Hawa rijek.Dia ugut aku kalau aku bagitahu Sobir pasal Hawa ada pakwe lain,dia akan bagitahu kat ahli kumpulan kita yang aku pernah suka kat dia.Aku tak de pilihan lain selain mendiamkan diri je."Iman membuka cerita.Shida ketika itu membuka loudspeaker supaya Fiona juga boleh dengar.Perasaan Shida bercampur baur saat itu.Tak tahu sama ada mahu gembira yang dia ada peluang untuk merebut cinta Sobir kembali atau sedih dengan nasib Sobir dipermainkan oleh Hawa.

"Jadi apa motif kau bagitahu aku pasal Hawa dengan Sobir masa pertandingan ari tu?Kau sengaja nak bagi aku kalahkan?"kata Shida pula.

"Sumpah aku tak de niat nak buat kau kalah.Aku tak sangka yang kau akan lost lepas aku bagitahu.Betul Shida.Niat aku just......"balas Iman tetapi dia tidak dapat menyambung ayatnya.Dia agak gugup .
"Niat kau ape?"pintas Shida bertanya.
"Aku nak buat kau benci Sobir"berjaya juga akhirnya Iman meluahkannya.
"Hah?Benci kat Sobir?Tapi kenapa pula kau nak aku benci kat Sobir?Apa salah Sobir kat kau sampai kau suruh aku benci?"bertalu-talu pertanyaan Shida tujukan.
"Shida,stop pretend yg kau tak tahu,aku dah tahu kau suka Sobir.Sebab tu kau sakit hati bila Sobir lebihkan Hawa daripada kau.Sebab tu kau sibuk nak tahu bila Hawa nak jumpa Sobir.Sebab tu gak....kau sedih bila aku cakap Sobir dah kapel dengan Hawa."entah kenapa Iman turut sedih saat dia melihat air mata Shida pada pertandingan tempoh hari.Dia diburu rasa serba salah.Memang dia sengaja bagitahu Shida pada hari pertandingan itu memandangkan dia tak tahu bila lagi dia akan berjumpa Shida.Tapi jujur tak de niat Iman mahu membuat Shida hilang fokus.Shida ketika itu cuba menahan air mata daripada jatuh.Bagaimana Iman boleh sedar perasaannya pada Sobir tetapi Sobir sedikit pun tak pernah mengetahuinya.Shida menarik nafas sambil tangannya kirinya menggenggam erat tangan Fiona yang asyik mendengar perbualannya dengan Iman.
"So,apa kena mengena dengan aku suka Sobir dengan motif kau nak buat aku benci Sobir lak?Aku still tak faham."
"Aku sebenarnya agak jeles sebab Hawa lebih pilih Sobir berbanding aku.Aku kejar dia dah lama kot tapi Sobir yang dia baru kenal boleh lak rampas Hawa macam tu je.Dan aku fikir kalau aku ada kawan untuk benci Sobir gak,mungkin hati aku akan puas.Tapi Shida,lepas aku nampak kau down time aku bagitahu hubungan diorang,entah kenapa aku rasa perbuatan aku untuk buat kau benci Sobir bukan perbuatan yang betul.And Shida.....i'm really sorry.can you forgive me?"Iman bertanya.
"Entahlah Iman.Memang pada mulanya aku marah gak kenapa kau buat aku macam ni tapi lepas kau dah mengaku and kau dah minta maaf.Aku rasa it's not a big deal sampai kau kena minta maaf berpuluh kali baru aku nak maafkan.Tapikan.....eh jap.Kau bukan kat asrama ke Iman?Macam mana lak kau boleh call aku ni?"ujar Shida.
"Hahaha....dah cakap punya lama baru kau nak tanya.Ssshhhh,ni rahsia tau.Aku senyap-senyap bawa fon gi asrama."katanya.
"Amboi..patutlah.Ni kalau warden kau tahu ni.Habis lah kau"Shida cuba bergurau.
"Alamak Shida...jangan macam-macam wei.Aku tak nak fon aku kene rampas."takut suara Iman.
"Hahaha....Iman....aku bergurau je lah.Tak ada kerja aku nak gi mengadu kat warden kau."Shida ketawa dengar reaksi Iman.
"Kau ni Shida,jangan main-main boleh tak?Nak gugur jantung aku tadi.Lagi pun last minggu ni aku bawa.Minggu depan aku balik,aku dah tak bawa dah fon gi asrama."katanya.
"Minggu depan korang balik?"soal Shida sambil memandng Fiona.
"A'ah.Minggu depan aku balik.Oh ye Shida.Aku lupa nak bagitahu.Aku ada terdengar time Hawa berborak dengan kawan dia yang dia ada ajak Sobir keluar date hari Sabtu time kitaorng dah balik."beritahunya.
 "Hah???da...da.da.date?Hari Sabtu?Kat mane?"Shida bertanya lagi.
"Kat mana tu,aku sendiri tak tahu.Tapi suggestion aku,apa kata kau bagi sikit hadiah kat Hawa time diorang tengah date.Maybe tu lah masa sesuai untuk kau dapatkan balik Sobir kau dengan bongkarkan rahsia Shida."Iman bercakap lagi.
"Macam mana pulak aku nak bongkar kn rahsia Hawa?And macam mana pulak kalau Sobir tak percaya?"Shida bertnya soalan itu.
"Yang tu kau jangan risau.Sekarang ni kau kena tahu kat mana diorang nak jumpa.Selebihnya serahkan pada aku."jawab Iman.Shida tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Di antara banyak-banyak orang di kantin ketika ini,entah kenapa susuk tubuh Sobir yang kelihatan jelas pada mata Shida.Betul ke ni peluang untuk Shida merampas balik Sobir atau biarkan je Sobir dipermainkan oleh Hawa?Bagaimana pula dengan misi yang diberi oleh Iman untuk mengetahui di mana tempat dating Sobir?Satu demi satu persoalan permain di fikiran Shida sekarang.

#TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KERANA KORANG BACA SAMPAI HABIS.JUMPA LAGI!

Sabtu, 16 Julai 2016

(17) the sign of love



Buat macam ni tak jadi.Buat macam tu pun tak jadi.Habis tu nak buat macam mane lagi?Aduh,susahnya nak pikat hati mamat ni.Nak buat macam mana.Hati dah terpaut.Shida tak kan mengalah.Cintanya pada Sobir tak kan ada siapa yang dapat tandingi.Tapi tu lah.Entah apa yang tak kena pada diri dia sampai Sobir tolak cinta dia.Mungkin Sobir tak tahu lagi isi hati Shida.Tengok lah nanti Sobir,pasti kau akan terkejut punya.Ni Shida la.Mungkin hati kita dah terpaut tetapi langkahnya panjang.Mengambil masa sikit.Lamunan Shida terhenti apabila kepalanya diketuk dengan buku akaun yang tebal oleh Izuddin.Dia ni,suka hti je ketuk kepala anak orang.Ingat aku anak ayam ke,main ketuk-ketuk.Izuddin duduk sebelah Shida.Mereka berbincang mengenai hadiah yang mereka dapat sempena menang pertandingan tempoh hari.Seperti biasa gak,Izuddin yang tak lekang dengan cerita dan lawak bodohnya berjaya membuatkan Shida ketawa.Melihat adegan mesra mereka berdua.Sobir jadi panas hati.Sobir mendekati mereka berdua.
"Shida,kalau kau betul nak kapel dengan aku.Jangan cakap dengan lelaki lain.Aku tak suka."dengan suara yang agak tegas,Sobir berkata sambil memberikan jelingan tajam.Setajam pedang diberikan kepada Izuddin.Izuddin terkedu.Begitu juga Shida.Hah????!!!!!Betul ke apa yang Shida dengar ni.Shida bangun cuba mengejar Sobir.Tiba-tiba....Gedebuk!
"Aduh....."Shida terasa seluruh badannya sakit.Dia cuba membuka mata.Ternyata dia sudah berada di lantai.Dia memandang katilnya dengan pandangan kosong.
"Lah....aku jatuh dari katil ke?"Shida bangun smbil mengaru kepalanya.Dia duduk di atas katil.Cuba memproses mimpi yang baru di impikan.Shida tersnyum sendiri.Dia mengambil batal peluknya lalu menekup mukanya.Shida tergelak dengan mimpinya.Biasalah tu.Benda yang kita tak dapat selalunya akan datang kat mimpi.Sayangnya ia bukan realiti.Shida perlu bangun.Bangun dari mimpi.Bangun dari tidur.Dan bangun dari katil.
"Huh~"Shida mengeluh panjang.Dia  mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.Selesai sahaja bersarapan pagi.Shida bersiap untuk keluar bersama Fiona dan Tika.Kemudian menoleh ke arah telefon bimbitnya yang terletak di atas katil.
"Korang dah siap?"dia menghantar whatsapp itu kepada Fiona dan Tika.Shida memgjongketkan bibir setelah membaca  mesej dari Tika.Tika tidak jadi datang kerana demam.Kemudian Shida menekan nombor Fiona,untuk mengetahui jawapan Fiona pula.
"Fiona.Kau taubtak Tika tak jadi datng sebab demam?"tnya Shida.
"Tak....dia demam?Habis tu nak cancel ke mcm mane?"Fiona memberi cadangan.
"Apa kata aku pergi kau je la.Lagi pun aku dah siap."ujar Shida.
"Ok juga tu.Aku pun nak kemas rak buku aku ni.Buku mane yang dah tak pakai ingat nak jual kat surat khabar lame.Smbil aku mengemas ni,boleh lah kita berborak sekali."kata Fiona.
"Orait.Dalam 5 minit aku sampai rumah kau"Shida menjwab sebelum mematikan telefon.Jarak antara rumah Fiona dan rumah Shida tidak jauh.Shida menyandar lesu di atas katil Fiona.Sesekali dia menolong Fiona mengemaskan buku-buku terpakai.
"Kau ok tak?Baru tolong sikit dah penat.Tak cukup stamina betul la kau ni"Fiona menjengukkan kepala.
"Alah,kau atelit boleh lah cerita."perlahan suaranya.Fiona duduk di tepi katil sambil memegang sebuah buku lama.
"Shida,kau ingat lagi tak buku ni?"soal Fiona.
"Eh,buku ni.Buku yang kita selalu tulis time form 3 dlu.Ha3.Ingat lagi aku,dalam ni ada biodata kita lah.Bila sedih ke,marah ke.Kita selalu tulis dalam buku ni."kata Shida yang turut sma membelek buku di tangan Fiona.Kemudian dia menyambung lagi.
"Ha3...tengoklah tulisan aku dulu.MasyaAllah,teruknya.Tengok gak tulisan kau,hahaha.Lain duh dari sekarang punya."
"Kan....cube lah kau baca biodata kita.Entah apa-apa kita tulis."jawab Fiona.Malu ada,geli hati pun ada bila baca hasil tangan mereka bertiga termasuk Tika ketika mereka di tingkatan tiga.Mereka tergelak besar apabila membaca cita-cita Tika ingin menjadi remaja bebas.Aduh...otak belum matang lagi masa tu.Mereka terhenti agak lama di satu mukasurat.
"Ingat lagi kan,masa dulu-dulu kita tak tahu apa-apa.Kita pernah wat 3 petunjuk membuktikan orang itu true love kita "Shida cuba mengingati kembali kenangan lalunya.
"A'ah.Entah apa-apa dengan 3 sign kita tu."Fiona membaca apa yang mereka tulis ketika itu.Shida sndiri tak tahu apa faedah mereka berbuat demikian.
Ketika di tingkatan tiga,Shida,Fiona dan Tika masing-masing tidak mempunyai kapel tetapi ingin mempunyainya sekali.Mereka juga pernah diminati.Entah kenapa antara mereka bertiga,Shida lebih ramai peminat.Smpai kan mereka bertiga bersetuju meletakkan petunjuk,kalau memang itu true love mereka.Masing-masing mempunyai petunjuk yang berlainan.Bagi Shida,dia meletakkan 3 petunjuk seperti yang lain.Pertama,lelaki itu akan datang kepadanya lagak seperti seorang prince charming dalam keadaan hujan lebat sambil memegang payung.Kedua,lelaki itu akan nyanyikan lagu kegemarannya di depan smua orang.Dan yang terahir,ketika meluahkan perasaan,Shida dihadiahkan dengan bunga baby breath dan bunga chrysanthemum iaitu bunga kegemararan Shida.Mengikut 3 sign tu,tak ada seorang pun yang tersangkut.Shida teringat kisah di mana ketika itu,walulaupun 3 sign itu tak muncul tetapi Shida sudah sayang kepada salah seorang peminatnya..Itulah kali pertama Shida kenal erti cinta.Shida sendiri pelik dengan perasaan yang menyelubunginya ketika itu Tiba-tiba keadaan memjadi sunyi.Masing-masing mengimbas kembali detik hitam mereka.Dlam mereka baru mengenali cinta,rupanya mereka terjatuh dalam cinta monyet semata-mata.Shida dan Fiona sama melemparkan diri di atas katil smbil mengeluh panjang.Kalau boleh mereka tak nak kisah lama itu berulang kembali.Lama mereka baring menatap dinding.
"Shida....."Fiona mulakan bicara.
"Hurm?"Shida menyahut
"Kau perasan tak salah satu sign kau ada kena mengena dengan Sobir"Fiona baru perasan ketika dia sedang membaca 3 sign Shida.
"Hah?"terkejut Shida mendengar apa yang diperkatakan Fiona.
"Cubalah kau tengok apa yang kau tulis dan cuba kau ingat waktu first time kau jumpa Sobir.Bukan ke time tu hujan?"suara Fiona agak teruja.Beriya-iya dia menjelaskannya.
"Ok.Aku faham apa maksud kau tapi menurut sign yang aku tulis.Kalau betul dia true love aku,sepatutnya dia akan pegang payung"Shida cuba berdalih dan mengawal riak seboleh mungkin.Jujur lah,hati Shida ketika itu sedikit berbunga tetapi Shida juga perlu sedar,Sobir sudah berpunya.Tak seharusnya Shida menyimpan perasaan itu lagi.
"Ehem....dah nama pun SIGN yang direka sendiri Shida.Kau bukannya nujum pak belalang yang boleh ramal siapa true love kau and kau pun tahu kan ,agama kau tak benarkan kau percaya seratus peratus kepada firasat sendiri.Mungkin Sobir memang true love kau cuba sign kau ni je tak menujukkan kat dia.Tapi at least ada kena mengena sikit."pandai pula awek Sabah ni cakap.Shida merengus.
"Entahlah Fiona.Aku tak rasa jodoh aku dengan Sobir.Maybe tu semua kebetulan."kata Shida,tidak berapa setuju dengan ayat terakhir Fiona.Fiona mengerut dahi.
"Orang kata kalau pertama kali terkena mungkin kebetulan.Tapi kalau dah terkena dua kali,maknanya takdir dan kalau dah masuk kali ketiga maknanya jodoh.So,kali pertama kai dah terkena.Kita tunggu je lah untuk sign kedua pula.Kalau tak kena,kau bujanglah sampai ke tua."Fiona menjawab lalu mencampakkan batal peluknya ke arah Shida sambil ketawa.Shida turut membalasnya.Mereka terhenti apabila telefon bimbit Shida berbunyi.Shida mencapai telefon bimbitnya.Fiona juga menyibuk mahu melihat siapa pemanggilnya.Bulat mata Shida dan Fiona melihat nama yang tertera.
"Iman?"Shida dan Fiona menyebutnya serentak.

#SAMPAI SINI DULU YA.TQ SBB BERSAMA CERITA HATI SAMPAI DI SINI.TQ GAK BACA SAMPAI HABIS.HARAP KORANG SIHAT.JUMPA DI NEXT EPISOD

Selasa, 12 Julai 2016

(16) penyakit cinta yg buat aku annoying

Shida termangu.Siapalah yang mesej dia malam-malam macam ni.Masalahnya macam mana dia boleh kenal Shida padahal Shida tak tahu pun siapa gerangan pengirim mesej misteri ni.Dari hari pertandingan hari tu nombor yang tak dikenali itu menghantar mesej.Shida cuba mengingatkan butir mesej yang dia terima pada hari pertandingan.Memandangkan Shida sudah buang mesej tersebut.Pada hari tu,pengirim mesej tu,sperti tahu Shida sedang menangis.Tak kan lah Izuddin.Kalau Izuddin dah tentu dia cakap terus je.Buat apa nak hantar mesej bagai.Siapa lagi eh?Tiba-tiba,entah kenapa bayangan Sobir muncul.Ish....tak kan Sobir.Sobir tak tahu nombor dia.Hurm!💡Sekejap.Kenapa Shida seperti terasa benda macam ni pernah berlaku eh.Suatu ketika dulu,dia pernah dapat mesej daripada nombor yang tak dikenali juga.Bila eh?Otak Shida cuba mencari kotak memori tentang mesej itu.Shida menjengkelkan mata.Dia mencari 'Manusia Tak Ada Nama' di contact whatsappnye.Shida sudah hilang kata-katanya.Kenapa dia.Macam mana sangkaannya jauh sangat.Iman rupanya 'Manusia Tak Ada Nama' tu.Shida menaikkan kening sambil tangan mula menaip.

_________________________________________________________________________________
    KAU RUPANYA IMAN.MACAM MANE KAU BOLEH TAHU NOMBOR AKU?
__________________________________________________________________________________

Shida terdiam.Waktu itu telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Dia mahu segera tahu apa jawapan Iman.

__________________________________________________________________________________
         SHIDA.AKHIRNYA TAHU JUGA KAU YE PASAL AKU.TAPI SERIUS KAU TAK INGAT MACAM MANA AKU BOLEH TAHU NOMBOR KAU?
__________________________________________________________________________________

Hah?Shida buntu.Sejak bila dia bagi nombor kepada Iman?Walaupun Shida kenal Iman tetapi Shida bukan jenis yang senang bagi nombornya kepada orang lain walaupun dia kenal.Betul,Shida rasa seperti orang hilang ingatan.

________________________________________________________________________________
 BILA MASA PULAK AKU ADA BAGI NOMBOR AKU KAT KAU?SETAHU AKU TAK PERNAH
________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
MEMANGLAH KAU TAK PERNAH BAGI.SEBAB AKU YANG CURI-CURI AMBIK NOMBOR KO
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
KAU CURI?KAU CURI DARI SIAPA?SIAPA YANG BAGI NOMBOR AKU KAT KAU?
___________________________________________________________________________________
________________ ________________________________________________________________
AKU CURI DARI TELEFON KAU SENDIRI.
__________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
                            HAH?????!!!!
_______________________________________________________________________________
HA3.SERIUS LAH KAUBTAK INGAT SHIDA?OK,KAU INGAT TAK KAU PERNAH HILANG TELEFON KAU?AND SIAPA YANG JUMPA?
________________________________________________________________________________

Shida menepuk dahinya sendiri.Macam manalah dia boleh lupa tentang kejadian tu.Jadi maknanya Iman dapat nombornya ketika itu dan Iman jugalah pengirim mesej misteri yang meminta maaf kepadanya.Tetapi....kenapa Iman minta maaf waktu tu?Iman enggan memberitahunya sekarang kerana jam sudah hampir pukul 11.30.Sebelum mereka menamatkan perbualan,Iman memastikan Shida membalas mesejnya esok kerana ada sesuatu Iman hendak memberitahu Shida.Shida mengiyakan saja.Kali ini sudah masuk kali ketiga dia menguap.Shida lena dibuai mimpi.

Isnin, 11 Julai 2016

(15) hati yang dah pecah,boleh ke cantum kan balik?

Shida memandang susuk tubuh itu dengan pandngan tidak puas hati.Bagi Fiona dan Tika,bila-bila masa saja Shida boleh membaham mangsanya itu.Walaupun tangan laju menyuap makroni goreng ke dalam mulut tetapi matanya tetap tidak beralih.Seram sejuk lak rasenye tengok Shida macam ni.Entah hantu mana tah rasuk dia sejak balik dari pertandingan hari tu.
"Eh,Shida.Kau ok tak ni?Asal kau pandang mamat tu macam kau nak telan dia je?"Fiona cuba berani bersuara.Tak sanggup dia kalau Shida terus berperangai macam tu.Macam orang tak waras pun ada gak.
"Kalau boleh aku telan dia,dah lama aku telan Fiona.Masalahnya aku ni bukan manusia jnis makan orang.So,aku hanya mampu bayangkan je"Shida membalas dengan senyuman penuh ngeri.
"Wei,better kau stop atau kau nak aku hantuk kepala kau dengan cawan ni?"Tika memberi amaran.Hilang sudah sabarnya.
"Korang ni.Cubalah faham perasaan aku.Aku dah lah suka dia bagai nak mati.Dia boleh senang2 je kapel dengan perempuan dia baru kenal.Tu pun x sampai sebulan kenal.Kau tak sakit hati ke kalau korang jadi aku?"sanggahnya.Shida segera mengawal hatinya.Tak mahu amarahnya terhadap Sobir dilepaskan kepada dua orang kawan baiknya itu.
"Da tu,asal kau tak tanya je tuan punya badan sendiri daripada kau tenung dia macam tu?Dah,dia ada depan mata tu,pergilah tanya."suruh Tika.
"Tak nak aku.Kang apa pulak dia fikir pasal aku." tolak Shida.
"Apa yang dia nak fikir pasal kau.Kau dengan dia kenal minah tu sama-sama dengan program tu kan.So,tak hairan lah kalau kau tahu.Dah,pergilah tanya dia.Pergi." Tika menyuruh lagi.Shida yang duduk di hadapan Fiona mencebikkan bibir
"Daripada aku pergi tanya dia,lebih baik aku masuk kelas.Dah,aku masuk kelas dulu"Shida bngun meminta diri.Shida hanya bergerak beberapa langkah lalu tangannya dipimpin oleh Fiona dan Tika.
"Alah kau ni Shida.Jngan lah merajuk.Ok,apa kata esok kita pergi jalan-jalan nak?Release kan stress kau tu.Lagi pun esok kn cuti."pujuk Fiona.Shida tersenyum.Tahu sangat perangai dua orang kawan baiknya ini tak kan pernah biarkan dia merajuk lama-lama.

Di bilik Shida,dia meneguk air di dalam cawannya.Wktu itu telefon bimbitnya berbunyi.Nombor yang tak dikenali temph hari yang memberikannya kata-kata semangat di pertandingan tertera.Rupanya tadi,Shida lupa untuk mematikan telefon sebelum dia leka menyiapkan kerja sekolah.Sudah kebiasaan Shida,bila dia belajar.Dia mematikan telefonnya terlebih dahulu kerana dia tidak suka diganggu.Panggilan itu tidak diendahkan.
"Kenapa akak tak jawab panggilan tu?"tanya Shira,satu-satunya adik perempuan Shida.
"Nanti akak call balik.Hmmm,Shira tak buat apa-apa kan?Tolong akak ambil kan air kosong lagi boleh?"dalihnya.Shira bangun lalu mencapai cawan yang dihulurkan oleh Shida.Sebaik sahaja Shira berlalu pergi,Shida melihat telefonnya.Terdapat dua missed call.Dia dalam dilema sama ada mahu menelefonnya semula atau biarkan saje.Dengan wajah yang makin keruh,Shida menongkat dagu dengan menggunakan teleon bimbitnya itu.Kemudian dia kembali memandang skrin telefonnya.Dia mahu menyusun ayat terlebih dahulu sebelum dihantar melalui sms.

___________________________________________________________________________________


                           BOLEH SAYA TAHU NI SIAPA DAN KENAPA YE CALL SAYA?


____________________________________________________________________________________


Shida terus menunduk bila mendengar bunyi tapak kaki Shira.Cepat telefon diletakkan tepi.
"Nah,kak airnya.Orang tidur dulu tau.Nanti sebelum tidur tutup pintu mcm biasa."Shira meletakkan cawan berisi air di atas meja blajar Shida.Shida tidak menjawab.Dia sibuk menyelak buku sainsnya.Beberapa minit kemudian,kedengran bunyi dengkuran halus milik Shira.Tandanya,dia sudah terlena.Shida kembali menatap telefon bimbitnye.Shida tersenyum kecil apabila mesejnya dibalas.

____________________________________________________________________________________


                       DAH LAMA TAK DENGAR SUARA SHIDA DEKAT TELEFON.KENAPA TAK
                        ANGKAT CALL?


____________________________________________________________________________________

Shida memandang telefon bimbitnya dengan dahi berkerut.
"Dia tahu nama aku.Maksudnya dia tak tersalah nombor.Dah lama tak dengat suara aku?Maknanya sebelum ni dia pernah call aku.Sape eh?Aduh....benci betul dengan orang tak menjawab soalan aku" gumamnya.Kemudian dia menyandar di katilnya.


____________________________________________________________________________________


                           KAU TAK JAWAB LAGI SOALAN AKU.SIAPA NAMA KAU?

_____________________________________________________________________________________


Selesai menaip,Shida menekan butang hantar.

_____________________________________________________________________________________


                          BOLEH TAK KITA WHATSAPP JE?JIMAT SIKIT KREDIT.


_____________________________________________________________________________________

Shida sudah membuat muka bosan.Manusia ni tak reti ke nak jawab pertanyaannya?Shida menyimpan nombor tersebut sebagai di dalam contact listnye.Dia menyimpan nombor tersebut sebagai 'Manusia tak ada nama'.Setelah dia menyimpannya,dia membuka whatsapp dan mula mencari 'Manusia Tak Ada Nama'.Bulat mata Shida taktala memandang gambar milik 'Manusia Tak Ada Nama' itu.Belum sempat Shida menaip,ada notis whatsapp masuk.

#SORI MENUNGGU LAMA.PEMILIK BLOG INI CUTI BERAYE.

Rabu, 29 Jun 2016

(14) patah hati.sakit!

Kebetulan lak dekat pertandingan berpantun hari ni,Iman turut bertanding sama.Izuddin tersenyum lebar apabila nama sekolahnya diminta untuk membuat persediaan seterusnya tetapi tidak pada Shida.
"Sekiranya kita menang pertandingan kali ni,InshaAllah kita akan mencipta sejarah sekolah kita akan menang dua tahun berturut-turut.Seronoknya."Izuddin sudah memandang terkelip-kelip ke arah Shida.Dia sedang menanti jawapan Shida.
"Bagaimana Shida?Kejap lagi kita nak bertanding ni.Boleh tak kita menang lagi?"Izuddin seperti tidak puas hati, Shida diam sahaja dari tadi.Sangkanya pasti Shida nervous.Oleh sebab itu,Izuddin cuba berbual-bual dengan Shida.
"Shida.....kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"Izuddin baru tersedar yang Shida tidak langsung memberi perhatian ketika dia bercakap.
"Huh?Aku....aku ok je"Shida cepat-cepat membela dirinya.Izuddin di sisi hanya tersenyum nipis.Tidak mahu terlalu mengambil endah tentang raut wajah Shida yang sudah masam mencuka lagi tadi.Dahulu pun,Izuddin yang beriya-iya benar hilangkan nervous Shida.Hari ni,mungkin perasaan itu muncul kembali.Apabila mendengar nama sekolah mereka dipanggil,dua sekawan itu bersama memanjat tangga menuju ke bahagian tengah pentas.Ketika itu,fikiran Shida tidak stabil lagi.Terlalu berat fikiran menumpu kepada pemasalahan Sobir tadi.Hinggakan segala maklumat tentang pertandingan bagaikan terpadam daripada jejak memori.Shida kedengaran mengeluh kerana tidak dapat membalas pantun pihak lawan dengan cara yang efektif.Izuddin sudah menjongket kening.Apa yang tak kena dengan Shida hari ini?Selalunya masa latihan tempoh hari Shida ok saja.Pelik.Selesai sahaja pusingan pertama,Shida tidak mampu menahan sedih.Wajah sunggulnya terpapar 1000 kedukaan.Izuddin mendekati Shida.Dia duduk di kerusi kosong sebelah Shida.
"Shida."Shida menganggkat wajah.Sedihnya itu tidak lagi disembunyikan.Malah ada sedikit sisa air mata pada pipinya.
"Rilek lah.Baru pusingan pertama.Aku tahu kau nervous sangat.Sekarang ni kau bawa bertenang.Aku yakin pusingan kedua nanti kita boleh buat lagi baik."Shida mengangguk.Lemah sekali.Terasa segenap tenaga sudah terbang dan melayang pergi.
"Sori.Pasal aku,kita kalah tadi."akhirnya Shida luahkan apa yang dia rasa.Tiba-tiba handphone dari kocek baju kurungnya bergegar.Ade mesej baru masuk dari nombor yang tak dikenali.Dia membuka mesej itu.

 ___________________________________________________________________________________
                             
                         BILA HATI BERSEDIH........
                     MENGADULAH KEPADA-NYA..........
                             KERANA DIA SEBAIK-BAIK TEMPAT MEMGADU.
                            HATI AKAN TENANG
                      JIWA AKAN TENTERAM.

 ___________________________________________________________________________________

Membaca mesej itu,Shida jadi semakin sedih.Semakin terharu.Entah mengapa Shida merasakan pengirim misteri itu mengetahui masalah yang dihadapinya.Sedikit air mula bertakung kembali pada hujung kelopak mata.Cepat-cepat Shida menyekanya.Dia tidak mahu terus-terus melayan perasaan.Usahanya selama ini berlatih dengan Izuddin,tidak mungkin dia sia-siakan.Apatah lagi,Izuddin nampak begitu yakin sejak awal lagi.Kini, dia perlu buktikan yang mereka berhak pendapat tempat ke 3 teratas.Moga-moga kejayaan mengiringinya.Sorakan rahsia itu bergema hebat dalam hati!

Selesai waktu pusingan terakhir,Izuddin dan Shida menuju ke surau untuk menunaikan solat Zuhur sebelum menunggu keputusan keluar.Izuddin cuba-cuba menyaingi rentak Shida.Namun Shida kekal mendiamkan diri dan tidak langsung berinteraksi.Izuddin juga tidak berani bersuara.Shida tidak bercakap walau sepatah.Izuddin mengeluh sendiri.Shida mengambil masa yang lama untuk bersolat kerana tempat mengambil wuduk penuh dengan pelajar Tun Perak sendiri dan pelajar yang memasuki pertandingan.Mata Shida melilau sebaik saja keluar daripada surau untuk mencari kelibat Izuddin.Mereka sudah bersetuju untuk gerak sama-sama ke dewan semula.Mata Shida bertembung dengan sepasang lagi mata yang dia cukup kenal.Malah pemilik sepasang mata itulah yang sudah merampas jejaka pujaan hatinya.Siapa lagi kalau bukan Hawa.Hawa tersenyum lalu mennghampiri Shida.
"Shida....dah lama tak jumpa.Macam mana kau boleh ada kat sekolah aku ni?"kelihatannya Hawa begitu teruja untuk bertegur sapa dengan Shida.Shida menarik nafas sedalam yang boleh sebelum membalas"Aku masuk pertandingan berpantun.Kan sekolah kau tuan rumah tahun ni."Shida cuba mengawal riak.Dia perlu berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku.Wal hal,dalam hati.Hanya Allah sahaja lah yang tahu.
"Oh,x sangka kau pndai berpantun gak."sangkal Hawa.Shida memberikan senyuman manis yang dibuat-buat lalu menjawab"At least ada lah gak aku menyumbang untuk sekolah".Sinis sekali kata-kata itu masuk ke telinga Hawa.Baru saja Hawa ingin berura-ura membalas namun ada suara mencelah "Hawa.Penat saya cari awak.Kata nak jumpa."Mata Shida dan Hawa mengarah kepada suara itu.
"Sori.Saya terjumpa kawan saya ni tadi.Tu yang nak tegur kejap."Pandai Hawa memujuk kawan lelakinya tu.Aura gediknya pun turut keluar.Taktala mata Shida dan mata lelaki itu bertembung.Lelaki itu seperti terpanar.Tak berkelip mata memandang Shida.
"Apa kenalah dengan mamat ni?Tak pernah tengok muka budak sekolah lain ke?"Shida hanya merunggut dalam hati.
"Oh,kawan Hawa rupanya.Hai,saya Aizril."mesra nadanya.Hawa di sisi menjeling geram taktala mata Shida dan Aizril bertatapan.Mungkin adad perasaan cemburu.
"Ok lah Shida.Kitaorang kena gerak dulu.Bye~"Tanpa menunggu,Hawa sudah memberi isyarat kepada Aizril untuk bergerak pergi.Sebelum Hawa hilang daripada pandangan.Shida sempat menangkap butir perbualan Hawa dan Aizril.
"Amboi,suka awak kan tenung kawan saya lama-lama"luah Hawa dalam keadaan merajuk.Aizril ketawa.Nampak mukanya cukup gembira.Cemburukah Hawa?Tajam mata Hawa memandang Aizril.Naik angin betul dia apabila Aizril seperti tidak mengambil serius.Aizril menarik nafas dalam sebelum dia menjawab
"Alah,awak ni.Saya pandang je pun.Awak tak payah jeles sangat lah.Sebab makwe saya ni lagi cantik."Hawa hilang kata-kata.

Sementara itu,langkah Shida terhenti sebaik sahaja Aizril menghabiskan ayatnya tadi.Makwe?Hawa makwe Aizril?Bukan tadi Iman cakap,Hawa dah kapel dengan Sobir?Shida menarik nafasnya dalam-dalam.Menenangkan hatinya seketika.Fikiran juga cuba memproses sekali lagi ayat Iman dan ayat Aizril.Hawa sebenarnya kapel dengan siapa?

#TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDAH BACA HINGGA KE EPISOD INI.HARAPNYA KORANG AKAN BACA EPISOD SETERUSNYA JUGA.

Rabu, 22 Jun 2016

(13) lagi-lagi pasal kau

Sampai sahaja di hadapan,Sobir ternganga sebesar-besarnya.Dia sudah nampak sendiri apa yang ada di depan mata.Sobir nampak Shida sedang berbual dengan seorang lelaki yang Sobir tidak beberapa kenal.Dengan wajah berseri lagi Shida berborak dengan lelaki tu.Sobir masih terkebil-kebil.Betullah sangkaan dia selama ini?Lelaki tu adalah pakwe Shida yang Sobir cari dari semalam."Pandai gak Shida pilih pakwe.Nak yang tinggi je"gumam Sobir dalam hati.Terbantut Sobir untuk meneruskan operasinya apabila dia sudah tahu sape pakwe Shida.Sobir berjalan kaki menuju ke rumahnya.Sepanjang perjalanan dia terpaksa menyaksikan adegan gelak tawa riang ria antara Shida dan lelaki tadi.Menyampah pulak hati dia tengok tetapi otak Sobr pula mula tersedar.Tak patut dia marah-marah.Hubungan Shida tidak ada kene mengene dengan dia.Kini,operasi menjejaki pakwe Shida sudah tamat.Di simpang jalan,Sobir sempat menoleh ke arah Shida sebelum mereka masing-masing membawa haluan sendiri.Ternyata lelaki tadi masih rancak berbual dengan Shida.Apa kan daya.Sobir hanya pulang dengan hati yang sarat.

"Dari sini kau terus je sampai kau jumpe pagar warna merah kat sebelah kiri,tu lah umah Farid."Shida bersuara sambil menunjukkan arah ke rumah Farid iaitu kawan sekelas Fiona dan Izuddin.
"Ok.Thanks temankan aku cari rumah Farid.Kesian ko.Sepanjang jalan terpaksa dengar aku bercerita."Perlahan-lahan,Izuddin mengundur mahu meminta diri selepas Shida membalas "Tak de hal lah.Lagipun dah laluannya sama je antara rumah aku dengan rumah Farid."Shida faham sangat perangai Izudin yang suka bercerita itu,tidak memberikan apa-apa komen mengenai hal itu.Shida hanya tersenyum lebar.

Malam itu,Sobir lebih selesa untuk menghabiskan masa duduk di dalam bilik.Tepat pukul 10 malam,mesej daripada Hawa dibaca.Kali ini seperti biasa Hawa memberikan kata-kata rindu.Rindu kerana sudah lama mereka tak berjumpa.Namun,Sobir musykil sekali dengan permintaan Hawa.Dalam keadaan musykil,Sobir kelihatan lebih teruja dengan permintaan Hawa daripada kata-kata rindu itu.
"Apa permintaan Hawa?"Sobir cepat-cepat ingin tahu lalu menekan butang hantar.
"Boleh tak kita jumpe?"Hawa akhirnya memberitahu juga.
"Oh!Nak ajak jumpa rupanya.Ingtkan apa lah tadi."Sobir juga sudah tersenyum lebar.Siapa tahu sejak balik daripada program skor A,Sobir tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Hawa.Kasihan Hawa kerana tidak pernah menunjukkan rasa sayangnya secara depan-depan.Penat juga lah Sobir menafikan kononnya dia tidak mempunyai sebarang perasaan dekat Hawa dulu.Kononnya dia hanya teman tapi mesra.Tambah pula Hawa yang sering mendesaknya.Sebab tu lah Sobir terima aje kapel dengan Hawa tetapi bila dah kapel,Sobir kene bertanggungjawab.Dia sebagai lelaki tidak mahu dianggap mempermainkan hati perempuan.Kalau Sobir balas dia sudi jumpa dengan Hawa,cara begitu bukankah cara yang efektif mahu memberhentikan Hawa dari terus meluahkan kata-kata rindu terhadapnya setiap ari.
"Selamatlah aku dari karangan jiwang dia tu"Kedengaran Sobir tiba-tiba membebel sendiri.Sobir tersengih teringatkan kembali kisah-kisah nostalgia yang membibitkan permulaan persahabatan antara mereka.Pasukan mereka digabungkan antara 3 buah sekolah berlainan.Segalanya berjalan lancar berkat kebijaksaan semua ahli kumpulan.
"Kalau lah aku pegang lagi jawatan ketua kumpulan,mesti aku ada kuasa untuknhukum Shida"Sobir dengan laju membebel lagi sendiri.Dia geram,Shida tidak menjaga langsung hati dan perasaan Sobir ketika dalam perjalanan pulang tadi.Siap boleh ketawa lagi dengan pakwe dia.Macam-macam perkara dirancang bagi mengetahui siapa pakwe Shida.Antara aktiviti yang dirancang adalah ikut sahaja ke mana Shida pergi atau sesa Shida sampai Shida mengaku(seksa mental).Ini semua gara-gara petang tadi.
"Siapa lelaki tu eh?Aku macam pernah kenal."Sobir mahu mengorek rahsia Shida.Sobir mencebik lalu berkata"Mesti Shida yang minta kapel.Mustahil lelaki macam tu tastenye orang macam Shida".Kali ni Sobir mengerut kening pula "Kalau Shida yang minta kapel,kenapa lelaki tu terima eh?"
"Entah-entah Shida kena main tak dengan lelaki tu"Sobir dengan selamba menyindir Shida.Sobir sudah berhenti merenung dinding biliknya itu.Dia sudah memandang skrin handphonenya.Sobir tersenyum lemah membaca ayat gembira Hawa apabila Sobir bersetuju dengan permintaannya.

Pada tahun ini,Sekolah Tun Perak merupakan tuan rumah bagi pertandingan berpatun.Shida dan Izuddin duduk di kerusivyang di sediakan sementara menuggu giliran mereka bertanding.Shida tersenyum sendiri mengingatkan latihan mereka semalam.Macam-macam perkataan pelik keluar.Siap ada adegan pujuk-memujuk.Shida sedikit geram dengan perangai Izuddin yang senang mhilang fokus.
"Harapnya dia tak buat perangailah time kat atas pentas nanti"Shida berkata sendiri.Beber,apa minit berlalu.Shida masih dalam keadaan tenang.Adakah perasaan tenang dia itu, akan kekal sehingga habis pertandingan?Apabila Shida mahu memandang Izuddin di sebelahnya,Shida mendapati terdapat seseorang lelaki di sebelah Izuddin asyik memandang tepat ke arahnya.Iman!Iman yang sekumpulan dengannya ketika di program skor A dulu.
"Shida kan?"Iman bertanya perlahan.Suaranya dibuat-buat perlahan supaya tidak menganggu Izuddin yang sedang khusyuk berlatih.Mata Shida bersinar teruja.Dia sememangnya tidak sangka akan bertemu dengan Iman lagi.Oh,dia masih lagi dengan muka comelnya.Shida mengangguk-angguk"A'ah.Akulah Shida.Tak sangka dapat jumpe kau kat sini Iman."
Iman tersenyum "Kau dah lupa ke Shida?Ni kan sekolah aku."Shida tak henti-henti memperhatikan Iman.Caranya bercakap.Penampilan diri.Nada tinggi rendah suara.Senyumannya.Segala itu cuba dirakam oleh ingatan.
"Aku lupa lah Iman kau sekolah kat sini"Shida cuba membuka peluang untuk mereka berborak lagi.
"Sobir apa khabar?"satu soalan rambang kedengaran memecah sunyi.Shida tergelak kecil.Hatinya berdebar.Kenapalah setiap kali dia dengar nama tu,hatinya bergerak laju?
"Rasenya dia sihat je.Kenapa kau tanya pasal dia?"Shida tiba-tiba bertanya.
"Saja tanya pasal dia.Walaupun aku boleh je tanya pasal Sobir kat Hawa."Iman tersenyum penuh makna.Ayat Iman itu kedengaran seperti ada maksud tersirat.
"Apa kene mengena Sobir dengan Hawa?Apa maksud kau?"Shida terjengil mata bagai kan ada suatu yang dia tak tahu.Iman cepat-cepat mengubah susun atur ayat."Kau tak tahu ke hubungan Sobir dengan Hawa?".Senyuman Iman bertambah meleret melihatkan wajah Shida yang keliru bercampur celaru.
"Makna nya Sobir langsung tak beritahu kau yang dia kapel dengan Hawa?"Iman sudah berbisik teruja di cuping telinga Shida ketika bangun menuju ke pentas untuk bertanding.Mata Izuddin yang tadi begitu tertumpu kepada buku notanya sudah melekat kukuh pula memerhati Shida.Ketika itu,otak Shida tak boleh memikirkan hal pertandingan.Otaknya semacam tidak boleh berproses dengan betul.Dadanya.Dadanya sesak.Jantungnya bagaikan mahu pecah berderai.Hatinya terlampau sakit.

#APA YANG AKAN TERJADI PADA SHIDA?APA NIAT SEBENAR IMAN MEMBOCORKAN RAHSIA SOBIR?JUMPA DI NEXT EPISOD

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...